"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
... sambungan ...
Kali ni saya nak share pengalaman. Kad rekod pemantauan yang saya dapat tu dalam ada tulis macam-macam jargon yang tak bape nak paham sangat. Huhuk. Saya bukan budak medik. Yang paham cuma pasal suhu mula-mula 38.7 celcius. Agak tinggi. *Naik-naik kening* Jumlah platelet mula-mula 188 000 then semakin menurun mendadak.
Bagaimana anda disahkan demam denggi?
Doktor anda akan melakukan ujian darah sel darah platelet. Jika jumlah sel darah platelet kurang dari 150,000/mm3 anda akan di suspek sebagai pesakit demam denggi.
See??!! Hari ke-2 dan ke-3 pergi cek darah kat pusat kesihatan jumlah platelet ialah 120 000, 102 000 hampir-hampir kurang daripada 100 000. Hari ke-4 dah kene pegi hospital. Cek jumlah platelet dah 104 000. Doktor dah marah dan terus tahan saya masuk wad. Nurse bagi masuk air. Jarumnya panjang tak hengat bai! Boleh rasa tau kepanjangannya bila masuk tangan! *rolling my eyes*
Simptom Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi
- Ciri-ciri demam Denggi Berdarah (dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjatan Denggi (DSS) seperti serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41ÂșC.
- Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3.
See again??!! Jika anda rasa macam demam yang luar biasa lebih baik pergi jumpa doktor. Jangan tiru macam saya yang malas jumpe doktor. Saya kongsikan dengan kalian apa yang ada dalam kad rekod pemantauan selain suhu, platelet bagai.
Tanda-tanda bahaya penyakit denggi:
1) Kerap muntah
-- tapi saya rasa loya je dan muntah sekali je.. setakat makan roti pun tak lalu..
2) Sakit perut
3) Pening atau rasa gelisah
-- yang ni memang sangat sangat merasainya pun.. sampai kena keluar kelas pergi rehat kat surau.. tidur sampai habis kelas..
4) Pucat atau rasa yang sejuk bila kulit disentuh
-- ni sampai nak mandi takut tau.. sejuk sangat sangat.. sepanjang hari tidur selubung bagai..
5) Sesak nafas
6) Pendarahan ( tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung / gusi, muntah darah, najis berwarna hitam, haid yang banyak )
Ada beberapa tanda yang tidak dialami oleh saya. Hanya yang dikomen tu saja ada. Next, panduan penjagaan pesakit denggi di rumah.
Apa yang anda perlu lakukan?
1) Berehat secukupnya.
2) Banyakkan minum cecair spt susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum lebih 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
3) Makan ubat demam spt Paracetamol mengikut nasihat doktor.
4) Sponge / lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu.
5) Jika boleh, guna ubat nyamuk / kelambu utk mengelakkan gigitan nyamuk.
6) Cari dan musnah tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan di luar rumah.
Apa yang anda perlu elakkan?
1) Jangan ambil ubat tahan sakit spt Aspirin, Mefenamic Acid (Ponstan) / Steroid.
2) Tidak perlu mengambil antiobotik.
Sumber informasi
alhamdulillah sihat =')
thanx to Allah dan semua yang membantu..
Tq FOR ur information
ReplyDeletewelcome, just sharing :)
ReplyDelete