23 September 2012

Panduan Penjagaan Pesakit Denggi di Rumah

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

... sambungan ...

Kali ni saya nak share pengalaman. Kad rekod pemantauan yang saya dapat tu dalam ada tulis macam-macam jargon yang tak bape nak paham sangat. Huhuk. Saya bukan budak medik. Yang paham cuma pasal suhu mula-mula 38.7 celcius. Agak tinggi. *Naik-naik kening* Jumlah platelet mula-mula 188 000 then semakin menurun mendadak.
Bagaimana anda disahkan demam denggi?
Doktor anda akan melakukan ujian darah sel darah platelet. Jika jumlah sel darah platelet  kurang dari 150,000/mm3 anda akan di suspek sebagai pesakit demam denggi.

See??!! Hari ke-2 dan ke-3 pergi cek darah kat pusat kesihatan jumlah platelet ialah 120 000, 102 000 hampir-hampir kurang daripada 100 000. Hari ke-4 dah kene pegi hospital. Cek jumlah platelet dah 104 000. Doktor dah marah dan terus tahan saya masuk wad. Nurse bagi masuk air. Jarumnya panjang tak hengat bai! Boleh rasa tau kepanjangannya bila masuk tangan! *rolling my eyes*

Simptom Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi
  • Ciri-ciri demam Denggi Berdarah (dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjatan Denggi (DSS) seperti  serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41ÂșC. 
  • Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3.  

See again??!! Jika anda rasa macam demam yang luar biasa lebih baik pergi jumpa doktor. Jangan tiru macam saya yang malas jumpe doktor. Saya kongsikan dengan kalian apa yang ada dalam kad rekod pemantauan selain suhu, platelet bagai.
Tanda-tanda bahaya penyakit denggi:
1) Kerap muntah
-- tapi saya rasa loya je dan muntah sekali je.. setakat makan roti pun tak lalu..
2) Sakit perut
3) Pening atau rasa gelisah
-- yang ni memang sangat sangat merasainya pun.. sampai kena keluar kelas pergi rehat kat surau.. tidur sampai habis kelas..
4) Pucat atau rasa yang sejuk bila kulit disentuh
-- ni sampai nak mandi takut tau.. sejuk sangat sangat.. sepanjang hari tidur selubung bagai..
5) Sesak nafas
6) Pendarahan ( tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung / gusi, muntah darah, najis berwarna hitam, haid yang banyak )

Ada beberapa tanda yang tidak dialami oleh saya. Hanya yang dikomen tu saja ada. Next, panduan penjagaan pesakit denggi di rumah.

Apa yang anda perlu lakukan?
1) Berehat secukupnya.
2) Banyakkan minum cecair spt susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum lebih 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
3) Makan ubat demam spt Paracetamol mengikut nasihat doktor.
4) Sponge / lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu.
5) Jika boleh, guna ubat nyamuk / kelambu utk mengelakkan gigitan nyamuk.
6) Cari dan musnah tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan di luar rumah.

Apa yang anda perlu elakkan?
1) Jangan ambil ubat tahan sakit spt Aspirin, Mefenamic Acid (Ponstan) / Steroid.
2) Tidak perlu mengambil antiobotik.

Sumber informasi

alhamdulillah sihat =')
thanx to Allah dan semua yang membantu..

21 September 2012

Dengue Infection

"aku kan pergi.. bertemu kekasih abadi.. tiba masanya kau mencari teman pengganti.."
Teman Pengganti - Malique ft Black


Hari tu pegi klinik nampak sign kat atas tu kat depan bilik doktor. Then, teringat kejadian long long time ago. Bulan 5 tahun 2011. Masa intersesi. Syukur saya ada sahabat, Aton. Dia yang memujuk, memaksa, datang bilik lagi suruh pergi klinik. Kalo tak, haiishh memang maleh betui nak pegi dengan tak laratnya lagipun. Padahal masa tu pikir nak amek MC jek. Tak sangka pulak hasil check up nya begini begitu. Doktor bagi rekod pemantauan lagi.. wow.. nak tahu apa yang ada dalam rekod tu? Tapi saya bukan doktor tak paham sangat jargon medic ni. Kena marah dengan doktor lagi. Uwaaaaah!

Panduan penjagaan orang-orang macam ni?

Sambung nanti pulak ye hadek hakak habang sekalian. Maafkan saya. Seharian ngadap design. Tayed oledi.

. . . . .

"dik.. susahnye nak amek darah awak nih.. tak leh nak cari salur darahnya.." 
sadis sungguh T___T

06 September 2012

'Running Man' Missions

                                   "Bismillahi tawakkaltu 'alallah, wa la haula wa la quwwata illah billah"

Di suatu pagi yang indah. Burung berkicau-kicauan. Hening bening. Eh. Mana ada burung. Memandai je. Hahak. Alarr pukol 9 pagi macam tu bening ke. Sepatutnya nak gerak pukol 8 pagi tapi dah terlewat atas sebab emm emm emm ... saja. 

Ada beberapa misi hari ini. Aiceceh macam running man lak main mishen mishen. Hahak. 1)Nak tanya pacik drebar bas susun atur perjalanan ke Sunway Pyramid. Tapi tak tertanya lak masa nak pergi tu. Dah sampai Sunway, lepak lah dalam Popular tu duk baca buku. Terjumpa 2)komik Conan yg 75 lak. Wahhh!! Teghoih le beli. Then, dah bosan.

"Nak pegi mana?"
"Sri Muda. Eh. Kompleks kompleks."

Halamakkk bole lak teshashul.. maluu shaye T.T ok.. rilek lu baru tanya.

"Bang, bas dari Kompleks pegi Sunway pagi-pagi kol baper ada ea?"
"Kol 6 .. 6.10 pagi cam tu ada dah."
"Ooo.. kol 7.. 8 pagi cam tu pun ada da la ea?"
"Ha'ah."
"Bas ni lalu tak bus sten Batu Tiga yang sebelum Petronas tu?"
"Aaaa..."
"Bus sten yang depan komuter Batu Tiga tu?"
"Oooo... bus stop tu!! Lalu lalu."
"Hah! Bus stop tu! Ok terima kasih :)"

Sampai je Kompleks lagi satu mende nak cari is .... !! Satu-satunya kedai buku yang tak ramai orang tahu. Kat SACC bawah area Giant. Akhirnya kini pasti!!~~ Jumpe dah 3)komik Maid Maiden Saturday. Banyak lagi kat kedai tu. Sapa yang nak beli pegi le beli sendiri. Hewhewhew.

Then, nampak Guardian tingat nak 4)beli Panadol. In case ada emergency. When I cannot bare the pain, so I take it la... hidayah murni tahu akan kebahayaan nye so no worry ok. Since mende tu dah jadi macam pain killer. Sebenarnye ada lagi barang lain yang bukan niat nak beli pun tapi still under budget. Syukur.

Alhamdulillah semua misi hari ni selesai. Next mission service laptop format bagai since next week nak kene bawak pegi intern. Tak daftar LI lagi. Yuran pun belom bayaq lagikkk... hape nak jadikk nii.. ish ish ish


"Mau turun mana?"
"Aa.. depan sana."

"Terima kasih uncle!"
:)

05 September 2012

Episod malam

Salam malam.

Kadang-kadang tu rasa nak post something kat blog. Lepas tu delete balik tak jadi nak post. Yang ni hampir-hampir didelete. And dats why la tak ada banyak sangat citer baru kat sini. Hikhik. Citer raya pun tak ada kan kan. Biasa-biasa jer. Duk umah. Layan kucen lagi bagus. Miaw miaw miaw.

Since ada yang tanya dapat baper dwet raya, baju raya warna apa and wat so ever. Thanks to Allah yang boleh dikatakan. Masa pagi raya tu dapat rasa macam mana orang-orang di luar yang tak dapat meraikan Syawal sesempurna seperti kita. Tak ada mood beraya tahun ni. Kueh raya da abis kat umah. Orang-orang dalam umah yang makan. Huahuahua. Tengok betapa kebosanannya. Makan sambil tengok citer. Hahah.

Ok. Habis pasal raya. Minggu depan dah start praktikal. Omaii. Macam cuak ada. Macam eksaited pun hado. Kena pergi sana tuk test jalan. Test ke'jem'annye since pagi-pagi semua orang nak pergi keje. Nak bajet masa lagi. Pukol baper nak gerak since masuk kerja kol 9 pagi. I need to sembang-sembang dengan pacik drebar bas tuk tanya semua mende nih.

Nak pintu suka hati. Senang nak pegi mana-mana. *Doremon!!*


Rasanya badan dah cukup kuat tuk keluar esok hari. 
Am i alone? uhuk uhuk. 
Ya lor. Gelpren skola. 
Alarrr awak ni macam tak bese lak keluar sensorang =..=" 
krik krik krik.