home about awards exchange Image Map

17 July 2013

Exam Mendatang

Di kala saya baru balik keje. 

Malam itu seperti biasa, check emel. 

Terpampang "PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41". Hurop besar okkk. Nampak tak dia punya main point tuu. Pelajaran IT, penggunaan hurop besar itu menunnjukkan betapa pentingnya mesej tuuu. 


First, Alhamdulillah. Saja-saja apply SPA ni cuba-cuba nasib. Alhamdulillah dipanggil untuk pergi exam. Otak dah berkarat nak masuk exam niii. Hapebenda la yang nak kena baca.

Tetiba tersentak. Macam tak nak pergi. Tak minat kerja-kerja opis nii. Terperap dalam bangunan.

Then, my mom said, "Pergi la. Mana taw ada rezeki kerja ngan kerajaan."

Hmm okk. Cuba dulu la kiranya. 

"Ko dah apply, lepas tu tak nak pergi plak. Ruginya." Yelarrrrr....

Alhamdulillah dekat je tempat exam. Kalau jauh, tidak kepergianla diriku ini.

.....

"Telah masuk waktu solat fardhu Subuh (5:49) bagi kawasan Shah Alam & yg sewaktu dengannya #WaktuSolat"

Salam Subuh dan selamat berpuasa~

09 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum.

Ye saya kembali lagi di sini. Sesungguhnya merindui zaman-zaman rajin mem-blog. Nak kata bizi tu takdelah sangat. Ada je cuti. Cuma bila cuti, time memang betul-betul cuti duduk rumah, rehatkan diri. Sekejap je masa berjalan. Kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Esok Insya-Allah. Dah lama saya tinggalkan zaman belajar. Dulu saya menunaikan ibadah puasa bersama teman-teman belajar. Kini, saya menjalaninya bersama teman-teman bekerja. And of course bersama keluargaaa..

Masa tidak akan menunggu kita. Memang betul! Kita kena bergerak ke depan. Di belakang itu, kita perlukan ia sebagai pengalaman dan pengajaran untuk masa depan. Jika ada kesilapan, kita perlu perbaiki supaya kita tak buat lagi, Jika ada kejayaan, kita perlu beringat untuk sentiasa bersyukur dengan Allah.


Tak banyak nak bagitau dalam entri kali ini. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati-Nya. Insya-Allah, ada kerajinan kang saya akan citer-citer lagi.

*rasa macam entri ni skema pulak..oohhhh... laapaarrr... kpai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting