home about awards exchange Image Map

21 December 2011

Penghabisan Minggu Kuliah


malam ini sunyi. balik bilik je tak ada orang sampai sekarang roomates tak balik lagi. rajin betol pergi diskusi ..  study .. hari ini baru lepas hantar report dan presentation final project untuk subjek Corporate Strategic Information System Planning (SISP) yang sangat meletihkan. alhamdulillah semuanya lancar.

esok last assignment SISP iaitu class project mengadakan talk sebagai markah final exam. 10 markah beb!! free2 je doktor boleh bagi kat semua orang! kami jemput pihak TNB untuk bagi talk pasal SISP. semua group ada tugas masing-masing. group kitorang as biro program agak sibuk pada esok hari. selamat berusaha my classmates! walaupun doktor kata kelas kite neh meriah cam kelas dak sekolah. dah kata gabung student dari diploma dan matrik. hehe.  insyaAllah dipermudahkan segalanya.


malam ini perlu menyiapkan report yang perlu dihantar pada esok hari dan lusa. wah. kehidupan student nak dekat final exam memang macam ni. last week class perlu setelkan macam-macam. study week pun masih ada lagi report yang perlu disiapkan. selamat menghabiskan minggu busy ini. yosh!! gambatte!!

ok! my final exam! 5 jan, 14 jan, and 19 jan .. 3 paper je?? haha. "ko jangan nak bersuka ria sangat ok!" "baek2 =.="  selamat menduduki peperiksaan kepada kawan-kawan kat mana-mana saja anda berada.


tetibe teringat dekat famili ... my grandma .. mereka sudah meminta untuk pulang ke kampung pada minggu ini. baeklah. walaupun sibuk dengan kerja sekolah =.=" oh. my dearest sisters. i still remember our plan for this december. sorry guys me too busy also this month. plan itu akan ditunaikan sebelum korang start masuk sekolah. insya-Allah ..

dan lagi satu. shoutmix blog nih dah buang. buat masa sekarang papehal bole komen post atau contact fb ke twitter ke emel ke .. ok? .. in progress nak buat yang baru. hihiks! my lappy tak berapa stabil lagi. huhuk. sabar ea ..

* oopss! sekarang musim hujan. macam kene beli payung baru. ganas sangat. huhuhuk~
** my teeth T___T not heal yet ..

25 November 2011

Allah Is By My Side

Bismillahirrahmanirrahim...

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4) 


suddenly miss home ..
tired ..
trying to do the best for all (academic & non-academic) ..
insya-Allah ..
Allah is by my side ..

15 November 2011

Syafakillah

Bismillahirrahmanirrahim...


*terlalu banyak kerja (T___T)"

11 November 2011

Irfan Makki - Mabrook(English Malay Version) [Lirik | Download | Dengar ]



[klik tajuk lagu tuk dengar & download]

today, smile all around
close to you, shining with faces so bright
memories, always remains..
deep in my heart,
brightening the darkest night

we always pray, your everyday
will be bless with joys
and all dreams come true

look now happiness is all around
your love is lightning up the night sky
your loved ones all gathered here just to say
oh !! CONGRATULATIONS

Ya Allah, berkati pasangan ini
bahgia hidup berkasih sayang
Rasulullah indahnya sunnahmu
dunia terasa bagai di Syurga

oh !! CONGRATULATIONS

mabrook .. mabrook .. mabrook .. congratulations to you !

*bole tengok sini.*

09 November 2011

Pembaharuan Blog "FreAKy siTe??!"

Ha.... nampak tak???
kalo tak nampak jugak .. tak tahulah .. blog nih dah kembali kepada template yang asal ..
TAPI .. yang baru header je. hikhikhik.

KENAPA TUKAR??
sebab em .. em .. hari tu baru perasan ada yang komen kat shoutmix kata blog nih berat .. hukhuk .. tak apa memang nak tukar pun sebenarnye tapi tak berkesempatan. *adakah sekarang nih sangat berkesempatan untuk edit? hah!! woi! keje belambak tak siap lagi!!* ERK! dah baca journal asek ngantok jek. tukar subjek le pulak kan. subjek "BLOG". hahaha!

kepada anda yang bagi komen hari tu. TERIMA KASIH ye. sangat-sangat menghargai (^^,
lupa la sapa orangnye. gomenasai~

tapi kan. berat lagi tak blog nih. em ....

Meredah Ombak di Lautan









Sometimes,
we need a little tears to clear the mist in our eyes,
a little assurance to clear the doubts in our head,
a little hug to nurse our aching heart,
and a little rest to carry on moving forward.
so ...
 Please SMILE (^___^) -----;----<@

05 November 2011

Pengorbanan Berharga

Salam Aidiladha bagi umat Islam sekalian..

di saat gembira dan riang di siang hari.. tidak diduga suram di malam hari.. di saat mereka sibuk membuat persiapan.. tidak diduga kerisauan datang menyelubungi.. adakah itu juga suatu pengorbanan yang dilakukan.. Allah sedang menguji.. insya-Allah ada hikmah di sebaliknya..

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik" al-Haj:37


"Kepada sesiapa yang berkenaan:

Salam Aidil Adha
Selamat Bercuti
Selamat balik kampung
Selamat Buat Kerja
Selamat Pengantin Baru" 
(Dr. Syaripah, 2011)  

Dr.. banyaknye keje =.= huhu.. sapa nak kawen?? hah tu akn diberitahu kelak~~

*tak sempat nak balas ucapan raya.. saya jawab disini yer..
**senarnye belom topup..hihih

26 October 2011

Wordless Wednesday #5


*keje belambak bole lagi ko main-main ea.. lalalalaa~~

21 October 2011

Karnival Ilmu Anak Muda 2011



sile ke link neh Karnival Ilmu Anak Muda 2011 tuk tahu info lanjut.
like page fb event neh jugak. [klik]
jom pergi!!

07 October 2011

As Time Passed




 waiting for me ... you can do it ... insya-Allah ...

16 September 2011

Irfan Makki - Mamma [Lirik | Download | Dengar ]



Irfan Makki - Mamma
[ klik tajuk lagu tuk dengar & download ]
*di-link-kan ke 4shared.com

Everytime I think of you
You always make me smile
Whenever I feel down
You know how to cheer me up
Everytime I feel confused
And I don't know which way to choose
One thing for sure
I can always count on you
When I am near or when I'm far
Or when I'm completely lost..
In my heart I have no fear
Coz you're my guiding star.. oh!

Mamma.. you know that I love you
No matter what I, say or do
I can never thank you
Oo.. Mamma.. you know that I love you
You are the proof of what love can do
Truly you are God's miracle

You're my shelter from the rain
You're the shoulder I cry on
And whenever I feel pain
One touch from you and the pain is gone
And all I've ever dreamed to be
Is to make you proud of me
Coz never once
That you turn your back on me
You're healing words your tender touch
A warmth of your embrace..
The beauty of your soul
Shines to your loving face!

You're name was the first word 
I've ever spoken
You held my hand to the first step I've taken
When I wasn't well you watch me
Through the night
That is why paradise is under your feet

09 September 2011

Mood dan Ragam Pelajar Sebelum Semester Baru Bermula


salam jumaat semua! sihat tak? moga baik-baik saja. insya-Allah. "what's your mood today?" atau bahasa tingginya apakah mood anda hari ni?? loving? bored? happy? sad? excited? angry? hurm3.. oh tengah marah ke??? tak baek tu. cepat-cepat amek air wudu'. semoga hilanglah kemarahan itu. bagi mereka dalam mood positif tu kekalkan agar orang disekeliling korang pun dapat tempias positif tu.

ok esok dah sabtu pastu ahad dah kena balik kolej!! ko tak packing satu beg pun lagi cik murni oii!! hari sabtu memang tak sempat la kan kerna pergi rumah saudara-mara dan melayan tetamu. dalam kata lainnya BERAYA! di saat my sis, uncles, aunts and grandma bakal bertandang kat rumah hari nih.. kitorang baraan lagi la jawabnye!! lagi-lagi esok banyak open house. bab makan no.1 je! huahuahua! !

mengemas rumah?? dan mengemas barang-barang masuk semester baru??
itulah mood saya pada hari nih. huhuh..

selama online di minggu terakhir cuti nih.. kat fb tuh da belambak lah mereka nih dok ngomel.. rasanya korang pun mesti ada jumpe ayat-ayat macam nih..

"tak nak balik shah alam!!!" 
---- saya memang tinggal shah alam pun. tak yah nak balik dari mana-mana =,= tch korang tak nak balik sini! tak nak jumpe dak comel nih ke. huahuahua! perahsantan!!


"nape cuti dah nak habis??" 
---- hamboih! kalo student diploma tak kisah la. ni yang amek degree ni! dah bagi 4 bulan cuti pun tak cukup. jangan tamak ye~~~  

"nanti rindu katil, bantal peluk kat rumah neh.. huhu" 
---- dah tak bole pisah tu bawak la datang kelas. jangan tido pulak! ish3. ada ke yang buat macam tu??? (0.o)"


"belum sampai lagi dah rasa homesick =,=" 
---- yang nih MENGADA namanya. lama sangat cutinya.


"alamak kena praktis pegang pen nih.." "eleh.. budak komputer pun nak kecoh. guna je la keyboard tu!"
---- eh.kite same la! hahah! dah lama weh tak pegang pen. eh. budak komputer pun jawab exam pakai pen la!


yang paling tak boleh bla yang nih..


"hah! student card letak kat mana hah???"
---- hambek! cuti lama tak balik uitm dah tak ingat taruk mana. len kali gantung je kat leher. huahua!

begitulah ragam pelajar sebelum semester baru bukak. macam-macam la korang nih. hahah. dah hampir pukul 10 pagi kedai pun dah bukak. masanya untuk pergi membeli barang-barang. shopping?? (^_^)v peace yawww!!! pergi awal balik awal boleh cepat kemas barang. hihih.

kepada korang semua yang bakal memulakan semester baru >>
"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KELAS!!"
ada yang balik cuti raya akan hadapi exam >>
"SELAMAT MENJAWAB SOALAN!!"
ada yang baru daftar sebagai student yang sekarang tengah orientasi >>
"SELAMAT  MENGHADAPI DUNIA BARU!!"
kepada mereka yang lain >>
"SELAMAT BERAYA!!"




memulakan sesuatu pekerjaan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah.
hokeh! cukup untuk hari nih. lain kali coret lagi ye =)

08 September 2011

Devotees - Berjalan Tanpa Henti [ Lirik | Download | Dengar ]


[ klik tajuk lagu untuk download & dengar lagu ]
*di-link-kan ke 4shared.com

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


Album : Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees
Sumber : http://liriknasyid.com


03 September 2011

Baraan Sg. Samak + Makan!!!

Assalamualaikum

seperti yang telah diberitahu pada post yang lepas. cite pasal apa??? bole tengok sini [ klik ] 3 syawal perjalanan raya ke rumah saudara belah abah diganti dengan baraan ke SG. SAMAK, PERAK!! 3 kereta pergi sana. tu pun bole dikira ramai sebab dah ramai ahli keluarga yang pulang ke kampung.

kete acik mail kat depan .. kete acik jalil kat belakang ..

lepas tu posisi bertukar dengan kitorang yang lead baraan sebab nak elak jalan sesak. acik unus amek shortcut yang tak pernah lalu tambah iwan yang dah pakar jalan kampung *kunun je ~,~ hahah* dia dah biasa kerja hantar barang kat kampung.

siblings ..
*yang kecik sekali mengada tak nak ikut

pada malam esoknya iaitu 4 syawal ada reunion dengan saudara-mara famili haji daud iaitu bapak nenek juga arwah moyang saya neh. malam reunion tu nanti ada aktiviti bertukar hamper. kitorang pun cari barang-barang kat sg. besar. sempat lagi tu pergi mencekik satay. hahah.

masing-masing pelahap. haha.


eh tunggu sekejap!!!

hari ni 3 september bufday dak alin ..

"SELAMAT HARI LAHIR!!"

31 August 2011

Foto Meluahkan Segalanya

Assalamualaikum

malam raya hari tu menandakan saya telah habis bekerja dan mendapat hasilnya. alhamdulillah. pada malam tu juga pulang terus ke kampung untuk meraikan aidilfitri bersama keluarga di sungai panjang. 1 syawal disambut dengan sederhana kerana tak ramai ahli keluarga yang pulang ke kampung. apapun saya suka makan nasi impit, rendang ayam, kuah kacang... SEDAP!! ok memang betul foto meluahkan segalanya. tapi gambar makanan tak sempat snap la dah masuk perut. hahah.

bey, asma

acik zul, nenek, acik unus

fadiah, nana, acik amek, ami

iwan, acik zul, alin


hero-hero yang bajet macho ...


gadis-gadis .. hahah ..

panas terik ...

WE!!!
sebahagian ahli keluarga ...

hari ni 2 syawal pergi beraya ke rumah saudara belah nenek. gambar tak masuk lappy lagi. hahah. esok 3 syawal insyaAllah pergi beraya lagi ke rumah saudara abah pulak. memang banyak makan dan kitorang lah yang akan habiskan kuih raya kat rumah yang kami beraya. wahaha. mintak maap tuan rumah~ tak makan kang membazir ...


masih tak terlambat lagi rasanya nak ucap ...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN"


dan tak lupa juga tarikh bersejarah hari ni 31 ogos kepada rakyat Malaysia
"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!"

08 August 2011

Apa Yang Ada Pada Bulan Ogos???

Assalamualaikum.

first update bulan ogos bersamaan hari ke-8 umat islam berpuasa. lama giler blog neh tak ada cerita baru kan kan kan. ada banyak cerita sebenarnye tapi tak tertaip sebab tak sempat memandangkan kerja balik malam. hari neh rajin pulak nak update walaupun sikit. saya kerja ye pada bulan puasa neh. lokasi kompleks pkns shah alam. mari le shopping!!!


apa yang ada pada bulan ogos??? sume orang tahu bulan ogos bulan kemerdekaan bertarikh 31 ogos di mana masa tu raya aidilfitri hokeh! ikut korang la nak sambut mana satu. nak rai kedua-duanya pun bole~~  ogos juga bulan puasa iaitu 1 ramdhan jatuh pada  1 ogos dan tarikh yang sama ialah bufday my sis, aisyah tapi panggil saje bey. tak dapat nak belikan dia apa pun sebab tengah kering masa tu.. huhu.. tapi tak apa sekali sambut dengan bufday my sis lagi sorang, alin iaitu bulan depan. hahah boleh pulak itu macam. layan je!

kejadian kat kompleks.
"sekolah lagi ke dik? tolong mak niaga ea?"
"erk. da abis sekolah. bukan kedai mak saya neh."
"oh. yeke. buat part time tunggu tawaran u la neh ea.. "
huhu. saya dah nak masuk tahun akhir neh kak.. insya-Allah..
celah mana nak cari saya?? boleh klik sini.

mungkin lepas neh jarang update buat seketika sampai lah malam raya. lepas tu memang aktif melakukan aktiviti ber-online neh. jangan rindu saya tau! perasan betol! ada ke yang rindu budak neh.. hahaha. marilah berehat ye untuk bekerja esok..

tak habis-habis uhuk uhuk...

20 July 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum.

~Bersujud kepada Allah.. Bersyukur sepanjang waktu.. Setiap nafasmu, seluruh hidupmu.. Semoga diberkahi Allah.. Semoga dirimu semoga langkahmu.. Diriringi oleh rahmat-Nya~ [Alhamdulillah by Opick feat Amanda]



14 July 2011

Panggilan Nama Seseorang Itu Doa

Assalamualaikum.

korang mesti layan filem-filem P.Ramlee kan. kalo tak layan baik pergi tengok sekarang! legenda kot. hahaha. suka suki je paksa orang lain. hihi. salah satu filem ialah Nujum Pak Belalang. cerita neh best giler weh, kelakar pun ada. tengok banyak kali pun tak bosan. kalo korang tengok ada satu bahagian tu yang masa pak belalang kene jawab soalan-soalan. 


ada satu soalan tu bunyik dia macam neh. 

"Dimana letaknya kekuatan laksamana Hang Tuah, pada kerisnya atau tenaganya?"  

haa!! korang taw tak?? nak bagi hadiah sapa yang dapat jawab. cepat!! hahah. eleh. taw la da ulang tengok cerita neh beriban kali. huh. sampai boleh hafal dialog-dialog dalam cerita tu. biar pak belalang yang jawab,

"Kekuatan Hang Tuah bukan pada kerisnya atau tenaganya, tapi pada huruf ta atau t. Mengapa? Kerana jikalau nama Tuah, huruf t di depannya diganti dengan huruf lain misalanya b, apa yang jadi? Jadilah hang buah, dan sebagainya, maka hilanglah keperkasaannya." 

Hang Buah?? tak ke pelik namanye tu. silap-silap laksamana tu digelakkan orang ramai. haa!! korang jangan gelak. pukoi kang! hanya kerana nama, maruah seseorang boleh tercalar. nama seseorang tu ada maknanye yang tersendiri kepada tuan punya badan dan yang pasti makna yang indah.

dalam islam, mak bapak kena bagi nama-nama yang elok dan ada maksud yang baik untuk anak-anak dorang. insyaAllah anak dorang akan bersifat seperti nama yang telah diberikan dan bangga dengan nama itu. kadang-kadang kita neh suka suki je panggil orang lain dengan nama yang lain. "weh joyah, da siap report ke .." padahal nama dia bukan joyah pun. kata orang, panggilan nak bermanja-manja gitu. awwww~~

neh nasihat untuk diri sendiri jugak. huhu =,= memang selamba giler panggil sam dol neh, peah neh .. padahal mak bapak dorang da bagi baek punyeeerrr nama!! maaf ye. tapi kalo dorang tak kisah dipanggil sedemikian rupa tak apalah. yeke dorang tak kisah??? hurm ... kene tanya semula kat dorang. hati manusia hanya Allah je yang taw. panggilan nama seseorang itu kan suatu doa.

kalo pergi kedai buku mesti nak cari buku nama-nama islam. bukannya beli pun. ngahahah. saja je nak cari makna nama sendiri. hihi. tapi mesti tak jumpe punya. "maksud murni tu apa .. " "murni tu kan nilai-nilai murni yang baik .. " speechless ..    =,=    macam tu pun ada ke. hahah. tak kisahlah asalkan baik. mak bapak mesti nak bagi yang terbaik tuk anak-anak dia kan (^^,  tapi shaye neh sangat jahat taw. grrr!

kesimpulannya ialah .. macam nak buat karangan dah. hahah. tak apa amek feel nanti bukak sem kena bergelumang dengan coding, system bagai. wahah! tak sabar! konon je~ ok! nama neh boleh dibuat senjata dan motivasi korang taw. nak taw macam mana??? hah! pergi sini cepat!! [ klik

tapi shaye tak kesah pun korang nak panggil apa ..
asalkan yang baik. weeheee~

* sumber gambar : google
** aiyaa.. cecair mula kuar dari idung. bertahan!
*** kol bape neh tak gheti nak tido ke hape hah!! zassss!!!

13 July 2011

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum.

Wordless Wednesday apa tu?? ia merupakan satu entri pada hari rabu yang blogger hanya post gambar sahaja tanpa keterangan gambar itu. orang lain dah lama start, neh ha baru nak wat. hahah. saja! macam best pulak. 


Blog Renovation~~

Assalamualaikum.

kali neh quick update. perasan tak blog neh dah lain. memang la bole perasan sebab dulu warnanye cerah sekarang dah gelap sikit. tukar selera pulak. ngahah. korang boleh terima tak dengan background neh? sedap tak mata korang nak baca? hurm.. kalo tak suka bagitau ye. nanti akan diubah lagi (^^,

ni rupa blog sebelum neh.

blog neh akan dinaiktaraf secara beransur-ansur. mana-mana link atau apa saja dalam blog neh yang korang nampak lain tu maknanye haa..... ada something le tu. jaga-jaga! hahahah.  

10 July 2011

Hampa Bertukar kepada Teruja!! BERSIH ??

Assalamualaikum


masing-masing dah taw pasal yang ade perhimpunan BERSIH kat KL tu bertarikh 9 julai 2011. masing-masing ada yang pegi dan ada yang tidak. masing-masing punye pendapat sendiri pasal perhimpunan itu. famili dah dok bagitau untuk lepak je kat rumah pada tarikh keramat itu. tapi... mende tu kat KL bukannye kat shah alam. huhuh~




ye taw la kat sana. kang apa-apa jadi kang mana kita taw. tak yah pegi mana-mana esok. *dialog masa malam sabtu. hampa. minggu neh my sis cuti asrama, biasanya kitorang berpoya-poya pada hari sabtu. tapi apakan daya  =_="  tiba-tiba .. esok paginya iaitu sabtu bertarikh 9 julai ... jeng .. jeng .. jeng ..


"ko nak pegi beli barang kat ne? mydin??"
"entah.. ko la nak pegi mana?"      
orang tanya dia .. dia tanya balik .. aisshhh!!
"ko nak pegi kompleks ke?"
"entah.. "       
adoyaii!! tak menjawab soklan langsung!!
"ko cakap kat mak nak pegi beli barang kat ne?"
"aqu cakap ikut ko pegi kompleks.."
"mak bagi ke??"
"ha'a.."
wah!!! asal la dari tadi tak cakap boleh pegi sana, adoi budak sorang neh!! 
dengan terujanya terus bersiap nak keluar dan bagitau mak lagi sekali yang nak pegi kompleks. 
"hati-hati jalan tu .." (^^,


tiba-tiba dapat izin. heheh. alhamdulillah pegi dan balik jalan lancar je. diramalkan mungkin ada roadblock lepas jambatan sg. klang atau kat LKSA tapi lengang je. hihi. bukannye beli apa pun. nak bayar maxis je. my mission nak mencari komik tak berjaya pulak. hampeh .. yang paling galak shopping is my sis la dok pegi borong barang tuk bawak balik asrama. bile nak bayar baru perasan beg nak angkut barang-barang tak bawak. taw tak hari sabtu tak boleh gune beg plastik!! aiyaakk... 




* kalo nak keluar rumah tu biar ada izin dari orang tua kita. biar selamat. walaupun rasa macam nak berjimba sangat. heheh.
** tapi kalo dah perhimpunan tu kat sana nak buat macam mana. orang-orang yang dok kawasan sana hati-hati je la ye. mana yang tak join, terpaksa la lepak rumah masa tu..
*** sekarang dah 10 julai 2011. harap maklum!!

06 July 2011

Giveaway from Adyshariz

Assalamualaikum


klik banner GA tuk join!!
tarikh tutup : 30 julai 2011

Ingat!! jangan lupe letak referral anda ialah saya, hidayah murni .. trimas^^

referral saya --> cempaka kuning

GIVEAWAY : SOME GOODIES FROM DISNEY JUNIOR

Salam..

pihak Yee Ling buat GA 
memandangkan Disney Junior akan gantikan Playhouse Disney pada 11/7/11
the goodies..
jeng .. jeng .. jeng ..



klik gambar atas neh tuk join!!
 tarikh tutup : 10 julai 2011

04 July 2011

Nak Letak Tajuk Pe Eyh??

Assalamualaikum.


hai kawan-kawan! sihat tak?? kali neh tak taw nak letak tajuk pe. tetibe BLANK T__T huh. baru pasan ada orang tu kata asek wat entri pasal GA je blog neh. HAHAH. biar la. kasi meriahkan GA orang len. saja je tak nak bagi blog neh ada SPIDER WEB~ =P  dah seminggu lebih bercuti bagi orang-orang yang amek shotsem. result shotsem??? huh. tak taw la bile kuar. baru je abes kot. rilek laa~ padahal jap lagi gelabah tengok result =,=" huhu. semalam balik kampung sg. panjang ada kenduri tahlil. alhamdulillah selesai. at the same time, minggu lepas my sis, alin balik dari asrama. wuhuuu!!! best bole kaco idup dia!! hahah. manyak jaat ini olang. hihihi~




my sis lagi sorang, ena but i'm used to call her naiy [ pasai apa?? kitorang je yang taw. hahah ] dia tak balik asrama minggu lepas so tak dapat lar kitorang nak enjoy sesama. huhu! minggu neh dia balik umah. wahhaahh!! em. nak buat apa ek minggu ek. em tapi ada perhimpunan 9 julai tu. em nenek pesan jangan kuar uma. em macam mana ek. em risau gak. em tengoklah hari kejadian nanti macam mane 0_o" 


HAHAH. betol la quote neh.

we always fight each other to get something but that's ok. sebab air yang dicencang takkan putus. hahah. nape la korang dok jaoh-jaoh. asrama lagi. kita cuti dah la tak sama. tak ada geng kat umah. huhu~ tak payah sekolah la weh lepak kat ngan aqu je. WOI!! jaat gler hasutan! HAHAH. naseb bek dorang baik-baik. to my bro and sis's belajar lar rajin-rajin weh. keje pun rajin-rajin gak. ingat asal-usul kaw. ingat pesan mak abah kaw. berbakti pada famili kaw, agame, bangsa dan negara. *pesanan neh tuk korang gak yang tengah baca neh. hee...  
    

thank you my friends. insyaAllah kita akan berjumpa. kawan, hidup neh memang ada banyak ujian. ujian yang Allah bagi tu maknenye Dia sayang kat kita. kawan kena kuat tuk hadapi ujian tu dan ingat kitorang sentiasa ada tuk sokong dan bersama-sama kawan tempuh ujian tu walaupun ia sangat pedih. kadangkala diri ini juga hampir-hampir jatuh atas ujian-Nya, dan kawan yang tarik semula ke atas dan habiskan kepedihan itu. thanks again dan sentiasalah mengadu pada Allah (^^, 


"Seperit mana pun esok, senyumlah... 
kerana senyuman itu penawar keperitan.. 
Semoga Allah mempermudahkan kita esok dan hari seterusnya.." 



sapa nak main kejar-kejar?? HAHAH. peace~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting