home about awards exchange Image Map
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

01 December 2010

Mari Bermain Dengan Liquify

salam
hari tu [erk. da lama sebenarnye.] kami cs2243c pergi site visit kat Karangkraf, Shah Alam. sangat teruja ok tengok mereka edit gambar. akhirnya tahu jugak macam mana mereka edit gambar tu. 

first sekali kene ada photoshop le kan. liquify ni bole dikatakan tool mudah nak edit gambar atau ubah bentuk suatu objek.

*kalo gambar kurang jelas, bole klik gambar bagi besar.
*aton : cek gune gambar ni na..hehe.

1) pilih satu gambar.


2) pergi ke Filter > Liquify. nanti keluar pop-up window macam kat bawah ni. kamu bole ubah Brush Size ikut suka hati.


3) anda bole pilih mana tools kat sebelah kiri window tersebut. kata nak bermain dengan liquify, suka hati nak pilih mana-mana ikut kesesuaian objek itu ye. bole tengok kat bentuk bulat kat dalam gambar ni. itu contoh objek yang nak diubah.


4) kalo nak undo atau ubah kembali objek itu kepada bentuk asal, bole klik kat Reconstruct Tool. lepas tu klik/sapu [erk. betol ke perkataan ni] kat objek yang nak diubah ke bentuk asal.


5) bila da siap anda main dengan liquify, klik Ok.


tadaa! hasilnye macam ni.


atas = sebelum, bawah = selepas.

 

27 November 2010

Sinaran Cahaya Iman Ke ??

salam
sapa yang minat nak edit gambar bole cuba tutorial ni. namanya ialah sinaran cahaya. cahaya iman ke ?? terpulang kepada anda nak interpret macam mana. cahaya lampu suluh ke. cahaya matahari ke. wee~ ok.

*kalo gambar kurang jelas. sila klik gambar untuk lebih besar.

1) pilih satu gambar yang sesuai untuk buat editting ni.


2) duplicate gambar ( Ctrl + J )


3) pergi ke Image > Adjustment > Threshold. pastikan masih lagi kat layer yang da duplicate tadi. lepas tu akan keluar pop-up window macam bawah ni. adjust sampai kamu puas hati. edit gambar jangan terlalu cerah dan jangan terlalu gelap. klik ok.


4) tukarkan blending mode dari Normal ke Screen.

 
5) pergi ke Filter > Blur > Radial Blur. keluar pop-up window dan settingkan Blur Method dan Quality macam bawah ni. Amount (kamu nak cahaya banyak atau sikit) dan Blur Center (titik cahaya tersebut) kamu bole edit sendiri sampai puas hati. klik Ok.


6) pergi ke Image > Adjustment > Hue / Saturation. keluar pop-up window dan tick kat Colorize macam bawah ni. kamu bole edit Hue, Saturation dan Lightness sampai puas. klik Ok.


7) da siap! tapi kalo nak bagi cantik sikit bole pergi kat opacity.


hasilnya macam ni :


kalo tak paham bole tanya. hanya aplikasi dari tutorial kat sini .

23 November 2010

Cara Hilangkan Line Border Gambar Pada Post

salam
setiap kali upload image pada post mesti ada satu line border kat image tu. border ni ada kat template tertentu biasanya classic template. 

kenapa bahagian kelapa lain tak berwarna?? klik sini

di sini ada cara nak hilangkan line border gambar pada post anda. ikut langkah-langkah berikut:

*save dulu script template anda.

1) Log in blog > Design > Edit HTML.  lepas tu tick kat Expand Widget Templates.

2) Tekan Ctrl + F dekat keyboard anda. taip atau paste kod .post img { atau .post-body img { kat kotak Find kat bawah.
- tapi macam template hamba tak ada kod tu. cari le kod yang lebih kurang sama dan jumpa kod ni .post img, 

3) Tukar angka 1 kat border kepada 0

.post img {

padding: 1px;
margin: 0px 10px 10px 0px;
border: 1px solid #000000;
}

contoh lain: 

.post img, table.tr-caption-container {
  border:1px solid #ddd;
  padding:1px;
  max-width:523px;
  height:auto;
  }

4) Lepas tu Preview, kalo tak ada error, bole Save je. kalo tak paham bole tanya.

rujukan : maribinablog

[ngada-ngada le nyamuk ni. shieldtox!] 
  

20 November 2010

Objek Berwarna Berlatarbelakangkan Hitam & Putih

salam
petang ni nak ajak rakan-rakan sekalian belajar macam mana nak buat objek berwarna dengan berlatarbelakangkan warna hitam dan putih. nak edit gambar ni hamba guna adobe photoshop cs4. jom mula!

*kalo gambar kurang jelas, bole klik kat gambar bagi besar. peace!

1) Pilih satu gambar yang nak di-edit.
- abaikan layer yang atas layer background tu, hamba cuma nak bagi gambar terang sikit je.

 
2) Duplicate layer background ( Ctrl + J ).


3) Klik layer yang da duplicate tadi kemudian pergi ke Image > Adjustment > Desaturate.


4) Pilih Pen Tools kat Tool Box dan pilih Paths kat sebelah atas.


5) Klik kat tepi objek yang nak berwarna macam hamba klik kat budak perempuan ni. Pastikan anda klik kat tepi objek ikut bentuknya sehingga bercantum.


6) Klik kanan pada objek yang nak berwarna. Pilih Make Selection dan tekan Ok.


7)  Klik Delete pada keyboard anda. da siap!


Hasilnya seperti di bawah :

 

akhir kata, selamat mencuba.

10 November 2010

Cara Masukkan Favicon Pada Blog

salam
nampak apa yang lain dalam blog ni. tu kat Favicon da tukar bagi nampak kecomelannya [blink lagi tu..hehek]



1. Pergi ke http://www.iconj.com/icon_generator.php . Ada banyak cara kamu nak tukar favicon kat laman tersebut sama ada nak 'upload' foto sendiri lepas tu 'generate' dan dapatkan 'html code' / link icon. Ataupun guna icon yang da sedia ada, contohnya http://www.iconj.com/animated_favicon.php , pilih saje mana-mana icon lepas tu 'save' icon dan dapatkan 'html code'.

2. Sign in ke blog, Design > Edit HTML > tandakan Expand Widget Templates.

3. Buat backup template dulu.

4. Tekan Ctrl+F dan cari code </head>, paste 'html code' / link icon sebelum code tadi dan selepas code  ]]></b:skin>

5. Preview template, bila dah puas hati kemudian save template.

Selamat mencuba! 

[sama tak muka saya dengan icon tu..hee~  like!]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting