home about awards exchange Image Map
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

23 May 2013

Pesta Buku Selangor 2013



Pesta Buku Selangor (PBS) kembali lagi. Masih di lokasi yang sama iaitu Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam. Bertarikh 24 Mei - 3 Jun 2013. Jadual aktiviti PBS2013 boleh rujuk sini. Info lanjut boleh lawat laman web rasmi Pesta Buku Selangor 2013 (http://www.pestabukuselangor.my)

..insyaAllah, selasa / rabu minggu depan boleh pergi.. off day.. 


06 February 2013

Bocer = Baucer!

Assalamualaikum & selamat petang

Alhamdulillah berkesempatan hari ni melawat fskm tercinta. Woot woot. Pergi dengan dak naiy sebab dia pun nak kuar pegi bank. Woot woot. Terkejut mak nak. *buat-buat muka tak terkejut* Jumpa classmate, Afiq yang datang bersama Bob! Tumpang dorang ke kompleks memandangkan bas macam lambat je time cuti sem ni. Dapat bocer terus pegi soping kaw. Senarnya ada baki lagi sekeping bocer tu tapi masa tu macam blank tak boleh pikir nak beli apa lagi tuk cukupkan kuota. Selain komik ngan novel terpilih saja. hahaha. Tapi tak kesah sebab yang nak dibeli sudah beli. So, 4 keping lagi guna masa ada fair.

Baru guna RM50. Hehehe.

Oh ya!! Sebelum terlupa. Tadi nampak kat konter bendahari fskm ada tampal note. Katanya bole amek bocer sampai 31 Mac 2013. Bocer laku sampai 31 Mei 2013. Lupa nak snap note tadi untuk korang tengok. 

Akhir kata, perut meracau minta diisi. Awan pun dah berarak mendung kelabu. Seperti mahu memuntahkan butiran-butiran manik air di bumi.


.....

"eh asal dak kecik ni tido sini jauhnya"
"cut cut cut cut cut cut"
*bunyik panggil dorang*

02 December 2012

Pakej E-Book Bisnes

Salam sejahtera.

Inginkan income mencecah sehingga 5 angka? Boleh dilakukan secara full time / part time. Ini bukan skim cepat kaya / pelaburan yang haram.

Mengapa anda patut cuba?
1) Perniagaan berkos rendah dan minima.
2) Tidak perlu menyimpan stok.
3) Boleh beroperasi dari rumah anda.
4) Tidak perlu mengupah pekerja.
5) Boleh dilakukan secara separuh masa.
6) Boleh dilakukan tanpa modal.
7) Pilih perniagaan dari A - Z.
8) Keuntungan melebihi 30% dan lebih.
9) Perniagaan berisiko rendah & selamat.
10) Hampir sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Apa tunggu lagi?? Masa tidak menunggu anda. Perubahan hidup bermula daripada diri anda sendiri. Dapatkan Pakej E-Book Bisnes ini sekarang selagi belum SOLD OUT!

Maklumat lanjut dan tips boleh rujuk di sini.

23 November 2012

Festival Hijab 2012

Salam sejahtera.
Anda dijemput memeriahkan FESTIVAL HIJAB 2012 
di Anggerik Mall, Shah Alam
23 - 25 November 2012

info lanjut di sini..
insya Allah ke sana!

16 November 2012

2:216


*bisa diambil dan di-share.. sama-sama mendapatkan keredhaanNya..

09 October 2012

Perjumpaan Terbesar Usahawan Internet Malaysia


Bagi anda yang berminat dalam menjalankan perniagaan internet, boleh menyertai 'Perjumpaan Terbesar Usahawan Internet Malaysia' yang diadakan setahun sekali. 16 orang usahawan internet di Malaysia akan berkongsi tips dan pendapat kepada anda. Koreklah rahsia mereka menjadi usahawan internet yang berjaya dari program ini. 

Antara usahawan internet yang akan hadir ialah Founder WangCyber, Pakar Mudah.my, Pakar Ebook, Pakar Ebay, Pakar Lelong.my, Pakar Affiliate, dan ramai lagi. Sesiapa sahaja yang ada masa terluang ingin mengubah nasib hidupnya dan berminat mengembangkan perniagaan boleh timba ilmu dari program ini. 

Tempat : Menara Usahawan, Putrajaya.
Tarikh :14 Oktober 2012 (Ahad) 
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang



Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di >>


.. ilmu bisa di-share ..

23 September 2012

Panduan Penjagaan Pesakit Denggi di Rumah

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

... sambungan ...

Kali ni saya nak share pengalaman. Kad rekod pemantauan yang saya dapat tu dalam ada tulis macam-macam jargon yang tak bape nak paham sangat. Huhuk. Saya bukan budak medik. Yang paham cuma pasal suhu mula-mula 38.7 celcius. Agak tinggi. *Naik-naik kening* Jumlah platelet mula-mula 188 000 then semakin menurun mendadak.
Bagaimana anda disahkan demam denggi?
Doktor anda akan melakukan ujian darah sel darah platelet. Jika jumlah sel darah platelet  kurang dari 150,000/mm3 anda akan di suspek sebagai pesakit demam denggi.

See??!! Hari ke-2 dan ke-3 pergi cek darah kat pusat kesihatan jumlah platelet ialah 120 000, 102 000 hampir-hampir kurang daripada 100 000. Hari ke-4 dah kene pegi hospital. Cek jumlah platelet dah 104 000. Doktor dah marah dan terus tahan saya masuk wad. Nurse bagi masuk air. Jarumnya panjang tak hengat bai! Boleh rasa tau kepanjangannya bila masuk tangan! *rolling my eyes*

Simptom Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi
  • Ciri-ciri demam Denggi Berdarah (dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjatan Denggi (DSS) seperti  serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41ºC. 
  • Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3.  

See again??!! Jika anda rasa macam demam yang luar biasa lebih baik pergi jumpa doktor. Jangan tiru macam saya yang malas jumpe doktor. Saya kongsikan dengan kalian apa yang ada dalam kad rekod pemantauan selain suhu, platelet bagai.
Tanda-tanda bahaya penyakit denggi:
1) Kerap muntah
-- tapi saya rasa loya je dan muntah sekali je.. setakat makan roti pun tak lalu..
2) Sakit perut
3) Pening atau rasa gelisah
-- yang ni memang sangat sangat merasainya pun.. sampai kena keluar kelas pergi rehat kat surau.. tidur sampai habis kelas..
4) Pucat atau rasa yang sejuk bila kulit disentuh
-- ni sampai nak mandi takut tau.. sejuk sangat sangat.. sepanjang hari tidur selubung bagai..
5) Sesak nafas
6) Pendarahan ( tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung / gusi, muntah darah, najis berwarna hitam, haid yang banyak )

Ada beberapa tanda yang tidak dialami oleh saya. Hanya yang dikomen tu saja ada. Next, panduan penjagaan pesakit denggi di rumah.

Apa yang anda perlu lakukan?
1) Berehat secukupnya.
2) Banyakkan minum cecair spt susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum lebih 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
3) Makan ubat demam spt Paracetamol mengikut nasihat doktor.
4) Sponge / lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu.
5) Jika boleh, guna ubat nyamuk / kelambu utk mengelakkan gigitan nyamuk.
6) Cari dan musnah tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan di luar rumah.

Apa yang anda perlu elakkan?
1) Jangan ambil ubat tahan sakit spt Aspirin, Mefenamic Acid (Ponstan) / Steroid.
2) Tidak perlu mengambil antiobotik.

Sumber informasi

alhamdulillah sihat =')
thanx to Allah dan semua yang membantu..

21 September 2012

Dengue Infection

"aku kan pergi.. bertemu kekasih abadi.. tiba masanya kau mencari teman pengganti.."
Teman Pengganti - Malique ft Black


Hari tu pegi klinik nampak sign kat atas tu kat depan bilik doktor. Then, teringat kejadian long long time ago. Bulan 5 tahun 2011. Masa intersesi. Syukur saya ada sahabat, Aton. Dia yang memujuk, memaksa, datang bilik lagi suruh pergi klinik. Kalo tak, haiishh memang maleh betui nak pegi dengan tak laratnya lagipun. Padahal masa tu pikir nak amek MC jek. Tak sangka pulak hasil check up nya begini begitu. Doktor bagi rekod pemantauan lagi.. wow.. nak tahu apa yang ada dalam rekod tu? Tapi saya bukan doktor tak paham sangat jargon medic ni. Kena marah dengan doktor lagi. Uwaaaaah!

Panduan penjagaan orang-orang macam ni?

Sambung nanti pulak ye hadek hakak habang sekalian. Maafkan saya. Seharian ngadap design. Tayed oledi.

. . . . .

"dik.. susahnye nak amek darah awak nih.. tak leh nak cari salur darahnya.." 
sadis sungguh T___T

28 June 2012

Pesta Buku Selangor 2012


Pengunjung Pesta Buku Selangor 2012 berpeluang memenangi iPAD 2. Cara-caranya klik sini >> PPAS
Jadual penuh boleh tengok sini >> Jadual Aktiviti Pesta Buku 2012
Untuk lihat kedudukan setiap booth >> Paparan resolusi tinggi
Maklumat lanjut >> Pesta Buku Selangor

27 April 2012

Kotak Jerit

Ada persoalan dan kekeliruan. Waktu macam pukol 8, 9, 10 biasanya panggil apa. Malam ke petang. Kalo dalam meeting tu bila nak bercakap ada yang kata "selamat petang", "selamat malam", kalo dalam bahasa canggeh sikit dipanggil "good evening" kan kan kan .. good night tu macam dah nak masuk tido kan kan kan .. dah lama meninggalkan pembelajaran bahasa ni. Konpius konpius >..<" Dok ngadap skrin je sekarang.

Tapi yang paling afdhal dengan ucapan "Assalamualaikum semua" Sihat tak kawan-kawan? ^^ hihi

Cuti-cuti ni rajin pulak nak jenguk blog kan. Ni nak bagitau kat kamu yang blog ni dah ada tempat untuk jerit-jerit batin ka zahir ka melalak ka apa ka nun kat hujung belah kanan kaler biru tu. Nampak tak. Sebelum ni pakai shoutmix punye, lepas tu dah nak kena bayar teruih remove. Lama dah tak buat kotak jerit baru.

Baru ni buat guna shout busuk dari busuk.org. Korang boleh pegi tengok tengok mana mana yang berkenan. Yang penting kotak jerit tu FREE! Ada banyak lagi ciri-ciri yang best [orang-orang HCI panggil features memang berkaitan dengan HCI pun]. HCI tu apa?

Human Computer Interaction, or HCI, is the study, planning, and design of what happens when you and a computer work together. As its name implies, HCI consists of three parts: the user, the computer itself, and the ways they work together. 
(, 2001)

Antara features-nya ialah:
1) Real-time chat : korang tak payah nak refresh untuk tahu ada mesej baru ke hape ke.
2) Custom smilies : dia ada banyak smiley yang shomel-shomel macam YM dan korang boleh nak tambah  
    sendiri punye smiley.
3) Customizable : kotak jerit tu korang boleh ubahsuai ikut citarasa masing-masing nak kaler apa, font, saiz,
    besar kecik bagai.
4) Word Filter : yang ni kalo tak suka satu word tu bole tukar dengan word lain. [sebenarnya belum try lagi
     buat, korang try sendiri ea. good.]
5) Ban system : Ha! kalo korang tak suka dekat si polan tu boleh ban je teruih guna sistem shout busuk ni.
6) Online user counter : biasanya blogger letak asing-asing kan kalo nak taw berapa yang tengah online,
    shout busuk dah letak sekali mende ni dalam kotak tu.

Ada banyak lagi yang diorang nak upgrade dalam Shout Busuk. Bolehlah rajin-rajin kan diri menjenguk kat sini. Salah satu tempat untuk ping post korang pun boleh pegi busuk.org. 

Selain Shout Busuk, ada lagi kotak-kotak jerit yang lain seperti di sini >>> 5 ShoutBox Alternatif Kepada Shoutmix

Fibox ni pun shomel jugak tapi masih berstatus BETA.

Ada rasa-rasa nak kotak jerit baru bolehlah pegi jenguk links di atas :)
Mana-mana yang nak jerit tu pegi klik shout box kaler biru tu. Takde sapa dengar pun =D
We can make friends from there.

=')

26 April 2012

Kawan

sumber

"boleh kita kawan dgn awak?"
"boleh! boleh!"
-so sweet-

09 February 2012

Mawlid @ Shah Alam


... insya-Allah ...
maklumat lanjut boleh rujuk sini [klik]

07 February 2012

Kesepian Berlalu Pergi


selamat kembali setelah lama menyepi. tidak menghilangkan diri. hanya sibuk dengan macam-macam aktiviti. tidak berkesempatan untuk meng-update blog ini. jika lihat post yang sebelum ini ialah post menyambut kedatangan tahun 2012. kali ini post pada awal februari 2012. 

da sekian lama baru nak bukak student portal. dengar citer result exam kuar 22 februari. betul ke?? tu yang nak pi check. ok page da layout baru. dan tak bape reti sangat nak guna. masih menggodek. 

nak log in da tukar

profil student di-view-kan dan semua info dah disusun dengan teratur.

baru je tamat mengikuti Latihan Intensif Bakal Komander Siri-46 bertempat di UiTM Shah Alam bertarikh 26 januari 2012 - 5 februari 2012. mengharapkan generasi yang berkaliber dan boleh meneruskan perjuangan kami. bukan sahaja bakal komander yang burn, komander pengiring juga kene tempias burn itu menawan. aiyaaa~~ proses pencerahan giat dilakukan =.=" 

alhamdulillah. income semakin bertambah. pembantu jurulatih dan komander pengiring. tapi tak guna gak simpan. sekarang berkurang sebab banyak makan T__T apa nak jadi... 

sekarang fokus kepada final year project. resume tuk praktikal belum buat lagi. aktiviti sem depan in progress. YaAllah, Kau permudahkanlah segala urusan kami. amin~

15 November 2011

Syafakillah

Bismillahirrahmanirrahim...


*terlalu banyak kerja (T___T)"

09 November 2011

Pembaharuan Blog "FreAKy siTe??!"

Ha.... nampak tak???
kalo tak nampak jugak .. tak tahulah .. blog nih dah kembali kepada template yang asal ..
TAPI .. yang baru header je. hikhikhik.

KENAPA TUKAR??
sebab em .. em .. hari tu baru perasan ada yang komen kat shoutmix kata blog nih berat .. hukhuk .. tak apa memang nak tukar pun sebenarnye tapi tak berkesempatan. *adakah sekarang nih sangat berkesempatan untuk edit? hah!! woi! keje belambak tak siap lagi!!* ERK! dah baca journal asek ngantok jek. tukar subjek le pulak kan. subjek "BLOG". hahaha!

kepada anda yang bagi komen hari tu. TERIMA KASIH ye. sangat-sangat menghargai (^^,
lupa la sapa orangnye. gomenasai~

tapi kan. berat lagi tak blog nih. em ....

09 September 2011

Mood dan Ragam Pelajar Sebelum Semester Baru Bermula


salam jumaat semua! sihat tak? moga baik-baik saja. insya-Allah. "what's your mood today?" atau bahasa tingginya apakah mood anda hari ni?? loving? bored? happy? sad? excited? angry? hurm3.. oh tengah marah ke??? tak baek tu. cepat-cepat amek air wudu'. semoga hilanglah kemarahan itu. bagi mereka dalam mood positif tu kekalkan agar orang disekeliling korang pun dapat tempias positif tu.

ok esok dah sabtu pastu ahad dah kena balik kolej!! ko tak packing satu beg pun lagi cik murni oii!! hari sabtu memang tak sempat la kan kerna pergi rumah saudara-mara dan melayan tetamu. dalam kata lainnya BERAYA! di saat my sis, uncles, aunts and grandma bakal bertandang kat rumah hari nih.. kitorang baraan lagi la jawabnye!! lagi-lagi esok banyak open house. bab makan no.1 je! huahuahua! !

mengemas rumah?? dan mengemas barang-barang masuk semester baru??
itulah mood saya pada hari nih. huhuh..

selama online di minggu terakhir cuti nih.. kat fb tuh da belambak lah mereka nih dok ngomel.. rasanya korang pun mesti ada jumpe ayat-ayat macam nih..

"tak nak balik shah alam!!!" 
---- saya memang tinggal shah alam pun. tak yah nak balik dari mana-mana =,= tch korang tak nak balik sini! tak nak jumpe dak comel nih ke. huahuahua! perahsantan!!


"nape cuti dah nak habis??" 
---- hamboih! kalo student diploma tak kisah la. ni yang amek degree ni! dah bagi 4 bulan cuti pun tak cukup. jangan tamak ye~~~  

"nanti rindu katil, bantal peluk kat rumah neh.. huhu" 
---- dah tak bole pisah tu bawak la datang kelas. jangan tido pulak! ish3. ada ke yang buat macam tu??? (0.o)"


"belum sampai lagi dah rasa homesick =,=" 
---- yang nih MENGADA namanya. lama sangat cutinya.


"alamak kena praktis pegang pen nih.." "eleh.. budak komputer pun nak kecoh. guna je la keyboard tu!"
---- eh.kite same la! hahah! dah lama weh tak pegang pen. eh. budak komputer pun jawab exam pakai pen la!


yang paling tak boleh bla yang nih..


"hah! student card letak kat mana hah???"
---- hambek! cuti lama tak balik uitm dah tak ingat taruk mana. len kali gantung je kat leher. huahua!

begitulah ragam pelajar sebelum semester baru bukak. macam-macam la korang nih. hahah. dah hampir pukul 10 pagi kedai pun dah bukak. masanya untuk pergi membeli barang-barang. shopping?? (^_^)v peace yawww!!! pergi awal balik awal boleh cepat kemas barang. hihih.

kepada korang semua yang bakal memulakan semester baru >>
"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KELAS!!"
ada yang balik cuti raya akan hadapi exam >>
"SELAMAT MENJAWAB SOALAN!!"
ada yang baru daftar sebagai student yang sekarang tengah orientasi >>
"SELAMAT  MENGHADAPI DUNIA BARU!!"
kepada mereka yang lain >>
"SELAMAT BERAYA!!"




memulakan sesuatu pekerjaan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah.
hokeh! cukup untuk hari nih. lain kali coret lagi ye =)

14 July 2011

Panggilan Nama Seseorang Itu Doa

Assalamualaikum.

korang mesti layan filem-filem P.Ramlee kan. kalo tak layan baik pergi tengok sekarang! legenda kot. hahaha. suka suki je paksa orang lain. hihi. salah satu filem ialah Nujum Pak Belalang. cerita neh best giler weh, kelakar pun ada. tengok banyak kali pun tak bosan. kalo korang tengok ada satu bahagian tu yang masa pak belalang kene jawab soalan-soalan. 


ada satu soalan tu bunyik dia macam neh. 

"Dimana letaknya kekuatan laksamana Hang Tuah, pada kerisnya atau tenaganya?"  

haa!! korang taw tak?? nak bagi hadiah sapa yang dapat jawab. cepat!! hahah. eleh. taw la da ulang tengok cerita neh beriban kali. huh. sampai boleh hafal dialog-dialog dalam cerita tu. biar pak belalang yang jawab,

"Kekuatan Hang Tuah bukan pada kerisnya atau tenaganya, tapi pada huruf ta atau t. Mengapa? Kerana jikalau nama Tuah, huruf t di depannya diganti dengan huruf lain misalanya b, apa yang jadi? Jadilah hang buah, dan sebagainya, maka hilanglah keperkasaannya." 

Hang Buah?? tak ke pelik namanye tu. silap-silap laksamana tu digelakkan orang ramai. haa!! korang jangan gelak. pukoi kang! hanya kerana nama, maruah seseorang boleh tercalar. nama seseorang tu ada maknanye yang tersendiri kepada tuan punya badan dan yang pasti makna yang indah.

dalam islam, mak bapak kena bagi nama-nama yang elok dan ada maksud yang baik untuk anak-anak dorang. insyaAllah anak dorang akan bersifat seperti nama yang telah diberikan dan bangga dengan nama itu. kadang-kadang kita neh suka suki je panggil orang lain dengan nama yang lain. "weh joyah, da siap report ke .." padahal nama dia bukan joyah pun. kata orang, panggilan nak bermanja-manja gitu. awwww~~

neh nasihat untuk diri sendiri jugak. huhu =,= memang selamba giler panggil sam dol neh, peah neh .. padahal mak bapak dorang da bagi baek punyeeerrr nama!! maaf ye. tapi kalo dorang tak kisah dipanggil sedemikian rupa tak apalah. yeke dorang tak kisah??? hurm ... kene tanya semula kat dorang. hati manusia hanya Allah je yang taw. panggilan nama seseorang itu kan suatu doa.

kalo pergi kedai buku mesti nak cari buku nama-nama islam. bukannya beli pun. ngahahah. saja je nak cari makna nama sendiri. hihi. tapi mesti tak jumpe punya. "maksud murni tu apa .. " "murni tu kan nilai-nilai murni yang baik .. " speechless ..    =,=    macam tu pun ada ke. hahah. tak kisahlah asalkan baik. mak bapak mesti nak bagi yang terbaik tuk anak-anak dia kan (^^,  tapi shaye neh sangat jahat taw. grrr!

kesimpulannya ialah .. macam nak buat karangan dah. hahah. tak apa amek feel nanti bukak sem kena bergelumang dengan coding, system bagai. wahah! tak sabar! konon je~ ok! nama neh boleh dibuat senjata dan motivasi korang taw. nak taw macam mana??? hah! pergi sini cepat!! [ klik ] 

tapi shaye tak kesah pun korang nak panggil apa ..
asalkan yang baik. weeheee~

* sumber gambar : google
** aiyaa.. cecair mula kuar dari idung. bertahan!
*** kol bape neh tak gheti nak tido ke hape hah!! zassss!!!

29 April 2011

Anda Cun? Handsome? Gempak? [ Kalau Ya, Jangan Baca! ]



Assalamualaikum & selamat pagi.

pagi ni hujan renyai-renyai sambil layan hotfm dengar celoteh fara fauzana & seelan paul. tengok budak-budak yang nak pegi exam pagi ni kebasahan sebab hujan melalui tingkap .. barangkali tiada payung .. lain kali beli satu payung kak! my roomate pun ada paper pagi ni dah risau macam mana nak pegi exam sebab hujan. alhamdulillah sekarang hujan da nak reda boleh lah beliau pergi dewan peperiksaan dengan senang hati.

apa yang anda tengah buat sekarang?? hei! study la! erk~ pagi ni memang tak ada keje betol pergi download sebab cun, handsome, gempak .. haiyhyaaa~ tu lepas exam pun bole buat la! hee.. tapi da ter-download. huhu.. smart weh boleh usha kat sini [ klik ] banyak sangat~ tak apa stop downloading sekarang nanti bole sambung kendian. 


07 March 2011

PC Karnival 2011 di UiTM Shah Alam

Assalamualaikum & salam sejahtera.


promosi sangat hebat sampai luar kampus.
semua dijemput hadir.
jom!

03 March 2011

Citcat VERSUS Google Translate ??!

Assalamualaikum & selamat malam.


Sebelum ni, memang biasa kalo nak tahu makna perkataan english kena pergi melawat google translate, lepas tu baru tau maksud perkataan tu dalam bahasa melayu ataupun sebaliknya. tapi kadang-kadang makna perkataan tu tak menepati ayat asal pun. al maklum, saya ni tak bijak dalam english. wuwu~


lepas tu, roomate bagi la satu link yang memang best kalo nak buat aktiviti translate ni. makna perkataan tu boleh dikatakan menepati ayat asal itu dan interface sangat menarik. kamus pun ada selain terjemahan.



boleh lawat kat sini [ http://www.citcat.com/ ]


kalo korang ada tempat lagi best nak translate selain di atas, boleh la kongsi dengan kawan-kawan. setakat ni citcat sentiasa di hati sebab tak jumpe yang lain. hehek~ 

esok petang sampai ahad ada trip ke Dungun. 
alhamdulillah. projek yang tergendala dari semester sebelum ni dapat diteruskan.
insyaAllah semua lancar je.
erk! bila nak kemas beg neh?!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting