home about awards exchange Image Map

05 December 2010

Uji Psikologi Anda Di Sini !

Assalamualaikum & selamat malam.

hujan rintik-rintik.. air bergelombang.. mak kasi 10 sen.. ayah kasi 10 sen.. [erk. 10 sen je ?? ye la! budak kecik tak bole pegang duit banyak-banyak. huh!] hahah. iklan tak berbayar sekejap. [tunggu sekejap~ macam Jac nyanyi. aip! apa ke halnye ni??] wo! wo! relax. alhamdulillah petang tadi hujan. ni apa hal tetibe layan lagu klasik. wee~

 sumber : mr. google

ho. sapa tak kenal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Seniman Agung ni beb. pagi tadi pergi Giant yang baru bukak kat Kemuning dan nasib baik teringat nak beli Utopia terbaru. ada cerita pasal indie band buat tribute lagu-lagu P. Ramlee. tu yang tetibe layan klasik. suka lagu yang "pok..pok..pok.. bujang lapuk.." like! untuk cerita lanjut dapatkan Utopia keluaran 15 Disember 2010 di kedai-kedai berhampiran anda. ecece. macam promoter da. wa!

ok. kembali ke tajuk asal iaitu menguji psikologi anda. yang ni baca dari Utopia dan ilmu ni dari Italy nak tolong korang kenal potensi diri sendiri. ini merupakan realiti di sebalik imaginasi korang. jom kita buat ujian.



soalan : 

bayangkan korang jalan sorang-sorang dalam hutan lepas tu nampak pondok kat situ.

1) korang pun ..
    a. lalu je la. ada kisah ke??
    b. ketuk lepas tu bagi salam sebelum masuk.
    c. masuk je la mana tau pondok tu rumah rehat ke..

bayangkan korang ada dalam pondok itu.

2) ada 20 batang lilin. berapa batang korang nyalakan?

3) nampak meja tak? bentuk 4 segi ke bulat?

4) ada berapa buah kerusi kat meja tu? 

5) atas meja tu ada jag, korang agak jag tu diperbuat daripada apa?

6) kandungan air dalam jag tu ada berapa banyak?

lepas tu da puas lepak kat pondok tu, korang pun teruskan perjalanan semula.

7) tetibe di sebalik rimbunan daun-daun yang menghijau, ada air terjun cantik wo kat depan mata. deras tak air terjun tu?

8) wah! ada angsa comel pulak kat tepi tu. korang kira berapa agaknya bilangan angsa tu?

analisis:

1) a. kalo blah je dari situ maknanye korang tak sedia lagi nak bercinta.
    b. masuk dengan beradab maknanye korang memang da sedia nak bercinta.
    c. jawapan lebih kurang sama dengan b tapi kurang sikit menghormati pasangan.

2) soalan ni berkaitan dengan kemurahan hati korang. semakin banyak lilin dipasang, semakin pemurahlah korang.

3) bentuk meja mentafsirkan sifat dalaman korang. 4 segi = korang keras kepala. bulat = korang fleksibel.

4) jumlah kerusi menunjukkan layanan korang kat tetamu / member. semakin ramai, semakin bagus.

5) soalan merujuk pada jenis hati korang. diperbuat daripada kristal? wo! memang sensitif orangnya. bila pecah, terus berkecai.. kalo diperbuat daripada tembaga, korang memang 'kebal' .

6) soalan merujuk pada sedalam mana kasih sayang korang bagi kat pasangan. kalo penuh, bagus! setengah / langsung tak ada air? lepas ni kena fikir ramuan special untuk bajai kasih sayang.

7) soalan merujuk pada libido / naluri dalaman korang.

8) bilangan angsa melambangkan jumlah member yang korang ada.

habis. sama tak dengan personaliti korang. heheh.

4 comments:

aiSyah (", said...

ade la sme skit..
tp bnyk xsme..
huahuahua -_-

Hidayah Murni said...

@aisYah (", ohoh. ada le tu..kekeh.

Anonymous said...

HOOHOHOHHOO....yg soalan fisrt tu memng betui...hahha yg bwah tu dok tau lerr...kekeekekekek walkin2..

Hidayah Murni said...

@2 2=5 ahaha. apa yang betol tu..wo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting