home about awards exchange Image Map

09 September 2011

Mood dan Ragam Pelajar Sebelum Semester Baru Bermula


salam jumaat semua! sihat tak? moga baik-baik saja. insya-Allah. "what's your mood today?" atau bahasa tingginya apakah mood anda hari ni?? loving? bored? happy? sad? excited? angry? hurm3.. oh tengah marah ke??? tak baek tu. cepat-cepat amek air wudu'. semoga hilanglah kemarahan itu. bagi mereka dalam mood positif tu kekalkan agar orang disekeliling korang pun dapat tempias positif tu.

ok esok dah sabtu pastu ahad dah kena balik kolej!! ko tak packing satu beg pun lagi cik murni oii!! hari sabtu memang tak sempat la kan kerna pergi rumah saudara-mara dan melayan tetamu. dalam kata lainnya BERAYA! di saat my sis, uncles, aunts and grandma bakal bertandang kat rumah hari nih.. kitorang baraan lagi la jawabnye!! lagi-lagi esok banyak open house. bab makan no.1 je! huahuahua! !

mengemas rumah?? dan mengemas barang-barang masuk semester baru??
itulah mood saya pada hari nih. huhuh..

selama online di minggu terakhir cuti nih.. kat fb tuh da belambak lah mereka nih dok ngomel.. rasanya korang pun mesti ada jumpe ayat-ayat macam nih..

"tak nak balik shah alam!!!" 
---- saya memang tinggal shah alam pun. tak yah nak balik dari mana-mana =,= tch korang tak nak balik sini! tak nak jumpe dak comel nih ke. huahuahua! perahsantan!!


"nape cuti dah nak habis??" 
---- hamboih! kalo student diploma tak kisah la. ni yang amek degree ni! dah bagi 4 bulan cuti pun tak cukup. jangan tamak ye~~~  

"nanti rindu katil, bantal peluk kat rumah neh.. huhu" 
---- dah tak bole pisah tu bawak la datang kelas. jangan tido pulak! ish3. ada ke yang buat macam tu??? (0.o)"


"belum sampai lagi dah rasa homesick =,=" 
---- yang nih MENGADA namanya. lama sangat cutinya.


"alamak kena praktis pegang pen nih.." "eleh.. budak komputer pun nak kecoh. guna je la keyboard tu!"
---- eh.kite same la! hahah! dah lama weh tak pegang pen. eh. budak komputer pun jawab exam pakai pen la!


yang paling tak boleh bla yang nih..


"hah! student card letak kat mana hah???"
---- hambek! cuti lama tak balik uitm dah tak ingat taruk mana. len kali gantung je kat leher. huahua!

begitulah ragam pelajar sebelum semester baru bukak. macam-macam la korang nih. hahah. dah hampir pukul 10 pagi kedai pun dah bukak. masanya untuk pergi membeli barang-barang. shopping?? (^_^)v peace yawww!!! pergi awal balik awal boleh cepat kemas barang. hihih.

kepada korang semua yang bakal memulakan semester baru >>
"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KELAS!!"
ada yang balik cuti raya akan hadapi exam >>
"SELAMAT MENJAWAB SOALAN!!"
ada yang baru daftar sebagai student yang sekarang tengah orientasi >>
"SELAMAT  MENGHADAPI DUNIA BARU!!"
kepada mereka yang lain >>
"SELAMAT BERAYA!!"




memulakan sesuatu pekerjaan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah.
hokeh! cukup untuk hari nih. lain kali coret lagi ye =)

5 comments:

Anisa Anuar said...

taw xpe...hahaha...bercampur baur perasaan ni...tak terkata la...

Hidayah Murni said...

@ANISA rasa excited g kelas ada..rasa nak cuti lagi pn ada gak!! haha

- abdul hadi abdul muti - said...

bestlah dok shah alam je..huhu

Hidayah Murni said...

@- abdul hadi abdul muti - best! huahuahua~

Unknown said...

hihi. dah bukak sem. tak syiok. adess

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting