Foto Meluahkan Segalanya

Assalamualaikum

malam raya hari tu menandakan saya telah habis bekerja dan mendapat hasilnya. alhamdulillah. pada malam tu juga pulang terus ke kampung untuk meraikan aidilfitri bersama keluarga di sungai panjang. 1 syawal disambut dengan sederhana kerana tak ramai ahli keluarga yang pulang ke kampung. apapun saya suka makan nasi impit, rendang ayam, kuah kacang... SEDAP!! ok memang betul foto meluahkan segalanya. tapi gambar makanan tak sempat snap la dah masuk perut. hahah.

bey, asma

acik zul, nenek, acik unus

fadiah, nana, acik amek, ami

iwan, acik zul, alin


hero-hero yang bajet macho ...


gadis-gadis .. hahah ..

panas terik ...

WE!!!
sebahagian ahli keluarga ...

hari ni 2 syawal pergi beraya ke rumah saudara belah nenek. gambar tak masuk lappy lagi. hahah. esok 3 syawal insyaAllah pergi beraya lagi ke rumah saudara abah pulak. memang banyak makan dan kitorang lah yang akan habiskan kuih raya kat rumah yang kami beraya. wahaha. mintak maap tuan rumah~ tak makan kang membazir ...


masih tak terlambat lagi rasanya nak ucap ...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN"


dan tak lupa juga tarikh bersejarah hari ni 31 ogos kepada rakyat Malaysia
"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!"

Apa Yang Ada Pada Bulan Ogos???

Assalamualaikum.

first update bulan ogos bersamaan hari ke-8 umat islam berpuasa. lama giler blog neh tak ada cerita baru kan kan kan. ada banyak cerita sebenarnye tapi tak tertaip sebab tak sempat memandangkan kerja balik malam. hari neh rajin pulak nak update walaupun sikit. saya kerja ye pada bulan puasa neh. lokasi kompleks pkns shah alam. mari le shopping!!!


apa yang ada pada bulan ogos??? sume orang tahu bulan ogos bulan kemerdekaan bertarikh 31 ogos di mana masa tu raya aidilfitri hokeh! ikut korang la nak sambut mana satu. nak rai kedua-duanya pun bole~~  ogos juga bulan puasa iaitu 1 ramdhan jatuh pada  1 ogos dan tarikh yang sama ialah bufday my sis, aisyah tapi panggil saje bey. tak dapat nak belikan dia apa pun sebab tengah kering masa tu.. huhu.. tapi tak apa sekali sambut dengan bufday my sis lagi sorang, alin iaitu bulan depan. hahah boleh pulak itu macam. layan je!

kejadian kat kompleks.
"sekolah lagi ke dik? tolong mak niaga ea?"
"erk. da abis sekolah. bukan kedai mak saya neh."
"oh. yeke. buat part time tunggu tawaran u la neh ea.. "
huhu. saya dah nak masuk tahun akhir neh kak.. insya-Allah..
celah mana nak cari saya?? boleh klik sini.

mungkin lepas neh jarang update buat seketika sampai lah malam raya. lepas tu memang aktif melakukan aktiviti ber-online neh. jangan rindu saya tau! perasan betol! ada ke yang rindu budak neh.. hahaha. marilah berehat ye untuk bekerja esok..

tak habis-habis uhuk uhuk...

Malaysia Web Hosting