29 December 2012

Thanx!

salam
went to meeting for the last sem
susah-susah je bagi frame
smart pulak gambar dalam tu
hahahak

anyways thanx!
memori bersama korang sangat manis
walaupun sem ni tak aktif sangat

Insya Allah umur panjang kita jumpa lagi
grad tahun depan!
selamat berjaya di masa depan 
:')


nak makan tapi tak boleh
layan curi curi cupkek cupkek

02 December 2012

Pakej E-Book Bisnes

Salam sejahtera.

Inginkan income mencecah sehingga 5 angka? Boleh dilakukan secara full time / part time. Ini bukan skim cepat kaya / pelaburan yang haram.

Mengapa anda patut cuba?
1) Perniagaan berkos rendah dan minima.
2) Tidak perlu menyimpan stok.
3) Boleh beroperasi dari rumah anda.
4) Tidak perlu mengupah pekerja.
5) Boleh dilakukan secara separuh masa.
6) Boleh dilakukan tanpa modal.
7) Pilih perniagaan dari A - Z.
8) Keuntungan melebihi 30% dan lebih.
9) Perniagaan berisiko rendah & selamat.
10) Hampir sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Apa tunggu lagi?? Masa tidak menunggu anda. Perubahan hidup bermula daripada diri anda sendiri. Dapatkan Pakej E-Book Bisnes ini sekarang selagi belum SOLD OUT!

Maklumat lanjut dan tips boleh rujuk di sini.

23 November 2012

Festival Hijab 2012

Salam sejahtera.
Anda dijemput memeriahkan FESTIVAL HIJAB 2012 
di Anggerik Mall, Shah Alam
23 - 25 November 2012

info lanjut di sini..
insya Allah ke sana!

16 November 2012

2:216


*bisa diambil dan di-share.. sama-sama mendapatkan keredhaanNya..

15 November 2012

Header Baru

Salam maal hijrah. Ada yang bekerja. Ada yang bercuti. Like me!! Berangan hari ini nak buat report sebenarnya. Nak siapkan chapter 2 dan sedikit chapter 3. Ok! Saya baru nak start buat actually. Ish. Ish. Ish. Tapi tapi tapi ... tak buat puunnnnn .... keje ni yang dibuatnye .. 


Hehe. Cer cer tengok header kite dah tukar. Hehe. Bila dah ngadap Ps cam ni lah jadinya. Dua keje disiapkan hari ini. Keje yang sepatutnya dibuat tak terbuat pun. Nanti nak buat tang footer lak. Pastu habeh satu blog di-renovate. InsyaAllah ada kelapangan akan dibuat.

Esok keje balik. Takde mood nak pegi esok. Kena naik bas pagi-pagi. Sebab selalunya pak cik saya yang baik hati itu hantar. Tapi beliau cuti esok dan dah pulang ke kampung bersama mak, adik, adik T____T  JADI!!! Untuk memotivasikan diri sendiri semangat pergi keje esok!! Sabtu cuti! 1 hari je tinggal untuk minggu ini. Bos pun takde. Opis jadi milik beta. Bwahaha.

Tetiba, terpikir untuk jadi freelance designer. Tapi tapi tapi tak terer lagi bab Ps dan Ai. Boleh ke buat freelance ni? I need to learn more. Baiklah. I will think about it later. Now. Say good night. Maafkan kesalahan saya dan saya dah maafkan kesalahan awak.

......

"Jadi freelance designer ok x?"
"Ohhh! Acik nak jadi freelance surveyor."
o_0

......

Mari sama-sama kita doakan keselamatan rakyat di sana yang dizalimi.
#PrayForGaza

11 November 2012

101112

Salam malam yang sejuk, dingin, bau-bauan lepas hujan. Ok air sg. klang tu macam dah nak mencurah-curah dari benteng. Last time banjir teruk kat kawasan sini masa 1995. Diharapkan tidak berlaku lagi.

Walaupun dah 111112 nak cite pasal 101112. Pagi itu sehingga petang lepak kat uitm setelah sekian lama tidak dapat mengizinkan diri. Sebenarnye ada PERKAD! Perjumpaan dimulakan dengan menumpangkan diri ke kereta bapa Aton. Menuju ke parking Mawar UiTM. Alhamdulillah dapat jumpe mereka.


gambar-gambar ni ihsan daripada kamera orang lain..
walaupun enset sendiri ada kamera.. puii

Kalah menang belakang cite. Yang penting usaha dan semangat korang sebagai satu pasukan. Tahniah team PERKAD Bomba. Teringat memori silam 3 sem join perkad. 1 sem sebagai peserta, 2 sem sebagai penanda kiri. Cuak dalam baris tu tak terkata dangan semua orang tengok macam nak makan. Harharhar.

Satu hari dengan korang ni diakhiri hari dengan beli barang dapur awww dapur sangat. Hahah. Makanan je semuanye. Thanx Aton for the riding hood sampai umah. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa. Jaga diri baik-baik sahabat sekalian dan teman-teman yang baru di kalangan mereka pelatih Perkad kami maybe. *weh..dak perkad ni femes habaq ang.. hekhek*

"pertemuan kita di suatu hari.. menitikan ukhuwah yang terjalin.."

.....

"weh. nak pegi laiberi tak esok pagi?"
"apa? ok set!!"

06 November 2012

Dunia Intern

salam pagi 
matahari dah nak terpacak atas kepala
currently doing internship
lokasi bandar sunway
menaip di opis 

lebih kurang lagi sebulan yang tinggal
tak sabar nak habis
agak bosan
agak busy
agak fun

pegi keje, buat keje, balik keje
letih
muhasabah diri
tidur

mengorek segala ilmu ketika intern
ilmu bisnes
ilmu grafik
ilmu dunia dan akhirat

kembali ke dunia intern
insyaAllah masa senang
jumpa lagi
sign out

....

10 October 2012

09 October 2012

Perjumpaan Terbesar Usahawan Internet Malaysia


Bagi anda yang berminat dalam menjalankan perniagaan internet, boleh menyertai 'Perjumpaan Terbesar Usahawan Internet Malaysia' yang diadakan setahun sekali. 16 orang usahawan internet di Malaysia akan berkongsi tips dan pendapat kepada anda. Koreklah rahsia mereka menjadi usahawan internet yang berjaya dari program ini. 

Antara usahawan internet yang akan hadir ialah Founder WangCyber, Pakar Mudah.my, Pakar Ebook, Pakar Ebay, Pakar Lelong.my, Pakar Affiliate, dan ramai lagi. Sesiapa sahaja yang ada masa terluang ingin mengubah nasib hidupnya dan berminat mengembangkan perniagaan boleh timba ilmu dari program ini. 

Tempat : Menara Usahawan, Putrajaya.
Tarikh :14 Oktober 2012 (Ahad) 
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang



Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di >>


.. ilmu bisa di-share ..

23 September 2012

Panduan Penjagaan Pesakit Denggi di Rumah

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

... sambungan ...

Kali ni saya nak share pengalaman. Kad rekod pemantauan yang saya dapat tu dalam ada tulis macam-macam jargon yang tak bape nak paham sangat. Huhuk. Saya bukan budak medik. Yang paham cuma pasal suhu mula-mula 38.7 celcius. Agak tinggi. *Naik-naik kening* Jumlah platelet mula-mula 188 000 then semakin menurun mendadak.
Bagaimana anda disahkan demam denggi?
Doktor anda akan melakukan ujian darah sel darah platelet. Jika jumlah sel darah platelet  kurang dari 150,000/mm3 anda akan di suspek sebagai pesakit demam denggi.

See??!! Hari ke-2 dan ke-3 pergi cek darah kat pusat kesihatan jumlah platelet ialah 120 000, 102 000 hampir-hampir kurang daripada 100 000. Hari ke-4 dah kene pegi hospital. Cek jumlah platelet dah 104 000. Doktor dah marah dan terus tahan saya masuk wad. Nurse bagi masuk air. Jarumnya panjang tak hengat bai! Boleh rasa tau kepanjangannya bila masuk tangan! *rolling my eyes*

Simptom Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi
  • Ciri-ciri demam Denggi Berdarah (dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjatan Denggi (DSS) seperti  serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41ÂșC. 
  • Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3.  

See again??!! Jika anda rasa macam demam yang luar biasa lebih baik pergi jumpa doktor. Jangan tiru macam saya yang malas jumpe doktor. Saya kongsikan dengan kalian apa yang ada dalam kad rekod pemantauan selain suhu, platelet bagai.
Tanda-tanda bahaya penyakit denggi:
1) Kerap muntah
-- tapi saya rasa loya je dan muntah sekali je.. setakat makan roti pun tak lalu..
2) Sakit perut
3) Pening atau rasa gelisah
-- yang ni memang sangat sangat merasainya pun.. sampai kena keluar kelas pergi rehat kat surau.. tidur sampai habis kelas..
4) Pucat atau rasa yang sejuk bila kulit disentuh
-- ni sampai nak mandi takut tau.. sejuk sangat sangat.. sepanjang hari tidur selubung bagai..
5) Sesak nafas
6) Pendarahan ( tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung / gusi, muntah darah, najis berwarna hitam, haid yang banyak )

Ada beberapa tanda yang tidak dialami oleh saya. Hanya yang dikomen tu saja ada. Next, panduan penjagaan pesakit denggi di rumah.

Apa yang anda perlu lakukan?
1) Berehat secukupnya.
2) Banyakkan minum cecair spt susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum lebih 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
3) Makan ubat demam spt Paracetamol mengikut nasihat doktor.
4) Sponge / lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu.
5) Jika boleh, guna ubat nyamuk / kelambu utk mengelakkan gigitan nyamuk.
6) Cari dan musnah tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan di luar rumah.

Apa yang anda perlu elakkan?
1) Jangan ambil ubat tahan sakit spt Aspirin, Mefenamic Acid (Ponstan) / Steroid.
2) Tidak perlu mengambil antiobotik.

Sumber informasi

alhamdulillah sihat =')
thanx to Allah dan semua yang membantu..

21 September 2012

Dengue Infection

"aku kan pergi.. bertemu kekasih abadi.. tiba masanya kau mencari teman pengganti.."
Teman Pengganti - Malique ft Black


Hari tu pegi klinik nampak sign kat atas tu kat depan bilik doktor. Then, teringat kejadian long long time ago. Bulan 5 tahun 2011. Masa intersesi. Syukur saya ada sahabat, Aton. Dia yang memujuk, memaksa, datang bilik lagi suruh pergi klinik. Kalo tak, haiishh memang maleh betui nak pegi dengan tak laratnya lagipun. Padahal masa tu pikir nak amek MC jek. Tak sangka pulak hasil check up nya begini begitu. Doktor bagi rekod pemantauan lagi.. wow.. nak tahu apa yang ada dalam rekod tu? Tapi saya bukan doktor tak paham sangat jargon medic ni. Kena marah dengan doktor lagi. Uwaaaaah!

Panduan penjagaan orang-orang macam ni?

Sambung nanti pulak ye hadek hakak habang sekalian. Maafkan saya. Seharian ngadap design. Tayed oledi.

. . . . .

"dik.. susahnye nak amek darah awak nih.. tak leh nak cari salur darahnya.." 
sadis sungguh T___T

06 September 2012

'Running Man' Missions

                                   "Bismillahi tawakkaltu 'alallah, wa la haula wa la quwwata illah billah"

Di suatu pagi yang indah. Burung berkicau-kicauan. Hening bening. Eh. Mana ada burung. Memandai je. Hahak. Alarr pukol 9 pagi macam tu bening ke. Sepatutnya nak gerak pukol 8 pagi tapi dah terlewat atas sebab emm emm emm ... saja. 

Ada beberapa misi hari ini. Aiceceh macam running man lak main mishen mishen. Hahak. 1)Nak tanya pacik drebar bas susun atur perjalanan ke Sunway Pyramid. Tapi tak tertanya lak masa nak pergi tu. Dah sampai Sunway, lepak lah dalam Popular tu duk baca buku. Terjumpa 2)komik Conan yg 75 lak. Wahhh!! Teghoih le beli. Then, dah bosan.

"Nak pegi mana?"
"Sri Muda. Eh. Kompleks kompleks."

Halamakkk bole lak teshashul.. maluu shaye T.T ok.. rilek lu baru tanya.

"Bang, bas dari Kompleks pegi Sunway pagi-pagi kol baper ada ea?"
"Kol 6 .. 6.10 pagi cam tu ada dah."
"Ooo.. kol 7.. 8 pagi cam tu pun ada da la ea?"
"Ha'ah."
"Bas ni lalu tak bus sten Batu Tiga yang sebelum Petronas tu?"
"Aaaa..."
"Bus sten yang depan komuter Batu Tiga tu?"
"Oooo... bus stop tu!! Lalu lalu."
"Hah! Bus stop tu! Ok terima kasih :)"

Sampai je Kompleks lagi satu mende nak cari is .... !! Satu-satunya kedai buku yang tak ramai orang tahu. Kat SACC bawah area Giant. Akhirnya kini pasti!!~~ Jumpe dah 3)komik Maid Maiden Saturday. Banyak lagi kat kedai tu. Sapa yang nak beli pegi le beli sendiri. Hewhewhew.

Then, nampak Guardian tingat nak 4)beli Panadol. In case ada emergency. When I cannot bare the pain, so I take it la... hidayah murni tahu akan kebahayaan nye so no worry ok. Since mende tu dah jadi macam pain killer. Sebenarnye ada lagi barang lain yang bukan niat nak beli pun tapi still under budget. Syukur.

Alhamdulillah semua misi hari ni selesai. Next mission service laptop format bagai since next week nak kene bawak pegi intern. Tak daftar LI lagi. Yuran pun belom bayaq lagikkk... hape nak jadikk nii.. ish ish ish


"Mau turun mana?"
"Aa.. depan sana."

"Terima kasih uncle!"
:)

05 September 2012

Episod malam

Salam malam.

Kadang-kadang tu rasa nak post something kat blog. Lepas tu delete balik tak jadi nak post. Yang ni hampir-hampir didelete. And dats why la tak ada banyak sangat citer baru kat sini. Hikhik. Citer raya pun tak ada kan kan. Biasa-biasa jer. Duk umah. Layan kucen lagi bagus. Miaw miaw miaw.

Since ada yang tanya dapat baper dwet raya, baju raya warna apa and wat so ever. Thanks to Allah yang boleh dikatakan. Masa pagi raya tu dapat rasa macam mana orang-orang di luar yang tak dapat meraikan Syawal sesempurna seperti kita. Tak ada mood beraya tahun ni. Kueh raya da abis kat umah. Orang-orang dalam umah yang makan. Huahuahua. Tengok betapa kebosanannya. Makan sambil tengok citer. Hahah.

Ok. Habis pasal raya. Minggu depan dah start praktikal. Omaii. Macam cuak ada. Macam eksaited pun hado. Kena pergi sana tuk test jalan. Test ke'jem'annye since pagi-pagi semua orang nak pergi keje. Nak bajet masa lagi. Pukol baper nak gerak since masuk kerja kol 9 pagi. I need to sembang-sembang dengan pacik drebar bas tuk tanya semua mende nih.

Nak pintu suka hati. Senang nak pegi mana-mana. *Doremon!!*


Rasanya badan dah cukup kuat tuk keluar esok hari. 
Am i alone? uhuk uhuk. 
Ya lor. Gelpren skola. 
Alarrr awak ni macam tak bese lak keluar sensorang =..=" 
krik krik krik.

18 August 2012

Salam Lebaran


Salam lebaran diucapkan kepada muslimin dan muslimat. Maaf dipohon andai selama ber-blogging ada kekhilafan. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang kurang baik itu daripada diri saya sendiri.

Maaf dah lama sangat tak update dan menghidupkan blog ini. Keadaan sekarang cuti semester. InsyaAllah bulan September dah mula praktikal. Syawal tahun ini di Shah Alam. Posisi sedang berkira-kira untuk berjimat dan mencari sedikit sesuap nasi. Yuran semester. Perbelanjaan harian.

"Yang sedikit itu mengajar kita erti bersyukur. Yang banyak itu mengajar kita berpada-pada."

"Hidup ini jangan nak mewah sangat. Sentiasa bersederhana kerna di luar sana ada lagi yang hidup susah daripada kita."

I'm just here.
:)

08 July 2012

Sembang


"masuk la program apa sekali pun.. yang mana bagus tu pergi la.. yang boleh bantu masa depan tu pergi la.. asalkan pandai jaga diri.. "

.....

"dah solat ke belum ni.. dah ngaji ke.. dah makan ke.. lapar tu jangan tahan-tahan perut tu nak makan.. gastrik kang.. "

.....

"nanti nak pergi praktikal tu naik apa.. tak ade kawan laki ke pempuan ke nak anta sekali.. pergi naik bas tu mak risau la.. basnye pukul bape datang.. ada ke basnya.. "

.....

"ko tak de kawan spesel ke.. yang laki.. kawan-kawan je dulu pun tak pe.. "
"erk mak.. mane ada. malas pikir. entah.. "
"ada le tu nanti ek.. coming soon.. "
"insyaAllah.. "

.....

"ko lagi bape tahun nak abis belaja.."
"acik.. dah nak abis la.. sem depan dah praktikal.. "
"oo.. takde pakwe ke. dah bole nak kawen ni.. "
"hapekebendanye. acik tu kena kawen dulu. umo bape da tu ha !! "
"nanti ada yang masuk minang baru taw.. heheh ! "
"erk =.= acikkkk niiii !! "

.....

"ko balik tak minggu ni? bawak laptop taw.. berokben pun. nak online. heheh.. "

"ko ada cite best tak. balik umah kang nak tengok taw.. "

"weh. jom pergi beli barang. dah lama tak jalan-jalan.. "

.....


alhamdulillah masih ada mereka..
esok abah operate..
ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya..


07 July 2012

EqbalZack: Brisbane Giveaway



korang nak tak adiah-adiah kat atas tu.. boleh join GA ni.. [klik
Deadline: midnight 11:59pm Malaysia time, 31 July 2012 (Tuesday)

*abeh la da aktif balek main mende ni..

02 July 2012

Kelang


haa.. acane leh post lak ni.. heehoo.. alhamdulillah done with thesis.. esok pagi boleh print dan hantar.. sebelum tu kene jumpa supervisor dulu..

kepada kawan-kawan, all the best for examination! exam saya 7hb ni tapi tak start stadi hape pun lagi. huwaaa..

. . . . .

"mak.. lepas exam, present sume.. nak makan kerang taw.. "
"hah! tak payah tak payah. nanti naik merah-merah. kena enjet lagi. tak payah makan da.. "
T___T dapnye lendang kelang~ kelang~

. . . . .

eh. nape awak tak ngantok ni. kan dah telan para-para cek tamol. go to rest. shuh shuh.

28 June 2012

Pesta Buku Selangor 2012


Pengunjung Pesta Buku Selangor 2012 berpeluang memenangi iPAD 2. Cara-caranya klik sini >> PPAS
Jadual penuh boleh tengok sini >> Jadual Aktiviti Pesta Buku 2012
Untuk lihat kedudukan setiap booth >> Paparan resolusi tinggi
Maklumat lanjut >> Pesta Buku Selangor

24 June 2012

Bitter and Sweet


Alhamdulillah segalanya lancar semalam. Tahniah kepada organisasi baru. Terima kasih kepada mereka yang menyokong dan membangkang kami.

Kepada my other family mantan sekarang ni, thanks saling membantu selama dua semester kita bekerja. Segalanya hanya kita saja yang paham sebab dan mengapa sesuatu itu terjadi walaupun di luar tidak tahu. Maaf jika terguris hati. And, to my partner, thanks for the teamwork and we have another work need to be done. 

*dalam banyak-banyak organisasi.. yang ni rasa cam berat dan mencabar mental*

Bitter and sweet. Keep as memory. Take as experience.

Now, fokus semula kepada FYP dan final exam.

23 June 2012

Saki-Baki


Alhamdulillah masih di sini. Tinggal beberapa saki-baki hari sahaja yang ada untuk siapkan segala kerja sebelum deadline. Assignment, group project, test, dan yang paling debar FYP (final year project). Saat dah nak tamat semester, macam-macam ujian Allah yang datang. Menghadapi macam-macam perangai manusia. Menjaga hati masing-masing. Kadangkala semangat jatuh. Hanya doa dipohon supaya segalanya dipermudahkan. 

Rabbi yassir wala tu'assir (Ya Allah. Kau permudahkan.. jangan Kau susahkan).
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (2:286)

Kepada rakan-rakan seperjuangan. Sama-sama kita langgar semua yang ada kat depan. Jangan langgar lari sudah. Langgar secara berhemah taw. Sentiasa ingat Allah ada untuk kita bila-bila masa kita senang atau susah.  

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram." (13:28)
Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." (Hadith riwayat Abu Dawud) 


Maybe, jarang update blog sehingga segalanya selesai. Di sini nak wish awal-awal kepada kawan sekalian. Hai! Saya taw dak uitm lama lagi nak exam ==" 

"SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN"
"SELAMAT MENGHADAPI FINAL YEAR PROJECT"
"SELAMAT MENYIAPKAN SEGALA KERJA, ASSIGMENT, PROJEK BAGAI .."

tuk my dear sistas,
"Selamat memulakan alam persekolahan untuk yang kedua bagi tahun ni"
"Selamat menghadapi peperiksaan"
kepada Alin, "Selamat bersekolah di sekolah baru, persekitaran baru .."

tuk my dear bro, dear parents, 
"Selamat bekerja dengan semangat!! yosh!"

tuk my dear uncle,
"bole tak .. nak ikut nanti pergi masuk minang. hikhik .."

for me ??
"Just stay strong for the saki-baki days .."


Insya-Allah .. segalanya tercapai.

Kepada anda, kamu, awak, nak minta maaf seandainya terguris dengan sikap saya. Kita tak taw bile kita mati. Wallahu'alam. aih! Banyak lak ceghitenye. Ingat nak buat sikit jek. Huehuehue. Habis. 

03 June 2012

The End

The end of second holiday. Struggle for another journey. Finish the semester with flying colours. InsyaAllah.



pergi sg. congkak ri tu dok main mende alah ni. 
menegakkan batu. 

LESSON: NOTHING IS IMPOSSIBLE IN OUR LIFE.

10 May 2012

Toleransi dalam Komunikasi - Imam Muda Asyraf


*Makan malam disediakan dan 100 tetamu pertama akan mendapat cenderahati.
sumber

05 May 2012

You

alhamdulillah 
dipermudahkan perjalanan
kini berehat sebentar


meet you ^^
insyaAllah dapat yang dekat-dekat
tak ada nak risau sangat
boleh kite pegi berjalan-jalan~ hikhik
oih. pikiran apa ni
bagi dia belaja la...........
ye ye ye =..="

"lin banyaknye baju cantik-cantik tak pakai.
nak amek. kbai"

29 April 2012

Tiga Kata

kenapa kenapa 
penimbang tu mesti rosak
tak normal
tipu tipu
=..="

misi bermula
tanpa penilaian
itu la pakai tibai je 
ya Allah
kuatkan hamba-Mu

tong mesti diisi semula
dengan lebih teliti

tak pe lah
di sebaliknya ada benda berharga
tiga kata untuk mereka
'i love you'

;)


27 April 2012

Kotak Jerit

Ada persoalan dan kekeliruan. Waktu macam pukol 8, 9, 10 biasanya panggil apa. Malam ke petang. Kalo dalam meeting tu bila nak bercakap ada yang kata "selamat petang", "selamat malam", kalo dalam bahasa canggeh sikit dipanggil "good evening" kan kan kan .. good night tu macam dah nak masuk tido kan kan kan .. dah lama meninggalkan pembelajaran bahasa ni. Konpius konpius >..<" Dok ngadap skrin je sekarang.

Tapi yang paling afdhal dengan ucapan "Assalamualaikum semua" Sihat tak kawan-kawan? ^^ hihi

Cuti-cuti ni rajin pulak nak jenguk blog kan. Ni nak bagitau kat kamu yang blog ni dah ada tempat untuk jerit-jerit batin ka zahir ka melalak ka apa ka nun kat hujung belah kanan kaler biru tu. Nampak tak. Sebelum ni pakai shoutmix punye, lepas tu dah nak kena bayar teruih remove. Lama dah tak buat kotak jerit baru.

Baru ni buat guna shout busuk dari busuk.org. Korang boleh pegi tengok tengok mana mana yang berkenan. Yang penting kotak jerit tu FREE! Ada banyak lagi ciri-ciri yang best [orang-orang HCI panggil features memang berkaitan dengan HCI pun]. HCI tu apa?

Human Computer Interaction, or HCI, is the study, planning, and design of what happens when you and a computer work together. As its name implies, HCI consists of three parts: the user, the computer itself, and the ways they work together. 
(, 2001)

Antara features-nya ialah:
1) Real-time chat : korang tak payah nak refresh untuk tahu ada mesej baru ke hape ke.
2) Custom smilies : dia ada banyak smiley yang shomel-shomel macam YM dan korang boleh nak tambah  
    sendiri punye smiley.
3) Customizable : kotak jerit tu korang boleh ubahsuai ikut citarasa masing-masing nak kaler apa, font, saiz,
    besar kecik bagai.
4) Word Filter : yang ni kalo tak suka satu word tu bole tukar dengan word lain. [sebenarnya belum try lagi
     buat, korang try sendiri ea. good.]
5) Ban system : Ha! kalo korang tak suka dekat si polan tu boleh ban je teruih guna sistem shout busuk ni.
6) Online user counter : biasanya blogger letak asing-asing kan kalo nak taw berapa yang tengah online,
    shout busuk dah letak sekali mende ni dalam kotak tu.

Ada banyak lagi yang diorang nak upgrade dalam Shout Busuk. Bolehlah rajin-rajin kan diri menjenguk kat sini. Salah satu tempat untuk ping post korang pun boleh pegi busuk.org

Selain Shout Busuk, ada lagi kotak-kotak jerit yang lain seperti di sini >>> 5 ShoutBox Alternatif Kepada Shoutmix

Fibox ni pun shomel jugak tapi masih berstatus BETA.

Ada rasa-rasa nak kotak jerit baru bolehlah pegi jenguk links di atas :)
Mana-mana yang nak jerit tu pegi klik shout box kaler biru tu. Takde sapa dengar pun =D
We can make friends from there.

=')

26 April 2012

Kawan

sumber

"boleh kita kawan dgn awak?"
"boleh! boleh!"
-so sweet-

24 April 2012

Pious



semasa sedang berjalan-jalan untuk seketika di kala hujan. terjumpa sebuah kisah 'The Pious Student' di sini. dari kisah sebenar yang diadaptasi ke dalam sebuah komik. 

ada lagi satu tempat nak pomot kat kamu semua bole baca komik Islam kat sini.


Doa Seorang Kekasih

Salam
malam tadi ada buat lagi satu wallpaper lirik lagu sambungan Segenggam Tabah ! .


bahan-bahan nak buat ni semua da memang ada dalam kotak hard disk dari iluvislam.com dan merata-rata tempat. 
 

23 April 2012

Kegilaan


"Cinta mungkin muncul dari sudut tak terjangka... Beranikah anda mencuba?" - Xiao Bai
citer pasal seorang anak mencari ibunya di masa hadapan.
yang ni belom baca lagi. hikhik!




ye. this is me. terima kasih. HAHAH.

Kesengalan Dia


nombor tak dikenali masuk. huh 0_o

"assalamualaikum"
"waalaikumussalam. weh balik umah tak?"
"weh. sapa ni?? alin ke?? pakai nombor sapa ni??"
"HAHAH. ye la. nombor public ni. weh ko balik umah tak?"
"asal nombor public ko macam celcom. HAHAH. ada je kat umah. tengah cuti lagi pun. nape?"
"aqu nak balik umah. pok.. pek.. pok.. pek.. bukit raja.. pok.. pek.."
"weh. yennade. ko datang ngan sapa? nak kuar time tu ke.."
"acik anta nanti la.. jom kuar. ena pun balik kan."
"ngeng. mana ada bas pegi sana."
"nanti mak antakan."
"jom tengok mooooviieeee!!"
"bole. ko bayar."

=..=" hampeh punya olang. 

"weh bagi la sponsor sikit. HAHAH."
"HAHAH. acik lanje."
HAHAHAH.


15 April 2012

Terima Kasih


terima kasih kesemua sekali
hanya Allah dapat membalas segalanya kepada kalian
mungkin itu terakhir bersama kalian 
detik tahun akhir...

fyp tu kasi khatam dulu OK!! 
tolong sedar diri cepat!!! 
*sepak-sepak muka *

02 April 2012

Hai awak, April!!

alhamdulillah dah masuk bulan april. 

pertama sekali, maaf kerna sebagai pelajar tahun akhir ni tak berapa update blog. 
  
yang kedua, semester ni first time ber-roomate dengan mereka yang ada tarikh penting pada bulan ni. 
semalam, 1 april bufday umi. Selamat Hari Lahir!!.. ^^, next..
insyaAllah kak ain melangsungkan majlis perkahwinannya pada tarikh 14 april sebelah keluarga perempuan.
wow!! nice date.. hikhik. 
me?? biasa saja. nothing special. 
"ye la tu. cet. 0_o"

 kad yang chumel jugerr. like!

yang ketiga, 2nd month dah kuliah. another 3 month insyaAllah praktikal lepas tu. projek + assignment + program sudah mula buat kepala serabut. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami dan jauhkanlah kami dari segala bisikan jahat serta lembutkanlah hati-hati mereka.

Kadang, kita korbankan sikit sahaja dari apa yang ada pada diri kita,
Tapi, Allah bagi lebih dari apa yang kita minta,
Kita tak perlu teruk-teruk pun ceritakan kesusahan yang kita hadapi kepada Dia,
Dia sudah tahu, kadang diganti pula semua itu dengan harga bahagia yang jauh lebih baik berjuta kali ganda.

Tinggal kita saja,
Yang selalu mengabaikan-Nya,
Lalu, bagaimana mungkin kita harapkan sesuatu yang lebih dari Dia?

~Afdholul Rahman of LangitIlahi
[sumber]  


apa yang ku mahukan..
tiada apa kerna ia sama seperti bulan yang lain..
teruja mungkin..

Fazley - Bila April [Lirik | Download | Dengar]


[klik tuk dengar & download]

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti 
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta 
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

08 March 2012

Sebenarnya dah empat hari berlalu


Sebenarnya dah empat hari berlalu. semester baru bermula pada isnin yang lepas. 4 subjek telah pun daftar. yang paling gerun ialah subjek csp. final year project beb!!. *gigit jari* subjek yang ada final exam hanya 2 saja. lecturer dah start bagi assignment dan project kena siapkan.


Sebenarnya dah empat hari berlalu. minggu destini komander untuk level siswa dan siswi sedang dijalankan. eh. sebenarnya baru tiga hari berlalu. hahaha. xD *baling kasut* semalam dah jumpe mentee. alamai aiihh. tak sangka pulak budak tu tahu lagu tu dari citer naruto. senang la dia nyanyi lagu tu. huh. dia tak tanya bufday. baru nak mintak adiah. *mentor jahat* bhahaha. suka baju mdk warna biru!! hoyeayy~ harap adik-adik ni dapat kekalkan legasi kitorang kat uitm.

bole ke cakap time meeting karang.
gg taket =..=

02 March 2012

Hujan Bagaikan Mutiara

Bismillahirrahmanirrahim.

"Ya Allah, jadikanlah hujan ini yang membawa manfaat (kebaikan)." 

di kala hujan yang berterusan dari petang hingga ke malam. terbantut hasrat untuk ke pasar malam. tak apa ada hikmahnya tak pergi. jimat duit belanja. hikhikhik. hujan-hujan macam ni memang buat idam macam-macam, makan tu makan ni, feeling-feeling *bla la nak feel ni* emo lak bila pikir pasal itu. ya Allah. abaikan-abaikan. shuh-shuh.

tetibe miss my sista. wuwuwu.... ha. ni feel rindu bole diterima. da lama kita tak kuar, lepak sesama, pukoi-pukoi cam orang giler, sekodeng-sekodeng *ooppss!! jangan diamalkan* even baru je melawat minggu lepas. time cuti sekolah hari tu tak dapat kuar. kerna diri ini sibuk dengan assignment, projek, program bagai. 

minggu depan da start semester. sekarang ni esok nak balik kolej tak ada feel weh. barang-barang pun tak packing lagi. dapat rasa semester itu sangat sibuk. ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan hamba-hambaMu ini.

Sejauh mana kita letak Allah di hati kita, sejauh itu jugalah Allah mendekatkan kita denganNya.


"weh. aqu rindu ko la giler!" 
maap ni bahasa adek badek, tak sama ngan bahasa kawan-kawan.

lapar. jom la carik makanan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting