27 April 2012

Kotak Jerit

Ada persoalan dan kekeliruan. Waktu macam pukol 8, 9, 10 biasanya panggil apa. Malam ke petang. Kalo dalam meeting tu bila nak bercakap ada yang kata "selamat petang", "selamat malam", kalo dalam bahasa canggeh sikit dipanggil "good evening" kan kan kan .. good night tu macam dah nak masuk tido kan kan kan .. dah lama meninggalkan pembelajaran bahasa ni. Konpius konpius >..<" Dok ngadap skrin je sekarang.

Tapi yang paling afdhal dengan ucapan "Assalamualaikum semua" Sihat tak kawan-kawan? ^^ hihi

Cuti-cuti ni rajin pulak nak jenguk blog kan. Ni nak bagitau kat kamu yang blog ni dah ada tempat untuk jerit-jerit batin ka zahir ka melalak ka apa ka nun kat hujung belah kanan kaler biru tu. Nampak tak. Sebelum ni pakai shoutmix punye, lepas tu dah nak kena bayar teruih remove. Lama dah tak buat kotak jerit baru.

Baru ni buat guna shout busuk dari busuk.org. Korang boleh pegi tengok tengok mana mana yang berkenan. Yang penting kotak jerit tu FREE! Ada banyak lagi ciri-ciri yang best [orang-orang HCI panggil features memang berkaitan dengan HCI pun]. HCI tu apa?

Human Computer Interaction, or HCI, is the study, planning, and design of what happens when you and a computer work together. As its name implies, HCI consists of three parts: the user, the computer itself, and the ways they work together. 
(, 2001)

Antara features-nya ialah:
1) Real-time chat : korang tak payah nak refresh untuk tahu ada mesej baru ke hape ke.
2) Custom smilies : dia ada banyak smiley yang shomel-shomel macam YM dan korang boleh nak tambah  
    sendiri punye smiley.
3) Customizable : kotak jerit tu korang boleh ubahsuai ikut citarasa masing-masing nak kaler apa, font, saiz,
    besar kecik bagai.
4) Word Filter : yang ni kalo tak suka satu word tu bole tukar dengan word lain. [sebenarnya belum try lagi
     buat, korang try sendiri ea. good.]
5) Ban system : Ha! kalo korang tak suka dekat si polan tu boleh ban je teruih guna sistem shout busuk ni.
6) Online user counter : biasanya blogger letak asing-asing kan kalo nak taw berapa yang tengah online,
    shout busuk dah letak sekali mende ni dalam kotak tu.

Ada banyak lagi yang diorang nak upgrade dalam Shout Busuk. Bolehlah rajin-rajin kan diri menjenguk kat sini. Salah satu tempat untuk ping post korang pun boleh pegi busuk.org

Selain Shout Busuk, ada lagi kotak-kotak jerit yang lain seperti di sini >>> 5 ShoutBox Alternatif Kepada Shoutmix

Fibox ni pun shomel jugak tapi masih berstatus BETA.

Ada rasa-rasa nak kotak jerit baru bolehlah pegi jenguk links di atas :)
Mana-mana yang nak jerit tu pegi klik shout box kaler biru tu. Takde sapa dengar pun =D
We can make friends from there.

=')

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting