Showing posts with label photoshop. Show all posts
Showing posts with label photoshop. Show all posts
16 November 2012
15 November 2012
Header Baru
Salam maal hijrah. Ada yang bekerja. Ada yang bercuti. Like me!! Berangan hari ini nak buat report sebenarnya. Nak siapkan chapter 2 dan sedikit chapter 3. Ok! Saya baru nak start buat actually. Ish. Ish. Ish. Tapi tapi tapi ... tak buat puunnnnn .... keje ni yang dibuatnye ..
Hehe. Cer cer tengok header kite dah tukar. Hehe. Bila dah ngadap Ps cam ni lah jadinya. Dua keje disiapkan hari ini. Keje yang sepatutnya dibuat tak terbuat pun. Nanti nak buat tang footer lak. Pastu habeh satu blog di-renovate. InsyaAllah ada kelapangan akan dibuat.
Esok keje balik. Takde mood nak pegi esok. Kena naik bas pagi-pagi. Sebab selalunya pak cik saya yang baik hati itu hantar. Tapi beliau cuti esok dan dah pulang ke kampung bersama mak, adik, adik T____T JADI!!! Untuk memotivasikan diri sendiri semangat pergi keje esok!! Sabtu cuti! 1 hari je tinggal untuk minggu ini. Bos pun takde. Opis jadi milik beta. Bwahaha.
Tetiba, terpikir untuk jadi freelance designer. Tapi tapi tapi tak terer lagi bab Ps dan Ai. Boleh ke buat freelance ni? I need to learn more. Baiklah. I will think about it later. Now. Say good night. Maafkan kesalahan saya dan saya dah maafkan kesalahan awak.
......
"Jadi freelance designer ok x?"
"Ohhh! Acik nak jadi freelance surveyor."
o_0
......
Mari sama-sama kita doakan keselamatan rakyat di sana yang dizalimi.
#PrayForGaza
24 April 2012
Doa Seorang Kekasih
Salam
malam tadi ada buat lagi satu wallpaper lirik lagu sambungan Segenggam Tabah ! .
bahan-bahan nak buat ni semua da memang ada dalam kotak hard disk dari iluvislam.com dan merata-rata tempat.
Labels:
lirik lagu,
nasyid,
photoshop,
wallpaper
29 February 2012
19 February 2012
09 November 2011
Meredah Ombak di Lautan
Sometimes,
we need a little tears to clear the mist in our eyes,
a little assurance to clear the doubts in our head,
a little hug to nurse our aching heart,
and a little rest to carry on moving forward.
so ...
Please SMILE (^___^) -----;----<@
Labels:
kata-kata semangat,
nasihat,
photoshop,
wallpaper
19 May 2011
Hasil Kebosanan Tahap Everest ^^
Assalamualaikum & salam sejahtera.
kelas hari ini habis awal sebab lecturer kena pergi key in marks untuk exam. balik je terus makan tengah hari, layan komik, lepas tu bosan tak tau nak buat apa. dah memang tak ada keje pergi main adobe pulak. hahaha. memang mengisi masa lapang betol!! pergi la godek-godek file photoshop usha design apa yang belum siap lagi. yeah!! dah lama nak buat akhirnya siap jugak tadi. jeng! jeng! jeng!
watermark stamp for me~ hihih.
ngahahah. bosan tahap everest baru nak siapkan tapi tak ada lah terer sangat. hehehe. kejap lagi balik rumah. memang untung tak ada kelas hari jumaat kan. oleh itu dengan rasa teruja nak try letak watermark ni kat gambar la. *saya memang ngada. harap maklum. hahah.
bosan dowh korang tak ada kat rumah. geng berjimba tak cukup.
kena tunggu korang cuti asrama lagi =,=''
korang perasan tak menu bar blog neh pun dah tukar. hee. tu lagi satu kerja yang dah disiapkan dengan jaya. syukur sempat. setakat neh dulu coretan jari. peace~
25 February 2011
Lepaskan !!
Assalamualaikum & selamat malam.
Asal ni??? nak lepaskan apa?? buang angin?? (0_0)
rehatkan otak ja. aha. sepanjang malam ni tak study ok. mengadap adobe je kejenyer. sebab minggu ni sangat padat dengan test dan siapkan report yang due date minggu ni jugak. huhu~ alhamdulillah da anta report tengah hari tadi dan dah lepas semua test yang grrr... malam ni adakah betul-betul free murni?? huh. ada lagi kerja yang belum siap bila nak buat?? lepas ni saya buat.. (-_-)||| tiba-tiba rasa nak main-main dan tak nak mengadap notes, past year, projek & macam-macam lagi. esok dan ahad ada modul kat fakulti boleh tengok sini [ klik ]. boleh tak batalkan je. wah! statement itu sangat best dalam realiti. wu~
Asal ni??? nak lepaskan apa?? buang angin?? (0_0)
rehatkan otak ja. aha. sepanjang malam ni tak study ok. mengadap adobe je kejenyer. sebab minggu ni sangat padat dengan test dan siapkan report yang due date minggu ni jugak. huhu~ alhamdulillah da anta report tengah hari tadi dan dah lepas semua test yang grrr... malam ni adakah betul-betul free murni?? huh. ada lagi kerja yang belum siap bila nak buat?? lepas ni saya buat.. (-_-)||| tiba-tiba rasa nak main-main dan tak nak mengadap notes, past year, projek & macam-macam lagi. esok dan ahad ada modul kat fakulti boleh tengok sini [ klik ]. boleh tak batalkan je. wah! statement itu sangat best dalam realiti. wu~
spiderman = orang labah-labah
Labels:
photoshop
17 December 2010
Photoshop | Sebelum & Selepas
Assalamualaikum & selamat petang.
Sebelum ni tak boleh nak posting, tak tahu la kenapa. Internet connection lembab kot, tak bole nak reach blogspot. Aiyak. Pelik la. Ok. Di kala kebosanan + tolong handle family bisnes, main-main dengan photoshop.
[habis. tak pandai sangat.]
Labels:
photoshop
Ada Banner Baru Untuk Blog !!
Assalamualaikum & selamat tengah malam.
Pengumuman orang-orang dalam blog sekalian!! ehem..ehem..ehem.. sepi betul blog ni tanpa kata-kata semangat dariku. ecewah. mhahaha! ok. sebenarnye ada buat banner baru untuk blog ni. jeng! jeng!
huhu~ masih kekalkan konsep yang sama iaitu ada gambar kakashi. like! sapa jeles?? boleh main jauh-jauh. mhaha! eh. janganlah jauh sangat. kiki lala~
korang boleh amek banner ni kat Banner Exchange. nak tau kenapa blog ni sunyi beberapa hari lepas?? tunggu next entri!
01 December 2010
Mari Bermain Dengan Liquify
salam
hari tu [erk. da lama sebenarnye.] kami cs2243c pergi site visit kat Karangkraf, Shah Alam. sangat teruja ok tengok mereka edit gambar. akhirnya tahu jugak macam mana mereka edit gambar tu.
first sekali kene ada photoshop le kan. liquify ni bole dikatakan tool mudah nak edit gambar atau ubah bentuk suatu objek.
*kalo gambar kurang jelas, bole klik gambar bagi besar.
*aton : cek gune gambar ni na..hehe.
1) pilih satu gambar.
2) pergi ke Filter > Liquify. nanti keluar pop-up window macam kat bawah ni. kamu bole ubah Brush Size ikut suka hati.
3) anda bole pilih mana tools kat sebelah kiri window tersebut. kata nak bermain dengan liquify, suka hati nak pilih mana-mana ikut kesesuaian objek itu ye. bole tengok kat bentuk bulat kat dalam gambar ni. itu contoh objek yang nak diubah.
4) kalo nak undo atau ubah kembali objek itu kepada bentuk asal, bole klik kat Reconstruct Tool. lepas tu klik/sapu [erk. betol ke perkataan ni] kat objek yang nak diubah ke bentuk asal.
5) bila da siap anda main dengan liquify, klik Ok.
tadaa! hasilnye macam ni.
atas = sebelum, bawah = selepas.
27 November 2010
Sinaran Cahaya Iman Ke ??
salam
sapa yang minat nak edit gambar bole cuba tutorial ni. namanya ialah sinaran cahaya. cahaya iman ke ?? terpulang kepada anda nak interpret macam mana. cahaya lampu suluh ke. cahaya matahari ke. wee~ ok.
*kalo gambar kurang jelas. sila klik gambar untuk lebih besar.
1) pilih satu gambar yang sesuai untuk buat editting ni.
2) duplicate gambar ( Ctrl + J )
3) pergi ke Image > Adjustment > Threshold. pastikan masih lagi kat layer yang da duplicate tadi. lepas tu akan keluar pop-up window macam bawah ni. adjust sampai kamu puas hati. edit gambar jangan terlalu cerah dan jangan terlalu gelap. klik ok.
4) tukarkan blending mode dari Normal ke Screen.
5) pergi ke Filter > Blur > Radial Blur. keluar pop-up window dan settingkan Blur Method dan Quality macam bawah ni. Amount (kamu nak cahaya banyak atau sikit) dan Blur Center (titik cahaya tersebut) kamu bole edit sendiri sampai puas hati. klik Ok.
6) pergi ke Image > Adjustment > Hue / Saturation. keluar pop-up window dan tick kat Colorize macam bawah ni. kamu bole edit Hue, Saturation dan Lightness sampai puas. klik Ok.
7) da siap! tapi kalo nak bagi cantik sikit bole pergi kat opacity.
hasilnya macam ni :
kalo tak paham bole tanya. hanya aplikasi dari tutorial kat sini .
23 November 2010
Cara Hilangkan Line Border Gambar Pada Post
salam
setiap kali upload image pada post mesti ada satu line border kat image tu. border ni ada kat template tertentu biasanya classic template.
kenapa bahagian kelapa lain tak berwarna?? klik sini
di sini ada cara nak hilangkan line border gambar pada post anda. ikut langkah-langkah berikut:
*save dulu script template anda.
1) Log in blog > Design > Edit HTML. lepas tu tick kat Expand Widget Templates.
2) Tekan Ctrl + F dekat keyboard anda. taip atau paste kod .post img { atau .post-body img { kat kotak Find kat bawah.
- tapi macam template hamba tak ada kod tu. cari le kod yang lebih kurang sama dan jumpa kod ni .post img,
3) Tukar angka 1 kat border kepada 0
.post img {
padding: 1px;
margin: 0px 10px 10px 0px;
.post img {
padding: 1px;
margin: 0px 10px 10px 0px;
border: 1px solid #000000;
}
contoh lain:
.post img, table.tr-caption-container {
border:1px solid #ddd;
padding:1px;
max-width:523px;
height:auto;
}
border:1px solid #ddd;
padding:1px;
max-width:523px;
height:auto;
}
4) Lepas tu Preview, kalo tak ada error, bole Save je. kalo tak paham bole tanya.
rujukan : maribinablog
rujukan : maribinablog
[ngada-ngada le nyamuk ni. shieldtox!]
20 November 2010
Objek Berwarna Berlatarbelakangkan Hitam & Putih
salam
petang ni nak ajak rakan-rakan sekalian belajar macam mana nak buat objek berwarna dengan berlatarbelakangkan warna hitam dan putih. nak edit gambar ni hamba guna adobe photoshop cs4. jom mula!
*kalo gambar kurang jelas, bole klik kat gambar bagi besar. peace!
1) Pilih satu gambar yang nak di-edit.
- abaikan layer yang atas layer background tu, hamba cuma nak bagi gambar terang sikit je.
2) Duplicate layer background ( Ctrl + J ).
3) Klik layer yang da duplicate tadi kemudian pergi ke Image > Adjustment > Desaturate.
4) Pilih Pen Tools kat Tool Box dan pilih Paths kat sebelah atas.
5) Klik kat tepi objek yang nak berwarna macam hamba klik kat budak perempuan ni. Pastikan anda klik kat tepi objek ikut bentuknya sehingga bercantum.
6) Klik kanan pada objek yang nak berwarna. Pilih Make Selection dan tekan Ok.
7) Klik Delete pada keyboard anda. da siap!
Hasilnya seperti di bawah :
akhir kata, selamat mencuba.
17 November 2010
09 November 2010
Segenggam Tabah !
salam
alhamdulillah da lepas paper database. 1 lagi paper hari ahad ni. lamanya nak tunggu. tak apa boleh study lama-lama. [study ke??..tet!..] bile lepas abis satu paper, tak ada keje nak buat. mengadap laptop je le dan tetibe nak buat wallpaper lirik lagu. wee~
hanya menggunakan photoshop saje. hasilnye macam ni...
Labels:
lirik lagu,
nasyid,
photoshop,
wallpaper
08 September 2010
Sakura dan Jepun
salam
sempena nak raya ni. rajin pulak buat kad raya untuk member blog dan fb. hee~ tak ada lah pandai sangat. hanya menggunakan software yang ada.
[nilah hasilnye! salam perantau dari jepun!]
di kesempatan ni nak mintak maaf kat semua orang especially member blog yang sentiasa menantikan entri baru : maaf tak dapat nak aktifkan diri sebelum ni sebab banyak keje nak kene settle-kan.
then, nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kepada rakan-rakan dari sktsm(2), madrasah al-falah, smktsm, tikl, kmns, uitm & semualah yang kenal diri yang comel ini. [ops!terlebeh sudah]
maaf sebab banyak buat salah, terkutuk, terpukul, terambil barang..
akhir sekali, raya karang kalo makan ketupat, lemang, rendang ayam, kuah kacang, rajin-rajinlah hulur orang kat sini. ok. habis.
[bunga sakura cantik. tetibe~]
Subscribe to:
Posts (Atom)



.png)







































