home about awards exchange Image Map
Showing posts with label suka hati. Show all posts
Showing posts with label suka hati. Show all posts

14 November 2015

Comeback!

Salam tengah hari..

Apa khabar? Makan da?


Lebih kurang setahun lebih tak jenguk sini kan. Dalam masa tu memang siyes tak ingat emel apa guna untuk blog ni. Password lagi la tak hengat langsung.

Alhamdulillah dapat aktifkan semula. Godek segala emel yang pernah guna dan tak sangka nama emel yang guna untuk blog ni boleh tahan perasan gak pemegang emelnya. (- , -)||

Nampaknya kena renovate blog ni. Kasi live dan refresh. Banyak nak buat kat sini. InsyaAllah ada masa luang akan dimanfaatkan sebolehnya.

Selamat berjumpa semula! Yosh! :)

17 July 2013

Exam Mendatang

Di kala saya baru balik keje. 

Malam itu seperti biasa, check emel. 

Terpampang "PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41". Hurop besar okkk. Nampak tak dia punya main point tuu. Pelajaran IT, penggunaan hurop besar itu menunnjukkan betapa pentingnya mesej tuuu. 


First, Alhamdulillah. Saja-saja apply SPA ni cuba-cuba nasib. Alhamdulillah dipanggil untuk pergi exam. Otak dah berkarat nak masuk exam niii. Hapebenda la yang nak kena baca.

Tetiba tersentak. Macam tak nak pergi. Tak minat kerja-kerja opis nii. Terperap dalam bangunan.

Then, my mom said, "Pergi la. Mana taw ada rezeki kerja ngan kerajaan."

Hmm okk. Cuba dulu la kiranya. 

"Ko dah apply, lepas tu tak nak pergi plak. Ruginya." Yelarrrrr....

Alhamdulillah dekat je tempat exam. Kalau jauh, tidak kepergianla diriku ini.

.....

"Telah masuk waktu solat fardhu Subuh (5:49) bagi kawasan Shah Alam & yg sewaktu dengannya #WaktuSolat"

Salam Subuh dan selamat berpuasa~

09 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum.

Ye saya kembali lagi di sini. Sesungguhnya merindui zaman-zaman rajin mem-blog. Nak kata bizi tu takdelah sangat. Ada je cuti. Cuma bila cuti, time memang betul-betul cuti duduk rumah, rehatkan diri. Sekejap je masa berjalan. Kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Esok Insya-Allah. Dah lama saya tinggalkan zaman belajar. Dulu saya menunaikan ibadah puasa bersama teman-teman belajar. Kini, saya menjalaninya bersama teman-teman bekerja. And of course bersama keluargaaa..

Masa tidak akan menunggu kita. Memang betul! Kita kena bergerak ke depan. Di belakang itu, kita perlukan ia sebagai pengalaman dan pengajaran untuk masa depan. Jika ada kesilapan, kita perlu perbaiki supaya kita tak buat lagi, Jika ada kejayaan, kita perlu beringat untuk sentiasa bersyukur dengan Allah.


Tak banyak nak bagitau dalam entri kali ini. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati-Nya. Insya-Allah, ada kerajinan kang saya akan citer-citer lagi.

*rasa macam entri ni skema pulak..oohhhh... laapaarrr... kpai

20 May 2013

"Alhamdulillah" - Alumni UiTM


"Alhamdulillah" - Alumni UiTM 

"Istiadat Konvokesyen ke-78 UiTM Shah Alam"
Sidang ke-15 (Pagi), 20 Mei 2013

27 April 2013

Kembar sangat

Bila teringat, terasa nak gelak pun ada.

Semalam, kami plan nak pergi pasar malam kat Sri Muda ni je. Alang-alang off day, Ena pun balik keje awal. Kami bertiga, Ena, Alin & me pun gerak dengan berjalan kaki dari rumah.

Saya ternampak kembar Alin. And I was like, mata terbeliak pandang pempuan tu. Pempuan tu senyum je.

Alin perasan akan pempuan tu.

Ena was like "Ha?" -- blur.

"Weh sama!" -- cakap slow.

PAK!!! saya kena siku dengan Alin. Nak tahan gelak tak jadi sebab reaction lepas kena siku terus tergelak besar jugak kat situ.

"Suar jeans ngan selipar pempuan tu sebijik macam yang Alin pakai."

Again, Ena was like "Ha???!" -- blur blur.


#PRU13 -- bila malam takde citer best

23 April 2013

Sesungguhnya

... sesungguhnya dah lama tak buka blog ... 
... semoga semuanya dalam rahmat-Nya ...

*cacat*

06 February 2013

Bocer = Baucer!

Assalamualaikum & selamat petang

Alhamdulillah berkesempatan hari ni melawat fskm tercinta. Woot woot. Pergi dengan dak naiy sebab dia pun nak kuar pegi bank. Woot woot. Terkejut mak nak. *buat-buat muka tak terkejut* Jumpa classmate, Afiq yang datang bersama Bob! Tumpang dorang ke kompleks memandangkan bas macam lambat je time cuti sem ni. Dapat bocer terus pegi soping kaw. Senarnya ada baki lagi sekeping bocer tu tapi masa tu macam blank tak boleh pikir nak beli apa lagi tuk cukupkan kuota. Selain komik ngan novel terpilih saja. hahaha. Tapi tak kesah sebab yang nak dibeli sudah beli. So, 4 keping lagi guna masa ada fair.

Baru guna RM50. Hehehe.

Oh ya!! Sebelum terlupa. Tadi nampak kat konter bendahari fskm ada tampal note. Katanya bole amek bocer sampai 31 Mac 2013. Bocer laku sampai 31 Mei 2013. Lupa nak snap note tadi untuk korang tengok. 

Akhir kata, perut meracau minta diisi. Awan pun dah berarak mendung kelabu. Seperti mahu memuntahkan butiran-butiran manik air di bumi.


.....

"eh asal dak kecik ni tido sini jauhnya"
"cut cut cut cut cut cut"
*bunyik panggil dorang*

14 January 2013

Ibu susuan

"weh. cube tengok kat luar. ada anak kucen putih. kecik je. comel!!"

gosok-gosok mata. bangun. 

"weh. kurusnya!! mak dia tak bagi susu ke."

"boleh tak mak black bagi susu kat dia?

"nak ke mak bagi kat anak orang lain minum susu dia.."

"bole jadi ibu susuan."


*****

jenguk kat luar
dia tengah tidor.. 
zzZZZZzz
yang lain mana tah dok main kat luar
lapar kang balik lar tuuuhhh


03 January 2013

Rejeki pun boleh!


Bile time praktikal dulu, time macam ni pukol 1 pagi dah membongkang dah. Letih. Ngantok. Sampai rumah malam. Siap-siap. Solat. Makan. Tido. Sekarang boleh lagi berjaga menyelesaikan apa yang patut. 

Oh ada yang lepas praktikal terus kerja dengan company yang dorang intern dulu. Bos masa intern ada jugak offer sambung kat situ. Macam berat hati nak bagitau taknak. Las - las kene cakap jugak yang takmo sambung situ dah. Macam-macam mende pikir dan bertanya ke Dia. Saya redha dengan jawapan itu.

Ye memang betol. Rejeki Allah itu luas kok! Mana-mana pun kita boleh cari makan. Nak tak nak je. Saya akan berusaha di sini untuk membayar segala hutang. Kalo ada makan lebih boleh lah cari makan kat tempat lain pulak kaannn. 

Tengah melayan sorang kastemer ni, tapi tapi rasa cam ngantok lak.. huwarghhhh *nguap*

01 January 2013

Salam 2013

Salam 2013

Secara jujurnya memang tak pernah ada azam baru untuk tiap-tiap tahun baru. Bagi saya semua sama je. Yang penting dalam diri tu berubah ke arah lebih baik dan orang sekeliling yang membantu pun sudah cukup bagus. 

Perjalanan 2012 berakhir. Menaip post baru ni sebab menunggu donlod produk terbaru untuk Azfar Online Shop. Well pakai berokben kaannn. Nak daftar streamyx/unifi masa dorang buat promosi yang tamat semalam tak jadi sebab tak keje pun lagi nak bayar bulan-bulan. 

Alhamdulillah penubuhan HM Grafik Enterprise telah dilaksanakan semalam, 31/12/12. Nak daftar untuk Azfar Online Shop sekali sebenarnye dah alang-alang promosi abis semalam kaannn. Mak kata takpe lah nanti-nanti daftar. Ok saya budak baik menuruti. HikHik. 

Praktikal dah abis 14/12/12 yang lalu. Sekarang ni nak kata makan anggur tu ye la jugak sebab takde keje mana-mana company lagi. Dah apply tapi tak banyak pun. Demand nak yang dekat shah alam dan senang dapat public transport. Lagi pun tengah agak sibuk siapkan beberapa kerja untuk dua company ataupun boleh dipanggil kedai jugak lar. Company ni macam besar sangat lah pulak. 

Kata-kata mak yang buat angan-angan nak jadi nyata. 

"2 tahun dari sekarang mana tahu dah boleh sewa kedai sendiri.. kita buat bisnes famili"

Insya Allah. Moga Dia permudahkan. Got to go. Nanti saya kongsi cerita lagi ye. 

06 November 2012

Dunia Intern

salam pagi 
matahari dah nak terpacak atas kepala
currently doing internship
lokasi bandar sunway
menaip di opis 

lebih kurang lagi sebulan yang tinggal
tak sabar nak habis
agak bosan
agak busy
agak fun

pegi keje, buat keje, balik keje
letih
muhasabah diri
tidur

mengorek segala ilmu ketika intern
ilmu bisnes
ilmu grafik
ilmu dunia dan akhirat

kembali ke dunia intern
insyaAllah masa senang
jumpa lagi
sign out

....

06 September 2012

'Running Man' Missions

                                   "Bismillahi tawakkaltu 'alallah, wa la haula wa la quwwata illah billah"

Di suatu pagi yang indah. Burung berkicau-kicauan. Hening bening. Eh. Mana ada burung. Memandai je. Hahak. Alarr pukol 9 pagi macam tu bening ke. Sepatutnya nak gerak pukol 8 pagi tapi dah terlewat atas sebab emm emm emm ... saja. 

Ada beberapa misi hari ini. Aiceceh macam running man lak main mishen mishen. Hahak. 1)Nak tanya pacik drebar bas susun atur perjalanan ke Sunway Pyramid. Tapi tak tertanya lak masa nak pergi tu. Dah sampai Sunway, lepak lah dalam Popular tu duk baca buku. Terjumpa 2)komik Conan yg 75 lak. Wahhh!! Teghoih le beli. Then, dah bosan.

"Nak pegi mana?"
"Sri Muda. Eh. Kompleks kompleks."

Halamakkk bole lak teshashul.. maluu shaye T.T ok.. rilek lu baru tanya.

"Bang, bas dari Kompleks pegi Sunway pagi-pagi kol baper ada ea?"
"Kol 6 .. 6.10 pagi cam tu ada dah."
"Ooo.. kol 7.. 8 pagi cam tu pun ada da la ea?"
"Ha'ah."
"Bas ni lalu tak bus sten Batu Tiga yang sebelum Petronas tu?"
"Aaaa..."
"Bus sten yang depan komuter Batu Tiga tu?"
"Oooo... bus stop tu!! Lalu lalu."
"Hah! Bus stop tu! Ok terima kasih :)"

Sampai je Kompleks lagi satu mende nak cari is .... !! Satu-satunya kedai buku yang tak ramai orang tahu. Kat SACC bawah area Giant. Akhirnya kini pasti!!~~ Jumpe dah 3)komik Maid Maiden Saturday. Banyak lagi kat kedai tu. Sapa yang nak beli pegi le beli sendiri. Hewhewhew.

Then, nampak Guardian tingat nak 4)beli Panadol. In case ada emergency. When I cannot bare the pain, so I take it la... hidayah murni tahu akan kebahayaan nye so no worry ok. Since mende tu dah jadi macam pain killer. Sebenarnye ada lagi barang lain yang bukan niat nak beli pun tapi still under budget. Syukur.

Alhamdulillah semua misi hari ni selesai. Next mission service laptop format bagai since next week nak kene bawak pegi intern. Tak daftar LI lagi. Yuran pun belom bayaq lagikkk... hape nak jadikk nii.. ish ish ish


"Mau turun mana?"
"Aa.. depan sana."

"Terima kasih uncle!"
:)

05 September 2012

Episod malam

Salam malam.

Kadang-kadang tu rasa nak post something kat blog. Lepas tu delete balik tak jadi nak post. Yang ni hampir-hampir didelete. And dats why la tak ada banyak sangat citer baru kat sini. Hikhik. Citer raya pun tak ada kan kan. Biasa-biasa jer. Duk umah. Layan kucen lagi bagus. Miaw miaw miaw.

Since ada yang tanya dapat baper dwet raya, baju raya warna apa and wat so ever. Thanks to Allah yang boleh dikatakan. Masa pagi raya tu dapat rasa macam mana orang-orang di luar yang tak dapat meraikan Syawal sesempurna seperti kita. Tak ada mood beraya tahun ni. Kueh raya da abis kat umah. Orang-orang dalam umah yang makan. Huahuahua. Tengok betapa kebosanannya. Makan sambil tengok citer. Hahah.

Ok. Habis pasal raya. Minggu depan dah start praktikal. Omaii. Macam cuak ada. Macam eksaited pun hado. Kena pergi sana tuk test jalan. Test ke'jem'annye since pagi-pagi semua orang nak pergi keje. Nak bajet masa lagi. Pukol baper nak gerak since masuk kerja kol 9 pagi. I need to sembang-sembang dengan pacik drebar bas tuk tanya semua mende nih.

Nak pintu suka hati. Senang nak pegi mana-mana. *Doremon!!*


Rasanya badan dah cukup kuat tuk keluar esok hari. 
Am i alone? uhuk uhuk. 
Ya lor. Gelpren skola. 
Alarrr awak ni macam tak bese lak keluar sensorang =..=" 
krik krik krik.

08 July 2012

Sembang


"masuk la program apa sekali pun.. yang mana bagus tu pergi la.. yang boleh bantu masa depan tu pergi la.. asalkan pandai jaga diri.. "

.....

"dah solat ke belum ni.. dah ngaji ke.. dah makan ke.. lapar tu jangan tahan-tahan perut tu nak makan.. gastrik kang.. "

.....

"nanti nak pergi praktikal tu naik apa.. tak ade kawan laki ke pempuan ke nak anta sekali.. pergi naik bas tu mak risau la.. basnye pukul bape datang.. ada ke basnya.. "

.....

"ko tak de kawan spesel ke.. yang laki.. kawan-kawan je dulu pun tak pe.. "
"erk mak.. mane ada. malas pikir. entah.. "
"ada le tu nanti ek.. coming soon.. "
"insyaAllah.. "

.....

"ko lagi bape tahun nak abis belaja.."
"acik.. dah nak abis la.. sem depan dah praktikal.. "
"oo.. takde pakwe ke. dah bole nak kawen ni.. "
"hapekebendanye. acik tu kena kawen dulu. umo bape da tu ha !! "
"nanti ada yang masuk minang baru taw.. heheh ! "
"erk =.= acikkkk niiii !! "

.....

"ko balik tak minggu ni? bawak laptop taw.. berokben pun. nak online. heheh.. "

"ko ada cite best tak. balik umah kang nak tengok taw.. "

"weh. jom pergi beli barang. dah lama tak jalan-jalan.. "

.....


alhamdulillah masih ada mereka..
esok abah operate..
ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya..


02 July 2012

Kelang


haa.. acane leh post lak ni.. heehoo.. alhamdulillah done with thesis.. esok pagi boleh print dan hantar.. sebelum tu kene jumpa supervisor dulu..

kepada kawan-kawan, all the best for examination! exam saya 7hb ni tapi tak start stadi hape pun lagi. huwaaa..

. . . . .

"mak.. lepas exam, present sume.. nak makan kerang taw.. "
"hah! tak payah tak payah. nanti naik merah-merah. kena enjet lagi. tak payah makan da.. "
T___T dapnye lendang kelang~ kelang~

. . . . .

eh. nape awak tak ngantok ni. kan dah telan para-para cek tamol. go to rest. shuh shuh.

23 June 2012

Saki-Baki


Alhamdulillah masih di sini. Tinggal beberapa saki-baki hari sahaja yang ada untuk siapkan segala kerja sebelum deadline. Assignment, group project, test, dan yang paling debar FYP (final year project). Saat dah nak tamat semester, macam-macam ujian Allah yang datang. Menghadapi macam-macam perangai manusia. Menjaga hati masing-masing. Kadangkala semangat jatuh. Hanya doa dipohon supaya segalanya dipermudahkan. 

Rabbi yassir wala tu'assir (Ya Allah. Kau permudahkan.. jangan Kau susahkan).
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (2:286)

Kepada rakan-rakan seperjuangan. Sama-sama kita langgar semua yang ada kat depan. Jangan langgar lari sudah. Langgar secara berhemah taw. Sentiasa ingat Allah ada untuk kita bila-bila masa kita senang atau susah.  

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram." (13:28)
Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." (Hadith riwayat Abu Dawud) 


Maybe, jarang update blog sehingga segalanya selesai. Di sini nak wish awal-awal kepada kawan sekalian. Hai! Saya taw dak uitm lama lagi nak exam ==" 

"SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN"
"SELAMAT MENGHADAPI FINAL YEAR PROJECT"
"SELAMAT MENYIAPKAN SEGALA KERJA, ASSIGMENT, PROJEK BAGAI .."

tuk my dear sistas,
"Selamat memulakan alam persekolahan untuk yang kedua bagi tahun ni"
"Selamat menghadapi peperiksaan"
kepada Alin, "Selamat bersekolah di sekolah baru, persekitaran baru .."

tuk my dear bro, dear parents, 
"Selamat bekerja dengan semangat!! yosh!"

tuk my dear uncle,
"bole tak .. nak ikut nanti pergi masuk minang. hikhik .."

for me ??
"Just stay strong for the saki-baki days .."


Insya-Allah .. segalanya tercapai.

Kepada anda, kamu, awak, nak minta maaf seandainya terguris dengan sikap saya. Kita tak taw bile kita mati. Wallahu'alam. aih! Banyak lak ceghitenye. Ingat nak buat sikit jek. Huehuehue. Habis. 

03 June 2012

The End

The end of second holiday. Struggle for another journey. Finish the semester with flying colours. InsyaAllah.



pergi sg. congkak ri tu dok main mende alah ni. 
menegakkan batu. 

LESSON: NOTHING IS IMPOSSIBLE IN OUR LIFE.

05 May 2012

You

alhamdulillah 
dipermudahkan perjalanan
kini berehat sebentar


meet you ^^
insyaAllah dapat yang dekat-dekat
tak ada nak risau sangat
boleh kite pegi berjalan-jalan~ hikhik
oih. pikiran apa ni
bagi dia belaja la...........
ye ye ye =..="

"lin banyaknye baju cantik-cantik tak pakai.
nak amek. kbai"

29 April 2012

Tiga Kata

kenapa kenapa 
penimbang tu mesti rosak
tak normal
tipu tipu
=..="

misi bermula
tanpa penilaian
itu la pakai tibai je 
ya Allah
kuatkan hamba-Mu

tong mesti diisi semula
dengan lebih teliti

tak pe lah
di sebaliknya ada benda berharga
tiga kata untuk mereka
'i love you'

;)


23 April 2012

Kegilaan


"Cinta mungkin muncul dari sudut tak terjangka... Beranikah anda mencuba?" - Xiao Bai
citer pasal seorang anak mencari ibunya di masa hadapan.
yang ni belom baca lagi. hikhik!




ye. this is me. terima kasih. HAHAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting