01 January 2013

Salam 2013

Salam 2013

Secara jujurnya memang tak pernah ada azam baru untuk tiap-tiap tahun baru. Bagi saya semua sama je. Yang penting dalam diri tu berubah ke arah lebih baik dan orang sekeliling yang membantu pun sudah cukup bagus. 

Perjalanan 2012 berakhir. Menaip post baru ni sebab menunggu donlod produk terbaru untuk Azfar Online Shop. Well pakai berokben kaannn. Nak daftar streamyx/unifi masa dorang buat promosi yang tamat semalam tak jadi sebab tak keje pun lagi nak bayar bulan-bulan. 

Alhamdulillah penubuhan HM Grafik Enterprise telah dilaksanakan semalam, 31/12/12. Nak daftar untuk Azfar Online Shop sekali sebenarnye dah alang-alang promosi abis semalam kaannn. Mak kata takpe lah nanti-nanti daftar. Ok saya budak baik menuruti. HikHik. 

Praktikal dah abis 14/12/12 yang lalu. Sekarang ni nak kata makan anggur tu ye la jugak sebab takde keje mana-mana company lagi. Dah apply tapi tak banyak pun. Demand nak yang dekat shah alam dan senang dapat public transport. Lagi pun tengah agak sibuk siapkan beberapa kerja untuk dua company ataupun boleh dipanggil kedai jugak lar. Company ni macam besar sangat lah pulak. 

Kata-kata mak yang buat angan-angan nak jadi nyata. 

"2 tahun dari sekarang mana tahu dah boleh sewa kedai sendiri.. kita buat bisnes famili"

Insya Allah. Moga Dia permudahkan. Got to go. Nanti saya kongsi cerita lagi ye. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting