home about awards exchange Image Map
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

27 April 2013

Kembar sangat

Bila teringat, terasa nak gelak pun ada.

Semalam, kami plan nak pergi pasar malam kat Sri Muda ni je. Alang-alang off day, Ena pun balik keje awal. Kami bertiga, Ena, Alin & me pun gerak dengan berjalan kaki dari rumah.

Saya ternampak kembar Alin. And I was like, mata terbeliak pandang pempuan tu. Pempuan tu senyum je.

Alin perasan akan pempuan tu.

Ena was like "Ha?" -- blur.

"Weh sama!" -- cakap slow.

PAK!!! saya kena siku dengan Alin. Nak tahan gelak tak jadi sebab reaction lepas kena siku terus tergelak besar jugak kat situ.

"Suar jeans ngan selipar pempuan tu sebijik macam yang Alin pakai."

Again, Ena was like "Ha???!" -- blur blur.


#PRU13 -- bila malam takde citer best

01 January 2013

Salam 2013

Salam 2013

Secara jujurnya memang tak pernah ada azam baru untuk tiap-tiap tahun baru. Bagi saya semua sama je. Yang penting dalam diri tu berubah ke arah lebih baik dan orang sekeliling yang membantu pun sudah cukup bagus. 

Perjalanan 2012 berakhir. Menaip post baru ni sebab menunggu donlod produk terbaru untuk Azfar Online Shop. Well pakai berokben kaannn. Nak daftar streamyx/unifi masa dorang buat promosi yang tamat semalam tak jadi sebab tak keje pun lagi nak bayar bulan-bulan. 

Alhamdulillah penubuhan HM Grafik Enterprise telah dilaksanakan semalam, 31/12/12. Nak daftar untuk Azfar Online Shop sekali sebenarnye dah alang-alang promosi abis semalam kaannn. Mak kata takpe lah nanti-nanti daftar. Ok saya budak baik menuruti. HikHik. 

Praktikal dah abis 14/12/12 yang lalu. Sekarang ni nak kata makan anggur tu ye la jugak sebab takde keje mana-mana company lagi. Dah apply tapi tak banyak pun. Demand nak yang dekat shah alam dan senang dapat public transport. Lagi pun tengah agak sibuk siapkan beberapa kerja untuk dua company ataupun boleh dipanggil kedai jugak lar. Company ni macam besar sangat lah pulak. 

Kata-kata mak yang buat angan-angan nak jadi nyata. 

"2 tahun dari sekarang mana tahu dah boleh sewa kedai sendiri.. kita buat bisnes famili"

Insya Allah. Moga Dia permudahkan. Got to go. Nanti saya kongsi cerita lagi ye. 

08 July 2012

Sembang


"masuk la program apa sekali pun.. yang mana bagus tu pergi la.. yang boleh bantu masa depan tu pergi la.. asalkan pandai jaga diri.. "

.....

"dah solat ke belum ni.. dah ngaji ke.. dah makan ke.. lapar tu jangan tahan-tahan perut tu nak makan.. gastrik kang.. "

.....

"nanti nak pergi praktikal tu naik apa.. tak ade kawan laki ke pempuan ke nak anta sekali.. pergi naik bas tu mak risau la.. basnye pukul bape datang.. ada ke basnya.. "

.....

"ko tak de kawan spesel ke.. yang laki.. kawan-kawan je dulu pun tak pe.. "
"erk mak.. mane ada. malas pikir. entah.. "
"ada le tu nanti ek.. coming soon.. "
"insyaAllah.. "

.....

"ko lagi bape tahun nak abis belaja.."
"acik.. dah nak abis la.. sem depan dah praktikal.. "
"oo.. takde pakwe ke. dah bole nak kawen ni.. "
"hapekebendanye. acik tu kena kawen dulu. umo bape da tu ha !! "
"nanti ada yang masuk minang baru taw.. heheh ! "
"erk =.= acikkkk niiii !! "

.....

"ko balik tak minggu ni? bawak laptop taw.. berokben pun. nak online. heheh.. "

"ko ada cite best tak. balik umah kang nak tengok taw.. "

"weh. jom pergi beli barang. dah lama tak jalan-jalan.. "

.....


alhamdulillah masih ada mereka..
esok abah operate..
ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya..


23 June 2012

Saki-Baki


Alhamdulillah masih di sini. Tinggal beberapa saki-baki hari sahaja yang ada untuk siapkan segala kerja sebelum deadline. Assignment, group project, test, dan yang paling debar FYP (final year project). Saat dah nak tamat semester, macam-macam ujian Allah yang datang. Menghadapi macam-macam perangai manusia. Menjaga hati masing-masing. Kadangkala semangat jatuh. Hanya doa dipohon supaya segalanya dipermudahkan. 

Rabbi yassir wala tu'assir (Ya Allah. Kau permudahkan.. jangan Kau susahkan).
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (2:286)

Kepada rakan-rakan seperjuangan. Sama-sama kita langgar semua yang ada kat depan. Jangan langgar lari sudah. Langgar secara berhemah taw. Sentiasa ingat Allah ada untuk kita bila-bila masa kita senang atau susah.  

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram." (13:28)
Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." (Hadith riwayat Abu Dawud) 


Maybe, jarang update blog sehingga segalanya selesai. Di sini nak wish awal-awal kepada kawan sekalian. Hai! Saya taw dak uitm lama lagi nak exam ==" 

"SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN"
"SELAMAT MENGHADAPI FINAL YEAR PROJECT"
"SELAMAT MENYIAPKAN SEGALA KERJA, ASSIGMENT, PROJEK BAGAI .."

tuk my dear sistas,
"Selamat memulakan alam persekolahan untuk yang kedua bagi tahun ni"
"Selamat menghadapi peperiksaan"
kepada Alin, "Selamat bersekolah di sekolah baru, persekitaran baru .."

tuk my dear bro, dear parents, 
"Selamat bekerja dengan semangat!! yosh!"

tuk my dear uncle,
"bole tak .. nak ikut nanti pergi masuk minang. hikhik .."

for me ??
"Just stay strong for the saki-baki days .."


Insya-Allah .. segalanya tercapai.

Kepada anda, kamu, awak, nak minta maaf seandainya terguris dengan sikap saya. Kita tak taw bile kita mati. Wallahu'alam. aih! Banyak lak ceghitenye. Ingat nak buat sikit jek. Huehuehue. Habis. 

03 September 2011

Baraan Sg. Samak + Makan!!!

Assalamualaikum

seperti yang telah diberitahu pada post yang lepas. cite pasal apa??? bole tengok sini [ klik ] 3 syawal perjalanan raya ke rumah saudara belah abah diganti dengan baraan ke SG. SAMAK, PERAK!! 3 kereta pergi sana. tu pun bole dikira ramai sebab dah ramai ahli keluarga yang pulang ke kampung.

kete acik mail kat depan .. kete acik jalil kat belakang ..

lepas tu posisi bertukar dengan kitorang yang lead baraan sebab nak elak jalan sesak. acik unus amek shortcut yang tak pernah lalu tambah iwan yang dah pakar jalan kampung *kunun je ~,~ hahah* dia dah biasa kerja hantar barang kat kampung.

siblings ..
*yang kecik sekali mengada tak nak ikut

pada malam esoknya iaitu 4 syawal ada reunion dengan saudara-mara famili haji daud iaitu bapak nenek juga arwah moyang saya neh. malam reunion tu nanti ada aktiviti bertukar hamper. kitorang pun cari barang-barang kat sg. besar. sempat lagi tu pergi mencekik satay. hahah.

masing-masing pelahap. haha.


eh tunggu sekejap!!!

hari ni 3 september bufday dak alin ..

"SELAMAT HARI LAHIR!!"

31 August 2011

Foto Meluahkan Segalanya

Assalamualaikum

malam raya hari tu menandakan saya telah habis bekerja dan mendapat hasilnya. alhamdulillah. pada malam tu juga pulang terus ke kampung untuk meraikan aidilfitri bersama keluarga di sungai panjang. 1 syawal disambut dengan sederhana kerana tak ramai ahli keluarga yang pulang ke kampung. apapun saya suka makan nasi impit, rendang ayam, kuah kacang... SEDAP!! ok memang betul foto meluahkan segalanya. tapi gambar makanan tak sempat snap la dah masuk perut. hahah.

bey, asma

acik zul, nenek, acik unus

fadiah, nana, acik amek, ami

iwan, acik zul, alin


hero-hero yang bajet macho ...


gadis-gadis .. hahah ..

panas terik ...

WE!!!
sebahagian ahli keluarga ...

hari ni 2 syawal pergi beraya ke rumah saudara belah nenek. gambar tak masuk lappy lagi. hahah. esok 3 syawal insyaAllah pergi beraya lagi ke rumah saudara abah pulak. memang banyak makan dan kitorang lah yang akan habiskan kuih raya kat rumah yang kami beraya. wahaha. mintak maap tuan rumah~ tak makan kang membazir ...


masih tak terlambat lagi rasanya nak ucap ...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN"


dan tak lupa juga tarikh bersejarah hari ni 31 ogos kepada rakyat Malaysia
"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!"

04 July 2011

Nak Letak Tajuk Pe Eyh??

Assalamualaikum.


hai kawan-kawan! sihat tak?? kali neh tak taw nak letak tajuk pe. tetibe BLANK T__T huh. baru pasan ada orang tu kata asek wat entri pasal GA je blog neh. HAHAH. biar la. kasi meriahkan GA orang len. saja je tak nak bagi blog neh ada SPIDER WEB~ =P  dah seminggu lebih bercuti bagi orang-orang yang amek shotsem. result shotsem??? huh. tak taw la bile kuar. baru je abes kot. rilek laa~ padahal jap lagi gelabah tengok result =,=" huhu. semalam balik kampung sg. panjang ada kenduri tahlil. alhamdulillah selesai. at the same time, minggu lepas my sis, alin balik dari asrama. wuhuuu!!! best bole kaco idup dia!! hahah. manyak jaat ini olang. hihihi~




my sis lagi sorang, ena but i'm used to call her naiy [ pasai apa?? kitorang je yang taw. hahah ] dia tak balik asrama minggu lepas so tak dapat lar kitorang nak enjoy sesama. huhu! minggu neh dia balik umah. wahhaahh!! em. nak buat apa ek minggu ek. em tapi ada perhimpunan 9 julai tu. em nenek pesan jangan kuar uma. em macam mana ek. em risau gak. em tengoklah hari kejadian nanti macam mane 0_o" 


HAHAH. betol la quote neh.

we always fight each other to get something but that's ok. sebab air yang dicencang takkan putus. hahah. nape la korang dok jaoh-jaoh. asrama lagi. kita cuti dah la tak sama. tak ada geng kat umah. huhu~ tak payah sekolah la weh lepak kat ngan aqu je. WOI!! jaat gler hasutan! HAHAH. naseb bek dorang baik-baik. to my bro and sis's belajar lar rajin-rajin weh. keje pun rajin-rajin gak. ingat asal-usul kaw. ingat pesan mak abah kaw. berbakti pada famili kaw, agame, bangsa dan negara. *pesanan neh tuk korang gak yang tengah baca neh. hee...  
    

thank you my friends. insyaAllah kita akan berjumpa. kawan, hidup neh memang ada banyak ujian. ujian yang Allah bagi tu maknenye Dia sayang kat kita. kawan kena kuat tuk hadapi ujian tu dan ingat kitorang sentiasa ada tuk sokong dan bersama-sama kawan tempuh ujian tu walaupun ia sangat pedih. kadangkala diri ini juga hampir-hampir jatuh atas ujian-Nya, dan kawan yang tarik semula ke atas dan habiskan kepedihan itu. thanks again dan sentiasalah mengadu pada Allah (^^, 


"Seperit mana pun esok, senyumlah... 
kerana senyuman itu penawar keperitan.. 
Semoga Allah mempermudahkan kita esok dan hari seterusnya.." 



sapa nak main kejar-kejar?? HAHAH. peace~

19 May 2011

Hasil Kebosanan Tahap Everest ^^

Assalamualaikum & salam sejahtera.

kelas hari ini habis awal sebab lecturer kena pergi key in marks untuk exam. balik je terus makan tengah hari, layan komik, lepas tu bosan tak tau nak buat apa. dah memang tak ada keje pergi main adobe pulak. hahaha. memang mengisi masa lapang betol!! pergi la godek-godek file photoshop usha design apa yang belum siap lagi. yeah!! dah lama nak buat akhirnya siap jugak tadi. jeng! jeng! jeng! 

 watermark stamp for me~ hihih.

ngahahah. bosan tahap everest baru nak siapkan tapi tak ada lah terer sangat. hehehe. kejap lagi balik rumah. memang untung tak ada kelas hari jumaat kan. oleh itu dengan rasa teruja nak try letak watermark ni kat gambar la. *saya memang ngada. harap maklum. hahah. 

 bosan dowh korang tak ada kat rumah. geng berjimba tak cukup.
 kena tunggu korang cuti asrama lagi  =,=''

korang perasan tak menu bar blog neh pun dah tukar. hee. tu lagi satu kerja yang dah disiapkan dengan jaya. syukur sempat. setakat neh dulu coretan jari. peace~ 

15 May 2011

< Exhausted Timeline + Therapy >

Assalamualaikum & selamat malam.


perghh!! update setelah exam walaupun da abis lama. hahaha. ok. saya cuti 1 minggu sahaja di mana kelas short sem da mula esok. tapi tak pergi! bukan sengaja! memang tak dapat pergi kerna terlibat dengan program majlis penganugerahan program ilmiah tahun akhir di fakulti tercinta. enjoy je! 


detik-detik nak meninggalkan kolej telah menyebabkan diriku rajin mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. tahniah! tengok sekeliling bilik akhirnya jumpa satu benda yang sweet sangat bagi kami yang tinggal sebilik. trimas k.ati buat jadual exam ni. hihi. ia membuatkan gee & me sedar akan exam. hahaha. 


highlight oren = k.ati, biru = gee, biru+oren = me
[memori T2312~ LIKE!]

habis pasal 'exhausted timeline'. semalam bersamaan hari sabtu teman mak pergi terapi kat PJ [petaling jaya ye. take note] lepas tu baru kembali ke shah alam untuk membeli barang-barang asrama untuk my sis & me pergi bayar broadband maxis & sempat beli UTOPIA! hahaha.

tempat terapi di PJ

i'w wondering what i'm gonna to do after short sem. hmm~ of course working! tengah kering sekarang ni bhai. adoyy~ ok. esok pagi wajib gerak awal dari rumah. kesimpulannya, tido awal daripada biasa. 


sebelum tu. SELAMAT HARI GURU!! terima kaseh cikgu-cikgu di atas semua ajaran yang cikgu bagi kat kami. ada cuti hari guru x?? erk. hahaha. thanx for reading. peace~ 

16 April 2011

Rumahku Syurgaku~

Assalamualaikum & salam sejahtera.


semalam hari jumaat lebih kurang jam 12 tengah hari tamat test ise dengan secara rasminya tamatlah segala bagai assignment, test, dan projek yang buat kami lepak kat fakulti sampai subuh. rasa macam heaven-nyer~ padahal baru habis test belum lagi exam. hahah. erk.. tu bagi sebahagian dak kelas. tapi ada jugak lagi yang belum setel lagi shooting drama bahasa. aiyak~~ alhamdulillah kumpulan kami da habis berdrama. hahah. 






minggu depan da start study week, first time kitorang tak ada projek atau apa saja presentation yang nak kene submit. semuanya da anta sebelum ni. syukur~ fokus tuk final exam je! exam start 27/4/11 dengan paper mkt-consumer behavior. dan tamat pada 8/5/11 paper ise-information system engineering. lagi satu nak bagitau, ni jugak first time abis exam awal. sebab selalunya bile tarikh akhir uitm exam itulah tarikh akhir kitorang exam dengan paper programming. dan menyebabkan balik lambat dan terpaksa tengok mereka yang balik awal dengan rasa tak puas hati. hahah. sebab lagi satu ialah sem 4 dan seterusnya dah tak amek subjek programming lagi. pheww~


sweeettnyer~ rumahku syurgaku


sekarang lokasi ialah di rumah! nak rest! attention! hari ini tak nak study! nak berfoya-foya! uish. hang jangan dok melalut tak tentu pasal. teeheehee... tengok movie je, makan-makan sampai lebam, meronggeng 1 malaysia. hoih. 1 shah alam pun tak lepas lagi. hahah. 




akhir kata, selamat study kepada mereka yang dok telaah buku tu. sapa yang nak pergi berjimba tu, hati-hati la ye. hujan ni. bestnyer~ jumpa lagi.


*sumber gambar: Google
**maaf tak letak gambar koleksi sendirian berhad. nanti cek letak na..

03 April 2011

>> Suddenly...

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Suddenly, i miss them so much.....


03 December 2010

Perasmian & Pembukaan Misza E-Shope

salam
ingat lagi Assignment Baru ! yang sebelum ni hamba buat. baiklah, sekarang diumumkan perasmian dan pembukaan Misza E-Shope . alhamdulillah. akhirnya siap jugak blog bisnez online ni. sebenarnye ni blog my mom. beliau da lama buat bisnes cuma tak buat secara online. pada suatu hari, beliau minta anaknye ni buatkan satu bisnez online. hamba ni bukannya reti sangat, kalo pakai blogspot ni ok la sikit. tu le yang terbentuknye officially blog mak punye. 

 untuk buat tempahan boleh klik gambar di atas.

layout tu da tukar dari yang asal. blog tu masih lagi dalam proses baikpulih.  follower baru sorang. hee *sapa lagi anak beliau le. buat masa sekarang barang jualan ialah kain pasang dari jenis Jacquard Italy. harga yang ditawarkan memang berpatutan dan kualiti barang terpelihara. maklumat lanjut boleh le usha my mom's blog. 

 [nak tido ke layan anime ??! woo~]

20 November 2010

Cuti-cuti Selangor .. Yippeee!

salam
fast entry ni. weehee~ Buletin Utama kat TV3 malam ni ada siarkan pasal Dorani Homestay mula-mula masa start siaran. macam topik utama da. bagus-bagus! tak sempat nak rakam berita tadi. adoi. asal tetibe nak cerita pasal homestay ni kat sini sebab excited, teruja masuk tv3 [ecece..bukan tuan punya blog ni yang masuk tv pun. nak kecoh. wek!.. mhaha]

Rumah Kampung

Dorani Homestay terletak di Sg. Besar, Selangor. Homestay ini ada menyediakan beberapa jenis penginapan seperti Rumah Kampung, Villa dan Chalet bagi mereka yang ingin bersantai dalam suasana kampung. Pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menarik disediakan di homestay ini. Maklumat lanjut bole contact En Abd Rahman Daud [wah! da popularkan embah man dalam blog ni. hohoh!] atau emel kat doranihomestay@yahoo.com .

*gambar dari website Dorani Homestay

eyriqazz.com pernah menginap di Dorani Homestay ikut program MySelangorStory . Eyriqazz ada cerita pasal pengalaman dia kat homestay dengan macam-macam aktiviti yang mereka buat. nak tahu lanjutan cerita bole jenguk kat sini.


*gambar dari eyriqazz.com

wo! malam ni tetibe rajin pulak an pergi menatap buletin utama kat tv3 tu. ada lagi tempat menarik dorang[maknanya pemberita tv3 tu la] cerita dalam berita iaitu kat Kelip-kelip Kg. Kuantan, Selangor


kelip-kelip dipelihara dengan baik kat Kg. Kuantan. waktu cuti sekolah [lagi-lagi tengah cuti sem sekarang ni an. hehe] bole ajak satu femili atau member korang pergi Kuala Selangor. nak tengok kelip-kelip kena naik sampan kat jeti. ramai-ramai pergi la ke Kelip-Kelip Kg. Kuantan dan lihat kehebatan makhluk ciptaan Allah ini menerangi alam sekeliling. 


eyriqazz.com juga pergi ke Kg. Kuantan tengok kelip-kelip pada waktu malam masa tinggal kat Dorani Homestay. Kalo tangkap gambar kelip-kelip memang tak dapt nak tengok kecantikan cahaya dari badannya. korang kene pergi sana sendiri jugak baru ada feel wow! gitu. Eyriqazz ada cerita pasal aktiviti kat Kg. Kuantan kat sini

  
*gambar dari eyriqazz.com .

wa! nama je dok kat selangor tapi tak pernah pergi Kelip-kelip Kg. Kuantan [da lama nak pergi sana tapi tak terpergi. bole ke cam tu. bantai je. mhaha] . tak pernah jugak tinggal kat Dorani Homestay *dengan nada gedik~ [tak payah nak mengada. da pergi sana sambut majlis raya dengan femili besar] mhahah. tu saja laporan aktiviti cuti-cuti di selangor. daa~

 [saya gedik ke?? .. mhahah]

18 November 2010

Tengok Pocong Merayau di KLCC Naik Skyline

salam
kejadian ini berlaku pada hari raya aidil adha punya malam bersamaan malam semalam. semua ni agenda yang lain dari rancangan yang biasa tengok kat televisyen ke filem ke drama ke, mana-mana je la.

 [biar betol ni????]

korang semua mesti da beria-ia campur excited nak tahu cerita ni kan. ok. semua cool + relax = careful.

tak tahu la
 ...
nak cerita
...
ke tak nak
...
sebenarnya kan
...
pocong tu
...

  baru je tengok dengan family tadi..hesh cerita ni. ish!
sinopsis bole baca kat sini.

sebenarya tak ada kene mengena dengan tajuk post kali ni. nak bagi tajuk gempak dengan campurkan aktiviti malam semalam dan hari ini. 

 [pergh. gempak tu p****g naik skyline]

kenapa p****g tak tulis dengan perkataan penuh, sebab tak suka nak sebut. gee~ ok! malam semalam bersamaan raya punya malam rancang nak pergi i-city tapi entah macam mana melencong tempat lain. poyoz je mereka yang bawa kami bersiar-siar di malam hari itu nyanyi "sorry..sorry..sorry.." wek! da tau da tak jadi pergi i-city bila tak masuk simpang kiri kat traffic light depan kilang mm vitaoil, tapi mereka telah belok ke kanan yang bertentangan dengan haluan sebenar.





 [skyline ke ni???..]

 wah!! ni la dia hak milik bakal skyline kami. insyaallah.

esok pagi bersamaan hari ni kitorang nak tengok movie Death Place kat Jusco tapi tak ada, so SKYLINE   menjadi mangsa. hahah!


apa kaitan kereta Skyline dengan movie SKYLINE?? itulah laporan aktiviti setakat ni. see you next time! daa~


*trimas kat mereka sebab bawak kami jalan-jalan + belanja sekali. wee~

12 November 2010

UPSR >> Tingkatan Satu ..

salam
pagi tadi menemani alin daftar pelajar baru tingkatan satu kat sekolah. wahaha. akhirnya kembali setelah lebih kurang 5 tahun meninggalkan sekolah sejak awal form 4 sebab dapat tawaran masuk sekolah teknik. wee~
banyak berlaku pembaharuan kat SMKTSM ..









[skuad SINAR datang bagi surat khabar dan esok pagi sabtu 
ada karnival kat sekolah..
dengar kata skuad SINAR akan datang lagi]



[no explaination]



daa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting