31 August 2010

Black and White Contest

Salam
syarat masok kene upload gambar sendiri yg da itam putih. pas tu jadi follower penganjur. banner kat atas tu nanti letak kat sidebar dan tag-kan sorang / ramai membe anda. da siap! tarikh tutup pada 6 september 2010. maklumat lanjut boleh rujuk kat sini

excited-nyer. hahahah!
 nak tag aton, ammar, jijah,
membe yang lain pun bole join gak!

 [sejuk~~hujan rahmat di hari kemerdekaan]

30 August 2010

CONTEST - Teka KG??


Salam
jawapan untuk 'Contest-Teka KG??' ialah = 11.010 kg

so, membe-membe blog sekalian, jom join contest ni,,syarat-syarat bole rujuk kat sini.tarikh tutup pada 31 ogos 2010.

malam ni ada ambang kemerdekaan..sok kan Hari Kemerdekaan..(^0^)v

ok.sampai sini lu..taa~

29 August 2010

Greenwich vs Makkah ??!

Salam
sebenarnye da lama nak citer pasal mende ni tapi tak berkesempatan. akhirnya keluar juga entri ni kat blog hu. ia adalah mengenai pusat bumi yang selama kita semua tahu kat Greenwich. tak ingat bile masa tu tengah godek-godek internet cari maklumat, lepas tu nampak tajuk ni 'Makkah Sebagai Pusat Bumi'. ape lagi teros la buka dan usha sampai habis sebab terkejot sebelom ni kan belaja kat sekolah, cikgu duk bercakap Greenwich ialah pusat bumi.

 masjidil haram 

Tentu, hal itu adalah rahasia Allah. Namun, dari kajian yang dilakukan ilmuwan muslim, terungkap fakta mengejutkan tentang keistimewaan kota Makkah, bila ditilik dari sudut ilmu geografi (ilmu bumi) dan geologi (ilmu tanah). Sekelompok ilmuwan yang dipimpin oleh Dr Husain Kamaluddin, seorang dosen ilmu ukur bumi, telah membuktikan bahwa Makkah adalah pusat bumi.

itu adalah sebahagian dari petikan dalam web page yang ditemui. ilmuwan islam ni pada mulanya dorang nak cari penentuan tuk kiblat umat islam. apa yang terjadi lepas tu ?? teroskan baca kat 'Makkah sebagai Pusat Bumi'.

 

 [insyaalah saya akan jejak kaki kat Makkah]

25 August 2010

< Kempen 1 Blog 1 Bendera >

Salam
sempena bulan ogos bulan kemerdekaan ni semangat glerr nak gantung bendera dalam bilik. well, almaklumlah dekat kolej buat pertandingan bilik tercantik dengan bendera-bendera yang digantung. kitorang ni punye semangat sampai nak amek dan cilok je bendera yang banyak gantung kat fakulti. hahahaha! tapi bulan puasa ni kene buat baek ye ingat tu kawan-kawan. 

 [tak baek panjang tangan]

 
 
then, masa bukak blog ada kempen 1 blog 1 bendera, wow! dengan semangat lagi nak join the club. weehee~ kempen ni bukan contest/giveaway yang dapat hadiah ok. kita sebagai rakyat malaysia kene lah ada semangat patriotik sebab dengan susah-payah perwira kita terdahulu mendapatkan kemerdekaan. walaupun dulu masa sekolah tak suka belajar subjek sejarah yang banyak nak kene baca dan hafal. huh! saya bangga menjadi anak malaysia! 


jom ramai-ramai semarakkan bulan kemerdekaan ni dengan letak bendera kat dalam blog. kempen ni dianjur oleh http://mahamahu.blogspot.com/ dan boleh dapat macam-macam jenis design bendera di sana. 

 
di bulan ramadhan ni juga tak payah tamak dalam berbelanja makanan berbuka puasa. bagi pelajar-pelajar Uitm S.Alam kalo tak nak keluar duit, pergi lah pusat islam kat sana ada iftar dan bole solat berjemaah kat sana gak. teguran ni tuk diri sendiri gak. huhu baek! sampai sini lu tuk entri kali ni.

 [suke sangat beli ayam goreng K.F.C kat DC wee~]

24 August 2010

ButterflyShop 1st Giveaway

Salam
mase singgah kt blog Gnie..jumpe giveaway ni..hee i like!

 
Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop
 
syarat-syarat nak join bole rujuk kat sini. tarikh tutup pada 31 ogos 2010. jom join!

Murni ni suke sangat ikot contest/giveaway.hesh!
[biarlah.sebok je! =P]

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Salam
info ni dapat daripada membe kat facebook dan nak bagitau korang pasal Lady ni. info penting ok! jom baca-->
Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.



Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


 
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

 
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini, berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah (Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Aku tak suke Lady 'Gagap' ni. menyampah!!
berhati-hatilah bila dengar lagu yang kita kurang paham maksudnye.
trimas kat mereka yang bagi info ni dan sebarkan!
 

16 August 2010

Peraduan: Copy & Paste Raya

salam
post kali ni pasal contest..wee~ 

 
Memory: 1GB
Accessories: Earphone, CD, Manual, USB Cable & Battery Charger
Bagi yang nak menang MP4, Copy & Paste ayat di bawah:
 
Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe.. Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com
Bagi yang nak menang Kamera Digital, Copy & Paste ayat di bawah:

Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

Tarikh tutup pada 25 Ogos 2010. apa tunggu lagi. jom join ramai2. boleh rujuk kat sini.

[yang teringin nak ada kamera sendiri.hahah]
 

11 August 2010

UPDATE!!


salam
lama sudah tak update blog sebab ke-busy-an melanda.hu..


baru habis Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD) pada 8 Ogos 2010. w/pun kalah di medan tapi menang di hati kami. terimas kpd sume yang turun bagi sokongan kat pelatih.

hari ini first day puasa bersamaan 1 Ramadhan, 11 Og0s 2010. first time melalui bulan Ramadhan di Teratai. saya sangat suka pergi bazar. banyak makanan sedap2, bubur lambok. i like it very much! hahaha alamak! da rindu nak balik rumah pergi bazar kat sana. insyaallah kalo free minggu ni bole bukak puasa kat rumah.yeah!

 [sekadar gambar hiasan]

hesh! membeli makanan tuk buka puasa tu jangan membazir ok! jimat + risau duit pt tak dapat menampung hidup di sini sampai habis sem.hu..

baeklah jangan sedeh2. bulan puasa ni banyakkan amal jariah, jangan ponteng puasa! makanan tuk buka da beli.hehe.. i like! sementara tunggu azan maghrib, lepak dulu online + buat assignment. banyak site visit + subjek membaca + tak ada kira2 langsung sem ni. adoi! i like kira2 dan merindui nak guna kalkulator.hahaha

sampai sini dulu.insyaallah ada edisi PERKAD lak.heheh!

 [tapi kat mana ek kalkulatorku itu.huh!]

01 August 2010

Kahwin?? Surprise??


salam
malam tadi rumah saya telah didatangi ramai orang. kenduri kahwin?? bertunang?? khatan?? kesyukuran??
wow!  memang ramai tak terkira. 


sebenarnye ada kenduri kesyukuran + doa selamat + ada surprise tuk abah mak..hehehe



 [dak class yang datang makan.wee~]

dalam kira-kira pukul 12 pagi kek surprise pun keluar.hahaha.tapi sebenarnye tak surprise pun sebab mereka da tahu.kwang3! maaflah kepada mereka-mereka yang tak dapat merasa kek surprise itu.hu~





itu saja gambar yang dapat upload.hee~ trimas kepada mereka yang datang malam tadi. sangat ramai dan ayam sambal yang masih ada dalam periuk diratah oleh saya.hahaha!

 [time for clean up the dishes]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting