20 January 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Pengambilan 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.


tepat pukul 9 pagi uitm shah alam tak ada elektrik.


tempat lain tak tahu ada tak. nasib baik pagi-pagi dalam bilik ni sejuk tak ada la hangat sangat walaupun rasa hangat sikit-sikit. amende ayat pusing-pusing ni. hahak. abaikan. malam tadi dah charge penuh bateri laptop tapi bateri handset pulak lupa nak charge. tinggal satu bar je sekarang. adeh. nak keluar jalan-jalan amik angin lepas ni. petang ni member ajak makan kat rumah diorang. ok ini kool! tapi macam mana nak pergi sana. adeh. 




ok habis. ini ada semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM tingkatan 4 pengambilan 2011. [ klik ], yang ni pulak kemasukan ke MRSM untuk tingkatan 1 pengambilan 2011 [ klik ]. adik gua ada apply ke MRSM. erk. tak ada kot. dia da masuk SAM Pantai Baharu. hehek.


tak ada elektrik ni susah pulak nak buat kerja dalam uitm.

17 January 2011

Sains Sistem Bergabung di Tasik !!

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hujung minggu ni penuh dengan aktiviti pusat pengajian sains sistem iaitu Jalinan Ukhwah Sains Sistem yang menggabungkan 4 persatuan iaitu BizComp [persatuan saya la tu.. heheh], AI, IT, dan ISE. tempat di Taman Tasik Shah Alam dan padang MBSA. pergh. memang ramai la kan bila da gabung semua.. sebagai ajk pendaftaran dan jualan sangat best jalan-jalan.. dan letih tengok diorang main explorace.. [tak main pun boleh penat kah. haha] ni ada sedikit saguhati untuk tatapan korang sepanjang aktiviti kami pagi tadi sampai petang..










tu saja gambar yang tak berapa nak canggih dari lensa telefon bimbit. hehe. kami BizComp ada banyak aktiviti sepanjang semester ini. nanti akan di-update lagi. insyaAllah..

12 January 2011

Cabutan Bertuah

Assalamualaikum & salam sejahtera.


nak join?? klik gambar di atas.

05 January 2011

Satu Malaysia Punya Kain !!

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah akhirnya update jugak Misza E-Shope dengan item baru iaitu kain pasang jenis One Malaysia yang boleh dibeli secara runcit & borong dengan harga yang berpatutan. Ada banyak corak & macam-macam warna boleh korang tengok kat sini. [ klik ]




* agak kurang pengaktifan blog buat masa ni sebab masih busy dengan minggu pertama masuk kelas.
** akan dicurik masa untuk update. yeah!

01 January 2011

Jambatan Terpanjang Di Dunia ??!

Assalamualaikum & selamat pagi.


26 Muharram 1432H bersamaan 1 Januari 2011, baca Kosmo! online jumpa info menarik iaitu jambatan terpanjang di dunia. ohoi atas laut tu.. berpusing-pusing pulak jalannya.. laut yang tenang jangan disangka tak ada apa-apa.. *erk. betul ke ayat tu.. 


nak tahu berita lanjut pergi sini. [ klik

Kemudahan Khusus Untuk Pengguna Basikal

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Aha. sekarang ni kat negara malaysia, tanah tumpahnya darahku dah kurang penunggang basikal.. yang ramai ialah penunggang motosikal. kat rumah pun paling koman basikal untuk budak kecik.. tak pun tak ada langsung basikal.. macam manalah kedai basikal nak kaya. bengkel motorlah paling untung. hahak.


gambar dari sini. [ klik ] tu tempat letak basikal di jepun.. canggih woo.. korang pergilah tengok sendiri kat sini. [ klik ] mungkin kat malaysia tempat letak motor dan kereta yang canggih macam tu diperlukan. wahah. kena pikir kelebihan dan keburukannya..

[ sekarang ni asek ulang lagu jalan pulang je.. hu]

Jalan Pulang

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Post pertama untuk bulan Januari 2011. saya ni memang lambat layan cerita kat tv yang best. malam tadi ada tengok "TVAlhijrah : Telah Dihalalkan Epal Itu" . jalan cerita best, lagu pun best. 


gambar dari sini. [ klik ]

 Jalan Pulang oleh Sabhi Saddi
[ klik tajuk lagu untuk dengar & download ]

Apa yang telah ku ingkari 
Bukan seperti yang ku janji 
Hilanglah percaya dikau tentang kejujuranku 
Alpa telah berkuasa meracuni minda 
Kau ku tinggalkan jua..

Kemanisan yang dikau impi 
Keperitan yang aku beri 
Henghiris satu persatu hatimu jadi halus 
Tiada pun sedetik waktu senyum akan lupus 
Dari wajah yang tulus..

KORUS: 
Hujan dihatimu takkan pernah padam 
Telah ku nyalakan api kemarahan 
Sendirian kau membunuh.. 
Semua kesepian..

Kini kutemui satu jalan pulang 
Mendekatimu zahir dan kemaafan 
Andai ada ruang untuk ku bertahan 
Dalam dosa silam

Ulang KORUS (2X)

sumber lirik dari sini. [ klik ]

gambar dari sini. [ klik ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting