korang mesti layan filem-filem P.Ramlee kan. kalo tak layan baik pergi tengok sekarang! legenda kot. hahaha. suka suki je paksa orang lain. hihi. salah satu filem ialah Nujum Pak Belalang. cerita neh best giler weh, kelakar pun ada. tengok banyak kali pun tak bosan. kalo korang tengok ada satu bahagian tu yang masa pak belalang kene jawab soalan-soalan.
ada satu soalan tu bunyik dia macam neh.
"Dimana letaknya kekuatan laksamana Hang Tuah, pada kerisnya atau tenaganya?"
haa!! korang taw tak?? nak bagi hadiah sapa yang dapat jawab. cepat!! hahah. eleh. taw la da ulang tengok cerita neh beriban kali. huh. sampai boleh hafal dialog-dialog dalam cerita tu. biar pak belalang yang jawab,
"Kekuatan Hang Tuah bukan pada kerisnya atau tenaganya, tapi pada huruf ta atau t. Mengapa? Kerana jikalau nama Tuah, huruf t di depannya diganti dengan huruf lain misalanya b, apa yang jadi? Jadilah hang buah, dan sebagainya, maka hilanglah keperkasaannya."
Hang Buah?? tak ke pelik namanye tu. silap-silap laksamana tu digelakkan orang ramai. haa!! korang jangan gelak. pukoi kang! hanya kerana nama, maruah seseorang boleh tercalar. nama seseorang tu ada maknanye yang tersendiri kepada tuan punya badan dan yang pasti makna yang indah.
dalam islam, mak bapak kena bagi nama-nama yang elok dan ada maksud yang baik untuk anak-anak dorang. insyaAllah anak dorang akan bersifat seperti nama yang telah diberikan dan bangga dengan nama itu. kadang-kadang kita neh suka suki je panggil orang lain dengan nama yang lain. "weh joyah, da siap report ke .." padahal nama dia bukan joyah pun. kata orang, panggilan nak bermanja-manja gitu. awwww~~
neh nasihat untuk diri sendiri jugak. huhu =,= memang selamba giler panggil sam dol neh, peah neh .. padahal mak bapak dorang da bagi baek punyeeerrr nama!! maaf ye. tapi kalo dorang tak kisah dipanggil sedemikian rupa tak apalah. yeke dorang tak kisah??? hurm ... kene tanya semula kat dorang. hati manusia hanya Allah je yang taw. panggilan nama seseorang itu kan suatu doa.
kalo pergi kedai buku mesti nak cari buku nama-nama islam. bukannya beli pun. ngahahah. saja je nak cari makna nama sendiri. hihi. tapi mesti tak jumpe punya. "maksud murni tu apa .. " "murni tu kan nilai-nilai murni yang baik .. " speechless .. =,= macam tu pun ada ke. hahah. tak kisahlah asalkan baik. mak bapak mesti nak bagi yang terbaik tuk anak-anak dia kan (^^, tapi shaye neh sangat jahat taw. grrr!
kesimpulannya ialah .. macam nak buat karangan dah. hahah. tak apa amek feel nanti bukak sem kena bergelumang dengan coding, system bagai. wahah! tak sabar! konon je~ ok! nama neh boleh dibuat senjata dan motivasi korang taw. nak taw macam mana??? hah! pergi sini cepat!! [ klik ]
tapi shaye tak kesah pun korang nak panggil apa ..
asalkan yang baik. weeheee~
* sumber gambar : google
** aiyaa.. cecair mula kuar dari idung. bertahan!
*** kol bape neh tak gheti nak tido ke hape hah!! zassss!!!
10 comments:
maksud skeleton apa ek murni? hehe
ohohoh..patut la pagi2 dah ade semangat cite P.Ramlee kat status fb..hehe =)
err..ok~
aton tu xde makne pon, skadar nama pena je..org nk pggil RUHANI yg bermaksud "Jiwaku" atau ATON pn boleh..i xkesa~
klw pasni org pggil murni "HIDAYAH" ok x?? suke x?? hehehehe~(^_--)v
afiq: tu da memang tengkorak~~ haha
aton: i pn da t'bese pgl u "aton" hihihi. erk Hidayah?? em. em.. cam pelik plak. hahah.
skeleton rangka la hidayah.. skull baru tengkorak~ haha
afiq: ha'a la lme tak belaja english~~ rangka cm ang. hahah
janji jd manuasia yg baik...jgn bagi nama anak yg makna yg tak baik sudah kan?? sis kadang2 terpikir..kadang2x sis tgk nama org yg masuk penjara...ramai gak nama elok2x tp jadik penyangak dan penjahat... mcm tak hargai nama yg diberi..patut nama tu kita hargai...kita patut jadi org yg baik dan tak menconteng muka keluarga..
eh terpanjang laa komen..jgn mere...
Jom join GA Deqlis.. Timaceh
@deqlis insya-Allah kita semua akan jadi manusia yang baik~
eh2..ckp org plak.. x sdear diri tol.. :p
@FiqRie Skeleton rangka ayam pn sedap gak..hahah =P
x abes2 dengan ayam die.. nanti jadi tokey ayam la sng.. haha :p
Post a Comment