home about awards exchange Image Map

17 July 2013

Exam Mendatang

Di kala saya baru balik keje. 

Malam itu seperti biasa, check emel. 

Terpampang "PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41". Hurop besar okkk. Nampak tak dia punya main point tuu. Pelajaran IT, penggunaan hurop besar itu menunnjukkan betapa pentingnya mesej tuuu. 


First, Alhamdulillah. Saja-saja apply SPA ni cuba-cuba nasib. Alhamdulillah dipanggil untuk pergi exam. Otak dah berkarat nak masuk exam niii. Hapebenda la yang nak kena baca.

Tetiba tersentak. Macam tak nak pergi. Tak minat kerja-kerja opis nii. Terperap dalam bangunan.

Then, my mom said, "Pergi la. Mana taw ada rezeki kerja ngan kerajaan."

Hmm okk. Cuba dulu la kiranya. 

"Ko dah apply, lepas tu tak nak pergi plak. Ruginya." Yelarrrrr....

Alhamdulillah dekat je tempat exam. Kalau jauh, tidak kepergianla diriku ini.

.....

"Telah masuk waktu solat fardhu Subuh (5:49) bagi kawasan Shah Alam & yg sewaktu dengannya #WaktuSolat"

Salam Subuh dan selamat berpuasa~

09 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum.

Ye saya kembali lagi di sini. Sesungguhnya merindui zaman-zaman rajin mem-blog. Nak kata bizi tu takdelah sangat. Ada je cuti. Cuma bila cuti, time memang betul-betul cuti duduk rumah, rehatkan diri. Sekejap je masa berjalan. Kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Esok Insya-Allah. Dah lama saya tinggalkan zaman belajar. Dulu saya menunaikan ibadah puasa bersama teman-teman belajar. Kini, saya menjalaninya bersama teman-teman bekerja. And of course bersama keluargaaa..

Masa tidak akan menunggu kita. Memang betul! Kita kena bergerak ke depan. Di belakang itu, kita perlukan ia sebagai pengalaman dan pengajaran untuk masa depan. Jika ada kesilapan, kita perlu perbaiki supaya kita tak buat lagi, Jika ada kejayaan, kita perlu beringat untuk sentiasa bersyukur dengan Allah.


Tak banyak nak bagitau dalam entri kali ini. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati-Nya. Insya-Allah, ada kerajinan kang saya akan citer-citer lagi.

*rasa macam entri ni skema pulak..oohhhh... laapaarrr... kpai

23 May 2013

Pesta Buku Selangor 2013



Pesta Buku Selangor (PBS) kembali lagi. Masih di lokasi yang sama iaitu Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam. Bertarikh 24 Mei - 3 Jun 2013. Jadual aktiviti PBS2013 boleh rujuk sini. Info lanjut boleh lawat laman web rasmi Pesta Buku Selangor 2013 (http://www.pestabukuselangor.my)

..insyaAllah, selasa / rabu minggu depan boleh pergi.. off day.. 


20 May 2013

"Alhamdulillah" - Alumni UiTM


"Alhamdulillah" - Alumni UiTM 

"Istiadat Konvokesyen ke-78 UiTM Shah Alam"
Sidang ke-15 (Pagi), 20 Mei 2013

27 April 2013

Kembar sangat

Bila teringat, terasa nak gelak pun ada.

Semalam, kami plan nak pergi pasar malam kat Sri Muda ni je. Alang-alang off day, Ena pun balik keje awal. Kami bertiga, Ena, Alin & me pun gerak dengan berjalan kaki dari rumah.

Saya ternampak kembar Alin. And I was like, mata terbeliak pandang pempuan tu. Pempuan tu senyum je.

Alin perasan akan pempuan tu.

Ena was like "Ha?" -- blur.

"Weh sama!" -- cakap slow.

PAK!!! saya kena siku dengan Alin. Nak tahan gelak tak jadi sebab reaction lepas kena siku terus tergelak besar jugak kat situ.

"Suar jeans ngan selipar pempuan tu sebijik macam yang Alin pakai."

Again, Ena was like "Ha???!" -- blur blur.


#PRU13 -- bila malam takde citer best

23 April 2013

Sesungguhnya

... sesungguhnya dah lama tak buka blog ... 
... semoga semuanya dalam rahmat-Nya ...

*cacat*

06 February 2013

Bocer = Baucer!

Assalamualaikum & selamat petang

Alhamdulillah berkesempatan hari ni melawat fskm tercinta. Woot woot. Pergi dengan dak naiy sebab dia pun nak kuar pegi bank. Woot woot. Terkejut mak nak. *buat-buat muka tak terkejut* Jumpa classmate, Afiq yang datang bersama Bob! Tumpang dorang ke kompleks memandangkan bas macam lambat je time cuti sem ni. Dapat bocer terus pegi soping kaw. Senarnya ada baki lagi sekeping bocer tu tapi masa tu macam blank tak boleh pikir nak beli apa lagi tuk cukupkan kuota. Selain komik ngan novel terpilih saja. hahaha. Tapi tak kesah sebab yang nak dibeli sudah beli. So, 4 keping lagi guna masa ada fair.

Baru guna RM50. Hehehe.

Oh ya!! Sebelum terlupa. Tadi nampak kat konter bendahari fskm ada tampal note. Katanya bole amek bocer sampai 31 Mac 2013. Bocer laku sampai 31 Mei 2013. Lupa nak snap note tadi untuk korang tengok. 

Akhir kata, perut meracau minta diisi. Awan pun dah berarak mendung kelabu. Seperti mahu memuntahkan butiran-butiran manik air di bumi.


.....

"eh asal dak kecik ni tido sini jauhnya"
"cut cut cut cut cut cut"
*bunyik panggil dorang*

19 January 2013

[Lirik] Don't Forget Allah by Farid Sanullah


[klik tajuk untuk donlod]


You're down and out 
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there
Whoever you are cos he cares
Then you forget to say thank you Allah,
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah

Lets flashback lets backtrack
to a time like yours and mine
The story of the three 
who long to be
to be free of their misery

To the poor he opened the doors
gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands 
Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands, Alhamdulillah
You're down and out
You just cant cope
You wanna shout
You lost all hope
On your knees
Begging please
You turn and pray to find your way

"Therefore remember Me (Allah), I will remember you, And be thankful to Me (Allah), 
and do not be ungrateful to Me (Allah)"
(Al-Baqarah : 152)

14 January 2013

Ibu susuan

"weh. cube tengok kat luar. ada anak kucen putih. kecik je. comel!!"

gosok-gosok mata. bangun. 

"weh. kurusnya!! mak dia tak bagi susu ke."

"boleh tak mak black bagi susu kat dia?

"nak ke mak bagi kat anak orang lain minum susu dia.."

"bole jadi ibu susuan."


*****

jenguk kat luar
dia tengah tidor.. 
zzZZZZzz
yang lain mana tah dok main kat luar
lapar kang balik lar tuuuhhh


03 January 2013

Rejeki pun boleh!


Bile time praktikal dulu, time macam ni pukol 1 pagi dah membongkang dah. Letih. Ngantok. Sampai rumah malam. Siap-siap. Solat. Makan. Tido. Sekarang boleh lagi berjaga menyelesaikan apa yang patut. 

Oh ada yang lepas praktikal terus kerja dengan company yang dorang intern dulu. Bos masa intern ada jugak offer sambung kat situ. Macam berat hati nak bagitau taknak. Las - las kene cakap jugak yang takmo sambung situ dah. Macam-macam mende pikir dan bertanya ke Dia. Saya redha dengan jawapan itu.

Ye memang betol. Rejeki Allah itu luas kok! Mana-mana pun kita boleh cari makan. Nak tak nak je. Saya akan berusaha di sini untuk membayar segala hutang. Kalo ada makan lebih boleh lah cari makan kat tempat lain pulak kaannn. 

Tengah melayan sorang kastemer ni, tapi tapi rasa cam ngantok lak.. huwarghhhh *nguap*

01 January 2013

Salam 2013

Salam 2013

Secara jujurnya memang tak pernah ada azam baru untuk tiap-tiap tahun baru. Bagi saya semua sama je. Yang penting dalam diri tu berubah ke arah lebih baik dan orang sekeliling yang membantu pun sudah cukup bagus. 

Perjalanan 2012 berakhir. Menaip post baru ni sebab menunggu donlod produk terbaru untuk Azfar Online Shop. Well pakai berokben kaannn. Nak daftar streamyx/unifi masa dorang buat promosi yang tamat semalam tak jadi sebab tak keje pun lagi nak bayar bulan-bulan. 

Alhamdulillah penubuhan HM Grafik Enterprise telah dilaksanakan semalam, 31/12/12. Nak daftar untuk Azfar Online Shop sekali sebenarnye dah alang-alang promosi abis semalam kaannn. Mak kata takpe lah nanti-nanti daftar. Ok saya budak baik menuruti. HikHik. 

Praktikal dah abis 14/12/12 yang lalu. Sekarang ni nak kata makan anggur tu ye la jugak sebab takde keje mana-mana company lagi. Dah apply tapi tak banyak pun. Demand nak yang dekat shah alam dan senang dapat public transport. Lagi pun tengah agak sibuk siapkan beberapa kerja untuk dua company ataupun boleh dipanggil kedai jugak lar. Company ni macam besar sangat lah pulak. 

Kata-kata mak yang buat angan-angan nak jadi nyata. 

"2 tahun dari sekarang mana tahu dah boleh sewa kedai sendiri.. kita buat bisnes famili"

Insya Allah. Moga Dia permudahkan. Got to go. Nanti saya kongsi cerita lagi ye. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting