home about awards exchange Image Map

30 September 2010

Excited!..




Salam
blogwalking td nampak CuteMum post entri pasal Result "Malaysia Day Giveaway" wo.excited sebab cabutan pertama blog ni terpilih!..wo.sangat tak terkata..alhamdulillah.terima kasih CuteMum!

[ayam goreng sedap!..yummmyy~]

19 September 2010

Video Raya Touching Weh !!


Salam
tadi jalan-jalan kat web hotfm . layan diorang punyer video hangatnya raya , lepas tu ada satu video klip raya ni memang touching weh..sobsobsob.. jom layan~



 trimas hotfm!

[klik tajuk lagu tuk tengok video klip]
Akim, AG & Black


Sekali lagi ku terdengar,
Suara takbir,
Rasa menyelubungi,
Bila ku sendiri
Ku masih bermimpikan,
Hilai tawa itu,
Walaupun hanya sesaat,
Ku merasakannya
Kini yang tinggal hanya,
Pusara sebagai penawar,
Bisa ini,
Agar bercahaya,
Aku mampu berdoa,
Ini takdir yang maha esa
Di hari/pagi raya
Terbayang kenangan indah,
Tika bersama,
Keluhuran di wajahmu,
Ku kenang selalu
Andai ku meniti sebuah,
Cinta sejati,
Aidil fitri jadi saksi
Tulus hati ini
Rindu yang telah pergi,
Membawa satu memori,
Menjadi satu coretan cinta,
Oh woo…
Di pagi syawal ini,
Tertitis airmataku,
Memandang potret wajah dirimu


[video klip ni je aqu suka..sedeh. hu~] 

18 September 2010

Takziah Buat Keluarga Arwah M.Rajoli


trimas google

salam takziah buat keluarga arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh juga beriman. insyaallah..
al-fatihah

sumber : BERNAMA dan Zon Artis

16 September 2010

Shah Alam | tadaimaa~


Salam
esok adik, alin kena pergi sekolah beliau tuk tengok tempat exam upsr. so, kitorang bertolak pulang ke shah alam pagi tadi. memang rasa tak nak balik pun ada sebab da lama sangat duk kat kampung, malas nak balik shah alam. lepas kemas barang-barang, salam nenek, pak cik, mak cik, budak-budak kecik, sepupu sepapat semua. kitorang pun meninggalkan kampung halaman. bila la nak balik kampung lagi. tunggu raya korban nanti kot. al-maklumlah time2 exam macam ni, busy sikit. hee~ "tak apa nek, insyaallah kitorang datang lagi. yeah!" ni ada gambar kampung kat sg. panjang.



kitorang balik dulu~

tengah hari tadi masa zohor, kitorang sampai kat rumah. balik je terus on lappy. ish! memang budak komputer betol la. hahah! time macam ni la rajin nak update blog. karang da start masuk class, tak sempat nak update. ok! dengan rasminya saya da ada kat rumah. member-member nak datang beraya, meh la memeriahkan suasana raya. wee~ 

[abah kata nak belanja makan jap lagi. suka2~]

15 September 2010

Arwah Moyang ??


Salam
suatu malam bertarikh 13 september 2010 bersamaan 4 syawal 1431h, keluarga arwah moyang, Hj. Daud semua berkumpul cam reunion da kat rumah kampung, homestay dorani, sg. haji dorani. memang gempak + best la. walaupun kitorang saudara dari sg. panjang datang lambat sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. baik datang lambat dari tak pergi langsung kan. jom kita usha keluarga Hj. Daud (^0^)v

ahmad ahsan, sepupu

ahmad adli, sepupu gak

 kami datang lambat.hoho
[pe tengok2??! biar la]

 anak-anak orang. haha!

 lepas makan malam

 uit. tengok pe tu. haha

mak cabut nombor tuk cabutan bertuah.
[adiah pe?? jeng! jeng!]

ni ha nombor 5 hadiah kami. bes!

ni pemenang pakaian sedondon tempat 1st
keluarga embah esah warna merah menyala

 tempat kedua lak keluarga kami pakai warna biru
nenek kami amek hadiah.wee~


lepas tu sesi tangkap gambar keluarga.
ni keluarga nenek kami, maimunah

ok! cukup! keluarga orang lain pulak haha

gambar keluarga yang kat bawah ni semua aqu tak letak mark [http://hidayahmurni.blogspot.com/] sebab nanti senang saudara-mara lain nak amek gambar ni. hehe jom layan~





  



anak-anak Hj. Daud tapi nenek kami da balik dulu.hee~

cucu-cucu perempuan Hj. Daud

 cucu-cucu lelaki Hj. Daud


wah! banyak nyer gambar. haha. ok2. ni ada facebook tuk kumpul balik keluarga Hj. Daud. namanya Daud's Family. esok kami da nak balik shah alam. selamat tinggal sg. panjang. nanti kami datang lagi. insyaallah.

 [ramai yang da balik time sesi gambar tadi. xpe2. next time kita semua berkumpul lagi.]

CONTEST SENYUMAN MANEH


Salam. mood join contest kembali.yeah!haha. contest ni memerlukan gambar hak milik sendiri. jangan jiran sebelah punya gambar pulak. satu gambar je yang dibenarkan bertanding ok! no tamak-tamak [ops! bahasa rojak lak. sory~]

 ni dengan sepupuku, azimah dari kedah
[susa nak jumpa beliau wo~]

baiklah lepas tu kena tag member. ehem3! member yang bertuah ialah ecah ,aton  & afiq(kembar) (^0^)v

tarikh tutup contest pada 10 oktober 2010. hadiah topup RM30. maklumat lanjut bole rujuk kat sini.


11 September 2010

Raya Sakan !


Salam
semalam hari raya aidilfitri telah dirai dengan meriah. walaupun pagi tu disambut dengan cuacu yang sejuk + hujan. tak menjadi penghalang kitorang pergi masjid tuk solat hari raya lepas tu melawat kubur arwah atuk yang ku sayangi. al-fatihah buat arwah atuk. 

ingat lagi masa kitorang balik raya 2007 arwah tegur "ish! tak yah main mercun sekarang." lepas tu kitorang semua tak men sebab masa tu belum malam raya. then, bile malam raya arwah cakap "hah. malam raya baru bole main." arwah tau apa yang terbaik tuk cucu-cucu kesayangan beliau. sayang atuk! muaahhhxs! selamat hari raya tok. moga tok aman di sana.(-_-)

ok. lepas balik kubur, sesi bersalaman + mintak maaf bermula. waktu ni macam-macam gelagat bole tengok la. budak-budak yang kecoh nak duit raya. sebenarnye time ni sebak mintak maaf kat abah mak atas salah silap yang pernah buat. "selamat hari raya, maaf zahir batin. halalkan makan minum. " 

 sebahagian dari keluarga besar

 WE!

ena, alin, mak, tudung putih tu menyemak je. haha 

 happy-nyer!

sepupu ku, ahsan 
[ololo. sian beliau kepanasan]

alin, mak, nenek, siti

 hero kami. yeah!

tu saja gambar yang dapat kongsi dengan korang dalam blog. banyak-banyak karang, berat pulak blog  ni. huhu. raya pertama beraya sampai malam. semua makanan nak sumbat. balik terus sakit [*cer ber]. sampai sekarang tak baik lagi. petang nanti nak pergi beraya lagi. ya Allah! sembuhkan perut ni. sian beliau.

time korang tengah happy, ingatlah orang-orang yang tak dapat beraya dengan gembira. 
renung-renungkan (^_^)

 len kali makan tu beringat!
[hu. ye baek~]

Besar Sampai Dua Kereta Angkut ?! | part 2


Salam
hari khamis lepas bersamaan 9 september 2010, satu family dengan naik dua kereta selamat sampai kampung dalam tengah hari. sebelum ada citer pasal nak balik kampung kat 'Besar Sampai Dua Kereta Angkut'. nak sambung citer tapi ada masalah connection internet kat kampung, sekarang da ok! hee okes. teruskan dengan perjalanan balik kampung.kitorang gerak dalam kol 8.30 pagi. memang penuh la bonet kereta dengan barang-barang kitorang termasuklah beg baju dengan makanan mentah tuk bawa balik nanti masak kat sana masa malam raya.

kitorang pergi dengan dua kereta Proton Saga
[gunalah barangan Malaysia.hehe]

masa balik tu kereta mak follow kereta acik unus, sebab beliau terer bab-bab jalan shortcut ni. pe lagi buat baraan balik kampung la. masa jalan tu kalo nak balik kampung lalu ikut highway bukit raja mesti akan ada bangunan ni kat tepi jalan. memang da kenal lama la selama 20 tahun ni. hahaha. jom usha! 

pasaraya jusco

 ni rumah kedai yang usang, mesti lalu sini punyer

kawasan perumahan setia alam ni nak kata lama 
tapi baru jugak la bukak tuk orang tinggal

 tong air ni kat klang sentral dekat jugak dengan setia alam

 hah! time ni la bermulanya jalan shortcut. hehe
ikut jalan yang banyak kilang

 smk tengku idris shah, kapar
masih di klang lagi

wo.ops sikap! perlahankan kereta anda

dewan orang ramai, jeram 

 ni simpang masuk bandar malawati

 lepas tu da lama sangat terperuk dalam kereta + jalan sesak
rehat di masjid al-raudhah, tg. karang

depan masjid tg. karang ada smk dato' harun

balai bomba sekinchan

alhamdulillah. sampai kat kampung sg. panjang
belok kanan tau
 
 malam raya time bunga api + mercun memain peranan. hahaha
kitorang main mercun lawan dengan kampung sebelah. gempak!

sampai sini je perjalanan balik kampung. esoknya hari kemenangan umat islam. 


[nak maen mercun lagi.wargh!]
[malam ni main lagi ye (^_^) ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting