Pakwe Baek Punya


salam
tak tau nak buat apa. hesh! budak2 ni main game dengan pakwe aqu sesuka hati je. bila da jadi lain macam, mula lah cuak bagitau yang pakwe aqu da mengong. ha! tu lah sape suruh tekan macam2 kat beliau. aqu pun sebenarnye gelabah gak tapi maintain cool. aqu ni tak ada lah terer sangat dalam bab2 nak membetulkan apa yang da jadi kat beliau tapi aqu usaha gak demi beliau yang tersayang. di samping memikirkan tengah kering sekarang dan tak tau duit ptptn da masok ke belum sebab tak pergi check lagi. kerisauan terhadap beliau memang tinggi kalau aqu tak dapat nak baiki.


setelah budak2 da tido [ye lah esokkan sekolah.aqu kan lepak rumah je.muahahah] , operasi membetulkan kesilapan yang da berlaku pun bermula tadi. memang selongkar habis lah personalize, properties sume lah yang bersangkut-paut dengan beliau. habis aqu log off, shut down, restart banyak kali. akhirnya, aqu menjumpai kesilapan beliau di resolution dan trimas kat rakan beliau 'Windows Help and Support' sebab memang banyak bantu dalam operasi kali ini, cuma aqu tak pandai nak buat cleartype sebab kata kena guna IE [IE tengah ada problem], jadi aqu pakai Mozilla je.

apa yang berlaku kat beliau adalah segala icon, graphic, font jadi besar. aqu tau mesti ada kaitan dengan display setting cuma waktu kejadian, aqu tak tau nak settle-kan macam mana. mulalah tadi pikir hantar kedai, check kan segala bagai pasal apa jadi macam tu. alhamdulillah, beliau telah selamat dalam operasi dan semuanya da kembali pada asal.

sebenarnya masih tak caya, aqu buat operasi ni dengan sendiri. alhamdulillah, murni da pandai sikit dalam bab2 membaiki. harap apa yang aqu buat ni tak ada bagi effect buruk kat beliau.

 [jangan nakal2 lagi tau]

Kembar David Beckham

salam
saya jumpa kembar David Beckham (DB) pemain bola sepak tu
tak kan tak kenal kot
masa berjalan-jalan, berlari-lari anak dalam bilik kesayangan sambil layan hujan yang turun dengan nyaman dan usha figura dari 'Naruto' 
[oi2.itu figura yang paling disukai 0_o] mestilah figura Kakashi sensei (Ks).hahaha
apa kaitan Ks dengan DB? kembar ke? tak cayalah.

 David Beckham vs Hatake Kakashi

setelah dibelek-belek Ks dan DB, saya perasan ada persamaan antara mereka iaitu diorang hensem sebab tu saya kata kembar [my opinion.wahah]
DB gempak masa main bola dengan tendangan melencongnya dan golkan bola.da lama usha DB, sejak beliau main tuk MU lagi.hee
Ks lak power dalam jutsu dan terkenal dengan 'Copy Ninja Sharingan Kakashi' di samping beliau cool masa handle anak2 buah [i like!] citer 'Naruto' pun da lama follow
DB da semakin tua.harap beliau bole main bola dengan bagus lagi dan Ks pun da meningkat usia.hu~ tak apa beliau maintain cool (^_^)v

eleh.saya pun ada kembar gak.hah! sejak bila!
da lama da.cuma tak bagitau korang je sebab tak terasa nak kecoh
[habis tu naper sekarang baru bagitau.hesh!]
suka hati la.hahah ni lah kembar saya

sama ke muka kami?huh

kami kembar? biasa la tu kalo adik beradik mesti lah muka lebih kurang sama kan. baru2 ni adik(alin) yang kecik panggil kitorang kembar.hahah kelakar sungguh, sebab ena(kembar tudung putih) suka beli barang yang sama macam saya, sampai alin confuse "aku ingat ko pegi bilik air, rupenye ena" hahah bertambah confuse lagi saya dan orang yang tak kenal kami, akan anggap ena tu kakak(padahal~haha). tapi citarasa kitorang tak sama keyh [kadang2 ada yang sama.ha]

  gambar masa raya 09

walaupun kitorang kadang2 suka gadoh, buat bising kat rumah tapi kitorang tetap 'cool and maintain' hahaha.
abah mak memang sabar dengan kerenah kitorang.hahah.rock n roll!
saya sorang je suka DB dan Ks.heheh!

>>dalam hidup korang pun mesti wujud kembar gak kan (o_0)||

 [ena cakap raya tahon ni pakai tema kain tak ada corak.huh?]
 

Happy Family Giveaway


salam
masa jalan2 jumpa giveaway ni kat blog jijah
saya dengan senang hati nak join gak.wee~
tarikh tutup pada 9 julai 2010.
cara2 menyertai:
1. jadi follower DJF CloSet 
2. buat satu entri pasal giveaway ni dalam blog kamu dan masokkan link mereka dalam entri kamu (http://djfcloset.blogspot.com/)
3. Letak banner "Happy Family Giveaway" ke sidebar blog kamu dan link ke entri giveaway 
(http://djfcloset.blogspot.com/2010/06/happy-family-1st-giveaway-by-djf-closet.html) 
4. letak nama, emel dan link entri kamu di kotak komen entri mereka
da siap! senang je kan.apa tunggu lagi.jom join!
maklumat lanjut boleh jenguk kat sini.

Alamak!

salam
kenapa??apa da terjadi?
ayam jiran sebelah da bertelor ke??
yeye! bole mintak kat uncle nanti
hahaha.suka hati je.macam dia nak bagi,

apa yang kecoh2 sebenarnye ni,hesh!
hee~ saya kena tag dengan miss aton
pernah baca pasal tag ni kat blog membe tapi tak di-tag,so tak ada lah kecoh2 berangan segala bagai nak buat tag tersebut.hahah
akhirnya di-tag juga, trimas aton! 

No. 1: Do you think you are hot right now?
no because it really cold and i'm wearing sweater
[tak tanye pun pakai apa.wahahah]

No. 2: Upload wallpaper that you are using rite now


No. 3: Last time eating pizza?
in the month of May, my father treat us at Pizza Hut.alhamdulillah,
 
No. 4: Last song that you listen?
nasyid song at aton's blog
[sebab tengah bukak blog aton.haha]
 
No. 5: Others things that you are doing right now?
listening music
[sambil selesakan kaki yang penat 1 hari b'jalan.fuh!]

No. 6: Other than your name what is other name that you people use to call you? 
nini cekolat celop.celop2~hahah.ada lagi tapi malas la nak bagitau =P

No. 7: Tag five person

1. @};- Ecah
2. @};- ilien
3. @};- Aqqi
4. @};- Fify
5. @};- Jijah


Who is no. 1 for you ?
 
my dormmate and close friend since form 4 at TikL
>> naik la moto elok2,weehuu..
 
Say something for person no.5 
do this tag
>> tu je la nak cakap.hahaha

no.3 is in relationship with ?
em.tanya dia sendiri.kan aqqi kan?? =]
 
How about no.2 ?
my best friend since primary school SkTsm(2)

The fact about 5 people that you tag..

Ecah:dulu suka buat muncung tapi sekarang ni da pandai senyum,
sapa la yang ajar.hehe..keep it up girl.you have sweet smile.

ilien:huh.memang peminat tegar artis korea.happy-go-lucky orangnye.jaga diri tau lin.jangan sampai migrain lagi =]

Aqqi:ni jumpa masa kat fb.kenal dari skola rendah.memang emo orangnye, nakal giler masa dulu tapi hati mesti la baek kan =]

Fify:classmate yang kecoh dan dia bahagia bersama yang tersayang.ehem3.famili..

Jijah:crazy girl.sedang mengikuti jejak dr.naim.hah!kumpol kamera banyak2..snap my sweet pic.lalala~

pada insan2 bertuah yang kena tag tu copy paste je soalan2 tadi
[kalo tak nak buat tak pe lah.saya memahami anda]
wahahah.poyoznya ayat =P
baeklah.sampai sini dulu..

[kipas-susah-mati kakashi sensei]

Ada lagi satu!

salam
saya akan buat citer pasal game bola sepak bila saya tengok je,yeehaa!
tadi pun sebenarnye tengok selang-seli dengan cerekerama tv3
dan sebab itu ayah tersayang dan adik laki pergi layan world cup kat restoran,
kerana ramai di rumah yang nak tengok cerekarama.hohoh

 [hee~sori guys]
 
oleh itu bile iklan kat tv3,baru kitorang tukar channel tengok bola
memang bernasib baik tol sebab time tukar channel Korea Selatan tengah nak golkan bola
setelah berselang-seli layan tv.. malangnya Korea Selatan kalah dengan Uruguay 1-2
nak ucap selamat tinggal kat pasukan Korea Selatan
[cet.macam diorang dengar.hahaha.suke ati la]
nampaknye tinggal 1 je lagi pasukan asia iaitu Jepun
go Japan! go!

 [sokong England dengan Portugal gak.hahah]

'Model' Surat Khabar??!


salam
ha! model surat khabar? biar betol,
ada ke orang nak jadi macam tu,
tapi tak semestinya orang kan,hahaha
'model' ni memang dibuat dari surat khabar, membazir kan tak elok, jadi kita semua kena rajin recycle 
ni nak share dengan korang macam mane nak jumpa 'model' surat khabar

credit to uncle Google

1) korang bole cari kat tempat2 yang buat sukaneka, kalo kat skola, biasanya time orientasi beliau akan buat show. waktu ni lah surat khabar lama akan berbakti kepada pereka pakaian. model yang bertuah akan dilekat, disarong, diikat dengan surat khabar pada badan, tangan, kaki, kepala..fuh, comel!

credit to uncle suhaime

tapi sekarang ada lagi canggih, da di-upgrade-kan cara buat pakaian dari surat khabar. tak caya tengok ni

 ada lagi kat sini

2) biasa kat kedai2 yang jual kraftangan, korang bole jumpa 'model' surat khabar, beliau amat berjasa kepada tauke kedai sebab beliau cantik dan beri banyak kegunaan kepada pembeli. Oleh itu, mari kita semua menyemarakkan kedai kraftangan untuk membeli beliau.

inilah beliau yang dimaksudkan. selepas di-makeup. cantik pe!

3) 'model' surat khabar pun ada kat China, korang kena jumpa dengan mr.Davis dulu (sape lak mamat ni? orang t'kenal ke?). ha! mr.Davis ni lah Pengarah Syarikat O'Bon. Beliau da lame memperkenal 'model' yang saya nak bagitau ni iaitu pensel O'Bon. Akhbar tempatan dah buat artikel pasal 'model' ni yang memang berjasa pada hidupan alam dengan recycle surat khabar lama.

credit to uncle Kosmo!

4) lagi satu kalo korang nak melekat je dengan 'model' surat khabar, amek je seberapa banyak surat khabar lama yang korang suka, lepas tu buat macam mana yang korang pandai, jadikan beliau sebuah beg. korang bole bawak beg tu pegi kedai nak beli sayur ke, pegi tuition ke, ataupun bole je buat hiasan kat tepi badan korang. Ha! tak pasal2 korang da jadi model sampingan.wee~

hush! kena jaga elok2, nanti koyak
credit to  uncle Google

5) 'model' ni pun kadang2 bole jumpa kat rumah pun da ada. biasanya kalo nak gunting rambut mesti beliau bersiap-sedia buat show dengan peralatan2 tuk menggunting. walaweyh! saya penah jadi 'model' ni. korang semua pun mesti penah jadi gak. hah! tak baek tipu, Tuhan marah. kalo kat saloon dorang ada spesel kain tuk cover badan. kat rumah senang je, amek dengan suka hati helai korang nak, lepas tu koyak bahagian tengah2 surat khabar. pastikan kepala korang muat lah nak masok tempat yang koyak tu. lepas tu pakai lah dengan rasminya korang da jadi 'model' surat khabar.hahaha! bangga la weh sebab korang da menggunakan surat khabar lama tu. dari dibiarkan berulat..ee..

cukuplah lima cara macam mane korang nak jumpa 'model' surat khabar. korang bole juga jadi pereka 'model' ini di masa depan sekaligus bole mengurangkan sakit mata tengok surat khabar lama yang berselerak.

nak tambah apa2, silakan. nasi banyak lagi ni wee~


 [surat khabar kat uma da bertimbun,hu~]

Portugal (7) vs Korea Utara (0)


salam
sejak piala dunia ni da lama b'mula tp tak adalah lama sangat..barulah jugak,
ni baru first time tengok game diorang antara Portugal vs Korea Utara
kat tv2 jek,,kat umah mane ada astro,so papehal score, baca paper je lah,
walaupun masok tengok separuh masa kedua
yelah cam ne nak tengok separuh masa pertama 
game start kol 7.30pm kalo x silap
game da abis tadi dalam 9.15pm dengan tambahan masa 2 minit
mencatat kemenangan pada Portugal 7-0 !


memang dashat tengok Portugal main,
sampai bole score 7 gol,
pergh!
tapi bukan sebab tak sokong Korea Utara
sedar diri ini orang asia kena la sokong orang asia kan
tapi bila tengok diorang main, memang ada banyak perbezaan
bagi saya yang tengok game tadi 
Korea Utara memang tak setanding Portugal
bukan sebab Portugal ada pemain hebat cam Ronaldo

 [da dia je yang saya kenal,hahaha]

sebabnye adalah pemain Portugal main memang best,ganas,
lagi 1 diorang memang laju giler lari kejar bola woo!
ada mase tu tak pasti sape 2 pemain Korea Utara nak kejar bola 
dan akhirnya ada sorang pemain Portugal dari belakang lari laju giler kejar bola tu dan GOL!
mesti lah pemain Portugal tu yang score
walaupun masa awal2 Ronaldo tak masokkan gol
dia banyak pas bola kat membe dia dan GOL!
memang mashuk lah pemain Portugal ni,
lepas 1 bola masok, tak sampai baper minit gol lagi, lagi dan lagi!
memang laju cara diorang main,
saya ni tak ada lah pandai sangat pasal bola sepak,
tapi tadi Portugal banyak skill diorang guna masa main
Ronaldo pun dapat masokkan bola minit2 akhir.

[weh Murni ape ni, asek cakap pasal Portugal je,,Korea Utara pe cer lak?!]

ok2.rilek beb~chill
bagi saya pemain Korea Utara main cam tak bes

 
 [wah.suka hati je cakap,kene serang nanti..lari cepat!]

betol lah mase tengok game tadi tu diorang main macam kelam kabut
golkeeper cam takut je nak tangkap bola
asek2 t'lepas dan akhirnya Portugal gol!
bila Portugal menang 7-0,
memang sedeh tengok muka2 pemain+jurulatih+penyokong Korea Utara
mane tak frust weh kalah sampai tak dapat nak masokkan 1 bola pun

[apa pun tahniah kat Korea Utara dapat main kat Piala Dunia]
 [Malaysia bila lah nak masok lagi]

sampai sini saje lah laporan game Portugal (7) - Korea Utara (0)
wah! macam pengulas bola sepak dah,,hahahah
kalo apa yang saya bagitau kat atas tadi ada yang salah dan anda tak puas hati
mintak maaf dan sila respon ye
sebab saya hanya bagi pendapat sendiri saje

 [pas ni lawan dengan Brazil lak.wee~]

Senyum (^_^) [part 2]

salam
entri kali ni lak sambungan dari  Senyum (^_^)

nak share lirik lagu ni dengan sahabat-sahabat,



















Senyum by Raihan
[klik tajuk lagu kalo nak dengar]

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang

Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


"Senyum seindah suria yang membawa cahaya
senyumlah dari hati duniamu berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum.. ku tersenyum
kemesraan mengutuh
senyum..kepada semua
senyumanmu amat berharga
senyum..seperti Rasulullah
dengan senyuman terjalinlah ukhuwah.."

Senyum (^_^)


salam
kali ni nak cite pasal senyum.
adoi..bukan susa pun nak mengukir sebuah senyuman, tapi kadang-kadang ada benda yang membuat seseorang itu susa nak senyum.

kenape ye??stress?mood tak baek?
memanglah susa kalo nak senyum dalam keadaan macam tu,
tapi kalo senyum kan lagi manis dan buat orang lain menyenangi anda.

 ha.kan comel tu.wee~

 manisnya senyuman itu..

ada 15 fakta menarik nak kongsi dengan korang pasal senyum:-

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

 senyumlah dari hati..duniamu berseri~~


[mulakan hari anda dengan senyuman,
senyum bole mengeratkan silaturrahim] 

Malaysia Web Hosting