06 December 2010

Istimewa Maal Hijrah TV3 Malam Ini

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Panas terik selepas hujan lalu tadi. Telinga sedap layan lagu Hujan Kemarin - Taxi Band yang diulang-ulang. Bila nak habis pun tak tahu. Adeh! Ok. Esok awal Muharram. Salam Maal Hijrah diucapkan kepada semua umat Islam. Tadi kat TV3 ada iklan cerita malam ini sempena Maal Hijrah. Dakwah Muharram tajuknya.  Sapa yang belum tengok lagi promo Dakwah Muharram, boleh tengok sini.


Sinopsis Dakwah Muharram dan cerita menarik dalam istimewa Maal Hijrah boleh tengok sini.

Telefilem ini mengisahkan Sulaiman, anak kepada Haji Darus yang menjadi kebanggaan kampung kerana berkelulusan Dakwah Usuluddin dari Universiti Al-Azhar. Apabila Sulaiman pulang ke Malaysia, pergerakan adiknya, Rizwan, menjadi terbatas. Rizwan terpaksa menipu untuk berlatih muzik kerana Sulaiman mengambil berat kegiatan adik-adiknya.

Sulaiman yang menyedari keadaan ini membuat keputusan untuk menyertai Rizwan dan kawan-kawannya. Rizwan seakan-akan tidak percaya apabila abangnya ingin berbuat demikian. Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Ahmad Tarmimi Siregar, Lydiawati, Amir Sofaz dan Fasha Sandha.

Cerita ni Aqasha jadi orang yang warak. Satu perwatakan yang lain beliau pernah lakonkan. Ada Amir Sofaz pulak, tak pernah tengok beliau berlakon. Tapi apa yang penting ialah isi yang ada dalam cerita tersebut sempena Maal Hijrah. Jom ramai-ramai layan cerita Dakwah Muharram di TV3 jam 10.00 malam.

[minggu ni sibuk. ada kursus pulak kan. 
tak tahu le sempat tak update blog.]

9 comments:

Anonymous said...

wah!!blog sudah baru la..hahaha(bob)

atOn said...

(◕‿◕) Salam Maal Hijrah 1432H murni-chan..smoga kita semua mendapat kejyaan + kebahagiaan dunia akhirat dan moga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..amiin~

Ifah Ibrahim said...

salam maal hijrah

http://ifah-latifah.blogspot.com/2010/12/mari-berlari-larian-di-bloglarian.html

Anonymous said...

yo bro amir sofaz pernah berlakon dalam ost lagenda budak setan la yoyo....

Anonymous said...

apa lu cita mana ada fasha sandha ly ada la......

hiDAyah_muRNi said...

wahai anonymous. lebih molek kalo bagitau nama anda. ohoh. trima kasih komen anda. saya amek info dari berita. sebab masa tu tak tengok lagi cerita, mana tau ada fasha, rupanya tak ada. sori beb. o.amir ada dlm ost lbs. bole usha lepas ni. trimas!

hiDAyah_muRNi said...

@bob aha. baru tengok ke. ish. trimas! (",

hiDAyah_muRNi said...

@atOn salam maal hijrah jugak..

hiDAyah_muRNi said...

@Ifah Ibrahim da buat da..wee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting