17 December 2010

Senandung Al-Fatihah Oleh Nur Irsyad

Assalamualaikum & selamat malam.

Hari Jumaat bersamaan 11 Muharram 1432H. Hujan yang turun kat sini. Sejuk pulak tu. Grrr~ Alhamdulillah pagi tadi panas, kering dah semua baju. Mari kita mengenal maksud surah Al-Fatihah.


Senandung Al-Fatihah oleh Nur Irsyad
[klik tajuk lagu untuk dengar & download]

Dengan menyebut nama-Mu Ya Allah
Yang Maha Pengasih Penyanyang
Segala puji bagi-Mu Ya Allah 
Pemelihara seluruh alam raya

chorus:
Engkaulah Maha Pengasih dan Penyanyang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada-Mu kami menyembah
Dan pada-Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

First time dengar masa form 4 kat surau Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Waktu tunggu azan Maghrib atau Isyak atau lepas solat, kitorang akan muhasabah diri berzikir, berselawat, mengaji, apa-apa je lah yang boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. 

Salah satunya nyanyi Senandung Al-Fatihah. Masa pergi kursus hari tu, lagu ni dijadikan lagu tema. Terimbas kembali kenangan masa kat sekolah. Ingat lagi masa dulu ustaz mintak kitorang hafal maksud ayat dalam surah Al-Fatihah, kalo tak hafal, tak boleh belajar dengan beliau. Woh. Nak kata susah tak adalah sangat, risau tak ingat je. Lama-lama hafal jugak maksud surah ni dengan cara nyanyi Senandung Al-Fatihah. Ngehehek.


Banyak khasiat surah Al-Fatihah apabila diamalkan. Antaranya untuk jaga keselamatan diri, dimurahkan rezeki, mengubat penyakit dan banyak lagi kat sini. Renung-renungkan. *erk. macam kenal ayat ni. peace!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malaysia Web Hosting